Ada orang pernah cakap dengan aku, dunia nie bulat.. Kalau hari nie kita buat jahat dengan orang, esok lusa, orang buat jahat dengan kita. Lagipun, zaman sekarang nie, Tuhan bayar CASH... Kalau kita buat baik dengan orang, esok lusa kita susah, orang akan tolong kita
Ya,tapi sebab zaman sekarang nie, aku rasa kita dah amat susah nak menilai manusia. Baik ke dia, dengki ke dia kat kita, kita tak boleh judge dia dalam masa yang singkat. Ramai orang yang buat baik semata-mata nakkan something dari orang lain. Betulkan? Kalau dulu orang kata, ‘rambut sama hitam tapi hati lain-lain’, tapi hari nie, rambut pun dah ada macam-macam color... Kalau tang hati, apatah lagi...
Jangan tanya aku berapa banyak kawan yang aku dah tak endahkan sebab niat mereka yang berkawan tu ‘tak betul’... Taklah banyak benar tapi tetap ada... Bila sampai masa ‘kawan mengkhianati kawan’, aku akan cepat-cepat delete kan nama ‘kawan’ tu dari memori aku. Tak rugi pun kalau tak berkawan dengan orang-orang jenis macam nie, kan?
Trend ‘add friend’ and ‘remove friend’ dari Facebook pun salah satu nya jugak... Sampai hari nie, aku hanya ‘remove’ 2 orang dari friendlist Facebook aku, sebab pada aku, insan-insan ni meng’add’ aku just sebab nak ‘teropong’ status dan aktiviti aku. Nak tahu samada aku still keep in touch dengan orang-orang tertentu esp my ex-staff. Kononnya, nak menjaga kepentinhan syarikat la, tak nak la kalau ex-staff aku tercerita & meng’update’ aku on isu-isu panas kan? Atas sebab aku tak nak ex-staff aku dapat susah, aku pun tanpa disuruh telah meng’remove’ diaorang nie dari friendlist aku. Buat apa nak berkawan dengan orang-orang macam nie...
Tujuan Facebook tu pun untuk mengeratkan silaturahim, mendekatkan yang jauh, and to keep in touch to each other.. Bukan nak skodeng apa status si minah, si joyah tu ada kutuk aku tak, si jonet tu ada hati tak dengan aku, etc...
Kalau ikutkan hati aku, ‘lantak kau la kan, siapa kau nak sibuk-sibuk status FB aku?’.. Tapi bila ada orang yang cakap kat aku, diaorang komen kat status seorang member yang tengah bengang dengan someone nie, and lepas tu ramai pulak yang komen... tup tup tup, insan yang begitu berhemah nie boleh pegi print and siap bawak isu nie masuk meeting lagi. Motif?? Nak ambik tindakan tatatertib sebab mengutuk ‘best-friend’ dia kat Facebook... Hello??? Kau ok ker tak??? Cuba kau pegi masuk Facebook orang-orang politik tu, Facebook artis2.. Ops!! Sebab korang tak la glamour manakan, friendlist pun berapa kerat sangat.. bila ‘add friend’ pun, ramai yang tak nak approvekan korang..
Definately as someone yang close dengan my ex-colleagues, aku still keep in touch dengan diaorang. Dari yang kerani sampailah yang managernya... Dengan akak tukang photostate pun aku baik lagi. Student, ramai yang still contact aku, tak caya, boleh tengok kat friendlist Facebook aku... Aku kesiankan nasib diaorang nie. Takkanlah part kutuk mengutuk, usik-mengusik kat Facebook pun nak jadikan isu??? Mak aii, korang tak de kerja lain ker?
Dalam bulan tu jugak, aku perasan something weird. May be sebab aku dianugerahkan dengan deria yang cepat mengesan benda-benda yang pelik dan tak semenggah nie, jadi aku boleh la perasan... Ada a few orang yang sebelum nie under friendlist aku tetiba dah tak de. Bila aku try search under general search, masuk profile diaorang, ada mark “ADD AS FRIEND”... Ops!!! Bukan dah pernah jadi friend ker? Bukan sebelum nie selalu komen-komen kat status sesama sendiri ke? Bukan selama nie selalu upload photo and tag-tag aku ker?
Bukan seorang ya, kalau seorang dua tu may me in random aku boleh kata, system ter’remove’ diaorang dari list aku.. Ini segerombolan... Masih ada la yang dalam list aku, tak semua meng’remove’kan diri...
Aku malas nak bertanya, malas nak merisik... Pada aku, kau nak kawan dengan aku, kawan. Tak nak kawan, sudah. Aku pun tak heran sangat sebab aku ramai kawan lain. Walaupun aku tak risik-risik, cerita tetap sampai pada aku.. (huhuhu, terasa diri disayangi)...
“kau nak tahu, lepas kes si mangkuk vs si cawan tu, kecoh satu office. Dah tu, kau punya ‘best-friend forever’ tu dengan bangganya hantar email kat semua, suruh ‘remove’kan orang-orang tertentu dari friendlist Facebook. Dalam 15 nama la, termasuk nama kau..”
Mak aiii... Berbahaya jugak aku nie pada orang lain ye? Ke, sebab aku komen satu dua baris tu, share market company yang dah sedia nak hancur tu terus terjunam? Kelakar la oii, sampai keluar internal memo suruh remove orang dari Facebook!!! (gelak guling-guling member-member aku bila aku citer hal nie tau!!!)
Tapi tak semua orang yang ikut la arahan tu. Ada jugak group-group yang buat bodoh. Ada jugak yang siap reply-mengreply dengan merujuk cyber-law, siap definasi Facebook, laman sawang sosial dan sebagainya..
Nak jadikan cerita, tetiba ada hamba Allah yang dirujuk sebagai BFF aku tu, yang menghantar internal memo suruh semua staff office tu meng’remove’ aku tu, hantar email pada aku. Aku surprise gak, nak suruh aku lak ‘remove’kan orang ker? Rupanya nak tanya pasal kerja, nak mintak tolong aku sebab aku kan ada contact kat tempat-tempat tertentu... Jadi, nak mengadu nasib la, sebab bila dia hantar surat, dia call, call dia just dijawab sampai kat stage receiptionist jer. Jangankan nak cakap dengan secretary, kerani office pun tak dapat.
Kalau korang jadi aku, korang tolong ker? Hahahha, baru kau tahu langit tinggi ke rendah kan? Aku memang la tak lama kerja dengan company yang kau kerja tu, tapi aku dah lama bergelumang dengan orang-orang seperti kau. Dari aku mula-mula kerja, I do my homework well ok!! Aku built-up and establish PR aku, so, aku memang ada ‘kaki’ kat mana-mana pun. Sebab itulah boss kau dulu dapat set appointment dengan sekali angkat talipon daripada aku tau, sebab aku call guna hp aku. Sebab orang yang aku call tu, ada save hp number aku, dan orang tu, member hang-out makan-makan, hi-tea, buka puasa, dinner aku!!!
Ok, 1st email, aku tak layan, 2nd email aku ignored... then dia start SMS aku. Aku bolayan lagi. Nasib kau la... Dia tak jemu-jemu SMS aku, sampaikan malam-malam pun dia SMS. Dia siap tanya orang-orang yang baik dengan aku kat office tu, aku nie tukar hp number ker? Sebab tak reply pun sms dia. Apalagi, kena la tempias semburan maut dari member aku.. “Aku rasa Eleen tu dah ‘remove’ kau dari hidup dia”... Ambik kau!!
Satu hari nie, tengah aku bersenang-lenang mengadap cerita Eat Pray Love (dvd yang dah berkurun aku beli tapi elok lagi tak bukak2 dari plastik), tetiba satu kereta berhenti depan rumah aku. Aik, apa hal lak nie? Memang la aku kenal ya amat kereta tu. Lepas berbahasa ala kadar, aku ajak la masuk. Aku ni tak nak la orang kata zalim kan, walaupun namanya tetamu yang tak diundang & tetamu yang menyakitkan hati, aku ajak jugak la masuk.
Korang boleh agak tak siapa yang datang? Yang orang-orang dok suka mention dia as my BFF tu la!!! Intro dia sikit punya cantik lagi, puji-puji rumah aku, puji-puji courtyard aku, puji-puji interior rumah aku... Tapi aku tak makan la semua tu kan, aku ‘bagi’ gak sedas.. “Laki aku kan designer, mengajar interior architecture. Takkanlah kau expect rumah aku punya deko macam kapal karam?”
Aku nak buat air diaorang kata tak payah (well, si konon BFF tu takkan datang seorang kan, mesti la dia bawak back-up dia jugak, kot-kot aku serang dia dengan penyapu ke...), agaknya dia takut aku letak racun tikus kot. Tak nak tak pe, lagi senang keje aku. Lambat sangat nak bukak mulut, aku buat bodoh layan dvd aku.. Lantak kau la nak bertapa berapa lama kat situ.
Last-last bukak mulut gak tu...
Si konon BFF : Kau dapat tak email & SMS aku?
Aku: Ada (sambil mata aku kusyuk tengok dvd)
Si konon BFF: Apasal kau tak reply?
Aku: Kena reply ker? (dengan nada yang amat sinis)
Si konon BFF: Aku betul-betul nak mintak tolong ni. Orang atas dah push-push aku, aku call office ‘tut’ (maaf ya, aku tak akan release, sedangkan si konon BFF nie pun aku tak release dari my previous company yang mana satu), diaorang buat derk je.
Aku: So, itu masalah aku ke?
Si konon BFF: Kau kan kenal diaorang, diaorang pun kenal kau. Takkanlah kau tak boleh tolong?
Aku: Kalau aku tolong kau, apa yang aku dapat? (gila punya riak masa nie, astaga!!)
Si konon BFF: Aku tak boleh nak kata la apa yang aku boleh buat untuk balas jasa kau, tapi, aku akan appreciate pertolongan kau sampai bila-bila.. (pergh!! Nada sayu sungguh)
Aku: Macam nie la, terus-terang aku kata, aku takkan tolong kau. Kalau aku nie jahat sangat, aku dah pergi cakap kat office ‘tut' tu, and i’m sure, lepas tu company korang memang kena tutup terus. Tapi macam aku kata la kan, aku nie tak sejahat kau. Sampai nak keluarkan memo suruh semua staff ‘remove’ aku dari Facebook. Sampai bawak isu-isu mengarut masuk meeting sebab nak kenakan ex-staff aku. Kan?
Muka si konon BFF nie dah merah padam. Dia terperanjat agaknya bila aku cakap macam tu kat dia, tanpa berlapis pun.
Aku: Masa aku kerja kat sana pun, kita memang selalu tak sebulu. Tapi, pada aku, aku buat kerja aku, tak kacau orang lain. Tapi kau asyik nak carik salah department aku, carik salah staff aku. Kau tolong bagitahu 1 jer kebaikan kau yang bleh buatkan aku kena tolong kau?
Si konon BFF: Aku mintak maaf la pasal semua tu. Aku tak sangka pulak sampai jadi macam ni.
Aku: Kau memang tak sangka kan yang kau sampai kena merayu depan aku yang dah lama resign nie, kau tak terfikir kan yang kau sampai kena mintak tolong dari aku?
Si konon BFF nie buat muka toya, muka seposen. Tapi aku tak cair. Sebab aku tahu sangat perangai dia yang memang pandai berlakon & talam dua muka nie. Manusia macam nie memang ada kat mana-mana company pun, percayalah...
Aku: Macam nie la, apa kata korang belajar dari kesilapan. Apa kata korang start everything from the very begining. Belajar PR, belajar respect orang lain. Bila kau pergi company orang, nak mintak tolong, kau kena be humble. Kena maniskan muka. Kena jadi insan prihatin. Walaupun pada pak guard yang tolong bukakkan pintu kat entrance tu. Sorry to say, office ‘tut’ tu cerita kat aku, orang-orang korang pegi sana berlagak macam bagus. Dah la buat semua salah, tak nak dengar cakap orang, lepas tu nak perli-perli diaorang pulak. Sebab tu lah, bila receiptionist dia dengar nama company korang jer, dia pun tak layan.
Tercengang si konon BFF nie. Yang member back-up dia pun sama. Aku sudahnya suruh diaorang balik, cakap dengan big boss diaorang apa yang aku pesan. Aku tahu, kalau diikutkan hati, si konon BFF nie takkan tergamak nak datang merayu kat aku. Tapi sebab big boss dia yang suggest suruh mintak tolong aku, she has no choice. Sebab big boss dia pun still keep in touch dengan aku. And, big boss dia nie, tak tahu yang si konon BFF nie dah buat onar kat aku & ex-staff aku & member-member aku tu..
Jadi si konon BFF tu, kau memang deserved la kan mendengar kata-kata poyo aku tu..
Lepas seminggu dua, tetiba aku received banyak friend request kat facebook aku. Semuanya kira dah second time la kan lepas si konon BFF tu suruh remove aku. Ada yang aku accept, ada yang aku ignored. Sebab apa aku ignored? Aku rasa aku punya sebab sendiri untuk jadi lebih selective kali nie. Jadi, kalau korang ada niat tak baik, sendiri mau ingat la ya...
Same goes to my blog. This is my blog and sukahati aku la apa yang aku nak tulis. Kalau orang tak suka, tak payah la baca. Tak payah nak menyusah-nyusahkan diri nak ‘bambu’ aku dengan komen-komen yang againts aku. Senangkan? Tapi kalau mulut tu kata tak suka, tapi tiap kali aku letak entry baru, kau datang jengah, baca 2-3 kali, siap fikir 2-3 hari apa nak letak kat komen supaya aku rasa yang kau tak suka kat aku, hentikan la yer... Ini personal blog aku. Aku tak mengaut apa-apa profit pun dari blog aku. Kalau aku promote itu ini pun, sebab aku suka and aku nak tolong orang.
Oh, tak dapat aku bayangkan kalau blog aku nie register dengan nuffnang ads, promote ads yang berlambak-lambak tu.. no wonderlah ramai blogger yang kata, sometimes sampai bergaduh-gaduh bermasam muka & perang blog sebab nuffnang punya job. As for me, i prefer it to be this way. Its personal, tak tahu la esok lusa kot-kot aku berubah hati kan, but its definately not under Eleen’s Inspirations...
3 comments:
pehhh.. marah betul kawan aku sorang ni. moral of the story, jangan dengki khianat kat org sbb satu hari nnt akan terima jgk balasannya kan?
cheers babe. :)
beb, aku nie jenis manusia yang sempoi tapi amat complicated bila melibatkan soal KAWAN. tapi nie la masalahnya manusia nie, bila rasa diri tu hebat (w/pun tak la hebat mana pun sebenarnya minah nie..), mula la nak tunjuk perangai hazab tu..
dunia nie bulat, hari nie kita buat jahat kat org, esok2, dgn org tu la kita nak kena merayu2 mintak tolong...
cheers!!!
Post a Comment