Monday, June 27, 2011

TOLONG JANGAN GELAP MATA & GELAP HATI!!!





Ok, memang aku dah janji yang entry seterusnya Father’s Day & my trip to Malacca, but, hati aku rasa macam nak pecah sekarang nie. Oleh sebab tu, korang bacalah apa yang ada dalam hati aku nie. Seperti biasa, kalau time-time aku agak gagal mengawal emo yang melampau nie, so ‘saya’ akan automatik tukar jadi ‘aku’...

Last few weeks aku dapat cerita nie dari my x-staff. A few of my x-staff ada bagitahu aku yang ada seorang staff nie, aku namakan dia G (jangan tanya aku sebab apa aku pilih huruf G, takkan aku nak pilih huruf yang ada kat nama aku pulak, dah sah-sah mencemar duli!!!), G sedang menghadapi tuduhan pecah amanah. Well, its more on G telah meng’appointed’ diri dia sendiri untuk pegang duit yang dikutip dari students. Ok, enough for that, aku tak nak intro banyak-banyak.

G kena transfer pergi branch lain, so as usual, kena la ada handovernya. Tapi si G nie, buat bodoh jer, yang di’handover’nya, fail yang dalam tu ada la selai dua kertas A4. Sampai part mintak duit yang sepatutnya dia pegang tu, dia kata tak ada, semua dah bank-in, masuk account bank.

So, x-staff aku nie reramai check la bank statement. Mana ada apa, balancenya pun sama macam dulu.. so, bermulalah activiti Edisi Siasat. Habis semua cuba diaorang korek satu-satu. Rasanya, sebab tak tahan dek pressure, diaorang pun inform aku, mintak opinion aku.

One of my x-staff jugak, dia nie ada jumpa aku a few times, and selalunya memanglah ada gossip-gossip yang kitaorang share. Once upon a time, dalam awal tahun dulu tak silap aku, aku ada bergossip pasal ‘love relationship konon-konon’ antara si G dengan satu student nie yang tengah retak menanti belah. Sebab member student nie ada contact aku, tanya kat aku yang gaji si G nie berapa sebenarnya? Aku tak la cakap berapa, tapi aku suruh member kekasih gelap G nie teka. Korang nak tahu berapa yang dia teka??? 5k!!! Mak datuk nenek!!! Jangan berangan terlalu jauh, company nie indah khabar dari rupa. Kau dah masuk dalam dia, baru la kau tahu, yang semuanya tak indah belaka!!!

Member kekasih gelap G nie bagitahu aku, yang G ada pinjam banyak duit dari kekasih gelap dia. Ribu-riban la jugak. Tu tak masuk kereta yang si G tu lenjan lagi buat macam harta sendiri. And now, G dah transfer tempat lain, and looks like G trying to avoid kekasih gelap dia... Tapi ayat member kekasih gelap G nie yang buat aku tersentap, sebab diaorang selalu keluar hang around dengan G.. (well, kekasih gelap G dan orang-orang yang selalu hang out dengan G adalah dari golongan yang berkasta tinggi, yang mak bapak diaorang nie adalah somebody, yang poket diaorang nie penuh dengan $$$ ok).. “Gaya G belanja, macam orang gaji 5 ribu...”

Itu memang buat aku tersentap. Memang la tok nenek G nie somebody, and G pun selalu dok kata yang tok nenek dia nie semua orang dalam company nie takut. And aku memang tahu itu, sebab masa aku first day datang keje kat situ pun, orang HR dah remind aku pasal si G nie. Memang dari dulu, big bosses aku semua kalau bercakap dengan G nie, amat lemah lembut & sopan santun sebab takut G ngadu kat orang atas. Salah apa pun G buat, tak de saper berani tegur and kalau orang yang pangkat CEO & ED pun tak berani tegur & marah dia, korang rasa aku ni yang setakat dia punya immediate boss, kalau marah dia nak heran?

Tapi nak dijadikan kisah, G memang baik dengan aku. And aku pun kena la gunakan psycho jugak nak suruh dia buat kerja. Kalau dulu dia nak keluar time office, dia bagi reason nak gi sana, gi sini, dia bawak geng sekepala dia. Tapi lepas tu, pergi tak kembalilah kan... nak tengok muka dia, kau kena tunggu esok pagi, kalau kau nasib baik. Jadi, lepas tu aku cakap, aku nak ikut G pergi office itu, office ini. So, nak tak nak, G kena masuk office la lepas tu walaupun sedikit terselit agenda mengulor tu...

Ok, balik pada yang aku tersentap tu. Kenapa??? Tetiba, semua kelakuan G terbayang-bayang kat ruang minda aku. Ya, aku mula terfikir... “ker selama nie dia kerjakan duit yang dia kutip tu?” To be frank, aku memang silap sebab percayakan dia. My first impression, may be dia nie anak orang kaya. Dia makan kat kedai hebat2, dia pakai barang branded, dia punya taste, not bad la... Memang la tak sepadan dengan position dia as a Kerani tu. Yela, sedangkan staff yang Executive pun punya la ikat perut... Aku memang ada luahkan kat a few people, kat K and seorang lagi x-staff aku. Tapi ayat untuk menutup kegusaran hati tu, “mintak-mintak dia tak pakailah duit tu...”

Aku tetiba teringat yang G ada pegang duit hasil jualan masa time konvo masa zaman aku dulu. Ya, bila tiapkali aku mintak dia update aku berapa collection, dia asyik ngelak je. Macam-macam alasan yang dia bagi (well, she is too good in creating an excuse). Aku nie nak kena present kat management masa meeting, berapa untung, berapa rugi!! Sudahnya, aku buat sendiri, main agak-agak aja...

Tapi memang aku tak pernah nampak langsung duit collection masa konvo tu. Tapi sebab aku punya job scope terlalu banyak sampai tak terlarat nak kejar, aku biar je la benda tu G yang uruskan.

Banyak sebenarnya benda yang dibuat G nie, dari office sini sampailah ke tempat baru. Tapi, siapa yang berani tegur? Tapi, mungkin sebab tampuk pemerintahan tok nenek dia dah hampir pupus, adalah jugak yang mintak penjelasan pasal hal-hal $$$ nie. Tapi, orang tu memang kena kuat semangat sebab kalau tak gamble, dibuatnya dinasti pemerintahan tok nenek dia bersambung, sendiri mahu ingat la apa yang nak jadi, ya!!! Dan semestinya yang ‘kuat semangat’ nie dari golongan-golongan yang macam aku la, yang perempuan semestinya. Yang kaum lagi satu tu, harapkan bagi arahan jer. Walaupun duduk sekali, buat-buat tak ambil tahu.

Aku memang geram dengan apa yang G buat. Dah la sewaktu zaman pemerintahan aku lak tu. Ya, tak pasal-pasal aku pun sama ditanya itu ini. Aku tak kisah la diaorang nak tanya, sebab aku tahu, diaorang menjalankan tugas. Aku faham. Kalau aku jadi diaorang pun, aku akan buat perkara yang sama. Aku dengan ikhlas memberi bantuan & penjelasan tanpa rasa marah. Aku tak kisah, tapi dengan G, memang aku geram tahap dewa!!!

G memang pandai berlakon depan aku. Ya la, dari mula-mula dia selalu mengulor, aku ikut dia keluar sampai dia tak leh mengulor sangat. Time kerja hobi dia main game & berFB, aku tukar arrangement kat office, bila aku dapat bilik baru, aku bawak dia sekali. So, dia duduk depan mata aku. Tak leh nak mengulor, tak leh nak tido, tak leh nak main game & FB 24 jam. Paling tidak pun, aku monitor dia. Bila kena pergi mana-mana or makan sesama, kadang-kadang aku bayar dulu, lepas tu dia bayar balik kat aku. Seriously, dia tak pernah lupa hutang aku. Paling lambat dia akan bayar 2 hari. Kadang-kadang aku tak ingat pun, dia ingat dia hutang aku. So, aku tak la terfikir yang dia sanggup menyonglap duit orang kan?

Apa lagi? G pernah belikan baju batik untuk ayah dia. Masa tu kitaorang kena pergi outstation sesama. Weh, gerun aku tengok harga baju batik tu, dekat RM300. Dalam hati aku, ‘nasib baik laki aku & ayah aku tak gemar baju-baju batik nie, kalau tak, rabak’.. Bila aku tengok cara dia belanja, dia dan adik-adik dia, aku buat kesimpulan yang dia nie datang dari family yang ‘well to do’ la, berduit kata orang Melayu. Apalagi tok nenek dia somebody, yang namanya kat depan tu penuh dengan segala pangkat.

Tapi orang macam G nie tak pernah nak serik, malah dia tak kisah pun bila kena panggil disoal itu ini. Sebabnya? Dia pun bukan bodoh kan? Walaupun dia tak sangka yang dia akan ditransfer secara mengejut (itu yg buatkan tembelangnya pecah), dia dah siap-siap humban ke mana tah file-file yang ada tu. So, memang tak de bukti, memang tak de filing... Walaupun semua orang seantero Malaya tahu, selama nie bermacam jenis resit, slip, statement, memo, list yang dibagi pada dia untuk filing. So, dia memang dah lama buat kerja nie, tapi bila keadaan tetiba out of control, dia cepat-cepat ‘ghaib’kan apa yang sepatutnya.

Kenapalah manusia macam nie wujud kat muka bumi nie? Manusia yang tak tahu bersyukur, yang tak amanah, yang sanggup makan duit haram? Dan tiba-tiba aku teringat kes aku kena tipu dengan maid agent aku masa aku ambik maid yang last tu. Tak sure la aku ada buat entry ke tak pasal tu, tapi yang pasti, aku kena tipu bulat-bulat dekat RM 7000 and maid aku still tak dapat permit. Sudahnya, PATI la dia. Jadi hal bila dia nak balik Indon balik, lagi sekali kena tipu!!! Ya, agent yang provide maid aku tu namanya Ita, dia nie mak boy-friend cousin aku. Ita nie sampai kena tangkap masa tengah sibuk cop passport kat ‘port’dia, sampai anak-anak dia kena kejar dengan Along, dia pun ada pinjam duit Along kot. Banyak yang jadi... Dan secara tak sangka, Ita dengan G nie adalah sedara. Saling kenal-mengenali. Macam mana aku tahu? Aku memang pernah cerita pasal aku kena tipu dengan Ita tapi tak pernah mention nama, kat mana umah dia, etc. 1 day, lepas lebih setahun aku mengamuk kat rumah Ita tu, G yang baru balik dari kenduri sedara dia citer yang one of their sedara kena tangkap dengan polis, imigrasen, etc sebab ‘memperdagang manusia’. Apa ke bendanya tu?

G pun cerita la dari A sampai Z, dan tak semena-mena, aku rasa plot location tu macam familiar, tapi kata G, dia ada sewa satu bunglow kat area ada guard as their ‘port’ nak buat kerja2 nie and sorokkan maid. Bila G cakap nama dia Ita, aku terus tanya details... Ada anak tak, berapa lelaki, berapa perempuan, and last aku tunjuk gambar (jangan tanya dari mana aku dapat gambar Ita, ini zaman teknologi dan kalau korang ingat, kat atas tu aku cakap yg Ita nie mak bf cousin aku... dey!!! Mana lagi, FB la!!!) Dan G kata, “ha, yang nie la Ita. Kenal ker?”

Mahu aku tak kenal, orang yg bila jumpa bukan main jamu aku makan. Entah apa yang dijampinya agaknya, memang la maid tu sampai tapi documentnya semua tak siap. Kau ingat senang? Tak senang hidup aku tahu tak? Dah la aku dengan Azimin selalu outstation, dah la neighbour sebelah umah aku yang budak-budak bujang tu, 4-5 orang kerja imigration!!! Dah la polis & imigration suka benar meronda kat area sini!!! Dan ya, aku tahu apa yang korang nak cakap... Aku kena tipu dengan Ita & G,... Aku kena tipu dengan lakonan diaorang yang kononnya AMAT BAIK dengan aku & family aku, kena tipu dengan layanan yang baik-baik... Tinggal bezanya, Ita tipu duit aku, G tipu duit student aku!!! Memang dasar keturunan penipu... Tak de nya aku nak cakap, nanti akhirat Tuhan akan balas kejahatan korang... Sekarang Tuhan bayar CASH kau tahu????


No comments: