And definately, the wishes go to my beloved ayah yang selama nie banyak berkorban untuk membesarkan anak-anaknya. Alhamdulillah, now semua dah besar-besar, tinggal adik bongsu saya saja yang masih sekolah (memang jarak saya & yang bongsu tu amat jauh... dia lahir masa saya form 5). Now, ayah dah ada 3 orang cucu, Anggun & Alam by Azimin & me, and Thea by Weeza & Am. Ayah was born on 26th May 1950, and now umur ayah 61 years old. Ayah dah retired by the age of 55 but then, dah 6 tahun MAS sambung contract ayah. And as ayah promised to us, this year will be the last year. That what he told us every year since 5 years ago. But for this year, alhamdulillah, ayah dah tender his resignation and this month will be the last month for him serving the airlines industry.
Ayah adalah insan yang amat mengambil berat dalam hidup saya. Ya, masa saya ‘homesick’ baru-baru masuk MOZAC dulu, ayah tak putus-putus memujuk. Katanya, ‘sekolah tu bagus. Bukan senang nak dapat masuk sekolah asrama penuh’... Akhirnya saya termakan jugak dek pujukan ayah, sampai menyebabkan saya terlalu suka sekolah di MOZAC. Ya, terlalu suka sampai saya pernah buat perangai tak nak balik masa Hari Raya Haji sebab nak celebrate dengan kawan-kawan. Kebetulan masa tu Form 5, dekat-dekat nak SPM tak silap. So, ramai-ramai pakat, tak balik raya. Semua raya kat sekolah. Sudahnya, semua mak bapak datang raya kat sekolah jugak. In the same time, sekolah memang ada buat korban time tu, meriah la..
Ayah jugaklah yang bertungkus-lumus berfikir dan merencana sewaktu saya ambil keputusan untuk menamatkan zaman ‘anak dara’ saya. Ya la, time tu saya baru kerja 2 tahun, berapa banyak sangat la yang dapat saya simpan. Di tambah pulak masa tu, saya nie jadi gerentor someone (kalau korang rajin selak-selak balik entry lama, korang jumpa la cerita pasal aku terkena dengan hamba Allah nie – ya, bila cakap pasal nie, dengan automatiknya aku jadi emo.. dari saya terus jadi AKU), jadi my monthly saving agak goyah. Tapi ayah ok aje... Dia tak banyak soal pun.
Lepas kahwin, saya terus dibawa lari Azimin, tinggal di rumah sendiri. Tidaklah jauh mana pun kan setakat Bandar Kinrara (BK3) dengan Saujana Impian tu. Nak-nak pula, dekan dengan rumah makcik-makcik & pakcik-pakcik saya yang bersepah-sepahan di BK 4, BK 5, BK 2, Taman Kinrara, Bt 6 Puchong, Taman Sentosa.. Bila saya mula berpindah dari BK3 ke Bandar Enstek, rumah sendiri yang dibeli Azimin sebelum kahwin, Ayah minta saya tolong carikan rumah sewa yang dekat-dekat dengan tempat kerjanya, tapi tak mahu area Taman Melati, Taman Cempaka dan yang sewaktu dengannya. Dia mahu di Enstek atau Kota Seriemas... Memilih jugak tu..
Memang buat kerja gila kan, boleh saya & Azimin share duit beli rumah sebelum kahwin.. Pernah ada orang tanya saya, tapi lepas saya selamat beranakkan Anggun & Alam la... “Dibuatnya lepas kau bagi duit tu, tak jadi kahwin, macam mana?” Oh!! Celopar sungguh mulut tu... Tapi rasanya jawapan saya lagi celopar kot... “Mintak la balik”. Dia tanya lagi, “Kalau dia buat bodoh, tak bagi, then hilang?”... Nak mencabar & bagi panas hati saya la tu kan? Al-maklumlah, yang si bertanya tu belum kahwin... Dan jawapan saya, “berani la buat macam tu, santau baru tau!!” Mak aiii, saya pun tak tahu macam mana boleh terjawab macam tu. Gosip-gosip awal sebelum masuk cerita rumah yang dibeli sebelum kahwin tu rupanya banyak mempengaruhi fikiran... Mahunya tidak, cerita pasal seorang teman yang sakit dek terkena santau!!!
Sambung balik kisah ayah saya. Ya, puas saya & Azimin pusing2 carikan rumah untuk dia sewa, akhirnya ayah terjumpa kawannya. Dan, kawannya terus offer ayah untuk sewa rumahnya, 1 ½ tingkat dengan harga yang amat murah.. Katanya, “Abang Jamal tolong jagakan rumah saya la, saya tak terlarat nak berulang 2 minggu sekali..” Ya, ayah terus setuju. Dan itu menjadikan, rumah yang belakang rumah saya yang awalnya kosong itu ada penyewanya... Ayah & Mama!!! Puas la saya berpusing satu Nilai carikan rumah sewa, tup tup tup, dia sewa belakang rumah saya!!! Sabar aje la!! Dan itu menjadikan saya dengan hormatnya pengunjung setia untuk makan malam, dan kalau tak sempat singgah, main ikut pintu belakang aje ambik lauk!!!
Lepas 2 tahun menyewa (sebab ayah sudah patah hati mahu berbicara tentang rumahnya di Seremban yang dah jadi macam tempat walfare tu), ayah tiba-tiba kata dia nak pindah. Ayah sudah beli rumah lain, rumah sendiri yang entah ke berapa. Ya, ayah telah bersetongkol dengan adik saya... (ya la, orang dah umur 57 tahun mana nak dapat loan rumah!!!) Agak sedih la jugak masa tu, sebab akan terhentilah aktiviti import makan pagi, tengahari & malam dari rumah belakang...
“Kat mana rumah baru?” Tanya laki saya... “Kat Kota Seriemas..” Ayah jawab...
Ya, jauh la sangat tu kan... Kalau jalan kaki mahu dekat 30 minit baru sampai sebab banyak roundabout. Kalau naik kereta, kalau bawak 50km/j, dalam 10 minit boleh la sampai... Jawabnya, kena naik kereta la kan? Takkanlah saya nak berjalan kaki pulak. Kang, dari patut nak datang untuk sarapan, terus jadi makan tengahhari...
Itu ayah... Ayah sangat happy bila adik perempuan saya menyuarakan hasratnya untuk berumahtangga pada usia 27 tahun. Alhamdulillah... Sebab ayah dah banyak kali hint, banyak kali berangan tapi hati adik saya yang ini amat keras sekali. Sebab saya dapat rasakan, lukanya dahulu amat dalam. Banyak kali juga makcik-makcik cuba nak meng’match-make’kan dia dengan orang itu & orang ini, tapi dia hati kering waktu itu...
Azimin Samsul adalah nama yang dibinti dan dibin kan oleh kedua buah hati pengarang jantung saya. Dia cinta hati saya... Dia jugalah yang amat sabar menjaga saya sewaktu saya ‘morning sickness’ dan bermacam-macam sickness sewaktu mengandungkan Anggun. Entah kenapa, segala tok nenek sickness datang pada saya waktu itu sampai saya begitu ‘penat’ dan seterusnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja (waktu tu position saya tak lah sehebat mana, jadi nak berhenti tu, main berhenti sajalah, tak la sampai nak pecah kepala berfikir)...
Kedua-dua buah hati pengarang jantung saya; Anggun Elisa Ashikin & Alam Firdaus Farhin saya keluarkan dari perut saya melalui cesarean. Jadi, ongkosnya lebih la sikit (lebih banyak sebenarnya!!!). Sakitnya juga lebih terutama Anggun. Waktu jahitan baru terlekat, mak oiii, sakitnya!!! Jadi, Aziminlah yang menjaga baby bila terjaga waktu malam, walaupun esok paginya, sah-sah dia kena pergi kerja. Saya??? Saya tidur dengan selesanya!!!
Waktu melahirkan Alam tidak sesusah Anggun. Mungkin kerana pengalaman sudah ada dan ditambah dengan emosi saya yang sudah bersedia. Credit juga pada Gyne saya yang amat cekap, sebab sewaktu dalam operation theatre tengah nak keluarkan anak saya, dia masih sempat menjawab hpnya... Nasib baik tak tertinggal hp dalam perut saya!!! Tapi kalau saya pregnant lagi, saya tak ragu-ragu nak dia menjadi gyne saya.
Azimin pernah tanya soalan nak kena tampar pada gyne saya selepas 2 hari Alam lahir dan waktu itu saya masih tersadai di katil KPJ Kajang... “After this, for the 3rd one, possible for her to go for normal delivery tak?” Saya rasa macam nak makan lelaki ini waktu itu. 1. Dah la baru 2 hari bersalin, jalan pun tak betul lagi, dah siap tanya for the 3rd one pulak. 2. Kenapa nak susah2 normal lak? Anak-anak dia yang keluar nie, 2 orang dah membuktikan yang memang berat almost 4kg & size kepala ikut kepala bapak diaorang... Kalau normal, mahu terkoyak-rabak aku kang...
Tapi saya amat suka jawapan gyne saya.. “apa nak susah-susah fikir nak bersalin normal, dah 2 c-sor, yg no 3, c-sor je la.. you siapkan duit jer siap-siap..” Ya, terima kasih Dr Raz, terima kasih sebab sudi menphysco lelaki ini..
Ya, nenek saya kata, “garangnya muka laki mu nie...” (sila baca ikut slang Terengganu ya).. Muka garang? Ya, amat garang mukanya. Hatinya amat baik, sangat mulia... Tak percaya dia garang? Try tanya students dia, mesti semua angguk setuju. Kalau masa bagi lecture pun dah nampak garangnya, masa crit & presentation, lebih lagi... Bak kata studentnya pada saya, “kalau doc setakat contong-conteng drawing kitaorang dengan pen merah sambil cakap “ugly”, “what is this?” dan yang sewaktu dengannya, itu menandakan mood dia amat baik. Yang mood tak baik pulak? “Yang mood tak baik, kalau dia masuk studio, check drawing, lepas tu senyap, tak bersuara sepatah pun. Then, terus mark drawing tanpa membebel... Itu memang takut dan AMAT TAK BERNASIB BAIK..”
Wah, penilaian student dia sama dengan saya. Kalau Azimin balik rumah, tak bersuara, senyap seribu bahasa macam orang bisu, adalah yang tak kena... Tapi kalau dia membebel tak tentu hala, kalau perempuan yang tengah period, tu bolehlah budak-budak nie main pijak-pijak badan dia. Lepas pijak badan, Alam dengan rela hati, akan ambil towel, letak kat leher, lepas tu ambil sikat, buat macam kat salon.
Ok, cukuplah tu...
Tuan Hj Jamaluddin Mohd Nor- Ayah adalah ayah yang terbaik buat saya. Ayah yang selalu berada bersama saya waktu susah & senang saya. Ayah yang sentiasa memberikan semangat dan perangsang, untuk saya terus tabah meneruskan kehidupan. Seorang Atuk yang sangat sayangkan cucu-cucunya, sampai cucu-cucunya sangat naik lemak... Asal merajuk sahaja, laju saja Alam ambil beg ‘Akademi Fantasia’ dia dan ‘Alam nak tido rumah Atuk’... Atuk yang rajin melayan cucu-cucunya di Toy’r’us walaupun dia tak pernah bawak anak-anak dia pergi Toy’r’us dulu.. Kata Ayah, zaman dulu mana ada Toy’r’us...
Dr. Azimin Samsul Mohd Tazilan – Seorang daddy yang amat menyayangi anak-anaknya. Mintalah apa sahaja, terutama sekali benda-benda berhantu yang ada di Toy’r’us, mesti dapat. (uhhh, takkanlah saya nak beli baju, kasut & handbag di Toy’r’us juga!!!). Ya, dia daddy moden, yang suka bawa anak-anak dia turut memenuhkan hobinya. Fishing, painting & watching movies, ke mana pun, mesti dia seret anak-anak dia. Yang paling best, kalau saya perlu dating dengan teman-teman bergosip, kawan-kawan ber’reunion’... Dia boeh kelek anak-anaknya pergi main games!!!
No comments:
Post a Comment