Sunday, November 7, 2010

LARANGAN BERTEMPAT

Saya sebetulnya tiada tajuk khusus kerana saya betul2 mati idea mahu ditajukkan apa entry saya kali ini. Saya sempat menjenguk Facebook salah seorang bekas belajar saya yang agak rapat dengan saya. Alhamdulillah, walaupun sudah meninggalkan kerjaya dulu, saya masih dihubungi oleh mereka. Saya sempat bersama pelajar2 dari pelbagai bidang, dan saya amat bangga dengan hasil yang menjadikan mereka insan berguna.

Saya pernah disapa seorang perempuan sewaktu dalam perjalanan ke office lama saya, waktu itu saya sedang menunggu ketibaan ERL. OMG!! She was my student back in INTI and now working with KPMG. With an establish accounting academic background, she is now attached with a very establish auditing firm..

Sedang makan2 di Mc Donald Nilai, saya disapa oleh seorang lelaki berbangsa Cina, dan dari slanganya, he's not Malaysian!! Sedetik dua berfikir, saya mula ingat dia.. Ayat pertama dia, "Miss, do you still remember me?" Yup!! Saya ingat dia!!! Dia juga salah seorg student saya di INTI.

Saya pernah disapa seorg pekerja di sebuah coffee house sebuah hotel. Rupanya, dia juga bekas pelajar saya. Saya bangga dengan mereka!!! Jadi oleh kerana itu, ada friendlist di Facebook saya terdiri dari bekas2 pelajar saya walaupun jumlahnya tidak ramai...

Tugas saya suatu ketika dahulu adalah 'policy maker'. Sewaktu saya memegang title itu, saya harus mengikut spesifikasinya. Akta Universiti dan Kolej adalah bible saya, jadi saya harus melaksanakannya.

Cuma, bila tiba di kolej terakhir, saya seakan confuse sendiri dgn tugasan saya sementelah titlenya pun dgn tugas yang dilakukan, amat tidak seiring.

Saya tak pernah nafikan cinta di zaman kampus. Saya juga pernah bercinta sewaktu itu. Itu salah satu inspirasi untuk setiap students datang ke kelas setiap hari, kan? Tiada salahnya selagi gerak laku tidak melampaui batas.

Tetapi, ada peraturan yang menetapkan bahawa "tidak sepatutnya ada hubungan yang lebih dari yang sepatutnya antara pelajar & pensyarah, juga kakitangan kolej" dan ianya dipraktikkan di semua institusi pendidikan.

Saya pernah melalui fasa tersebut, atau dalam bahasa yang lebih mudah, saya pernah ber'dating' dengan seorang pensyarah sewaktu saya masih bergelar pelajar. Walau cuba menyembunyikannya dari pengetahuan rakan sekelas, bila kisah tersebar walau sebesar zarah, saya ambil keputusan untuk angkat kaki. Bukan setakat menamatkan episod itu, namun saya terus bertukar tempat belajar, jauh-jauh... Jadi, oleh itu, saya amat tahu hakikat yang harus di hadapi.

Sewaktu mengetahui kisah cinta seorg pelajar dgn seorg pensyarah, hati saya sudah dibuai rasa tidak sedap. Kerana kalau meneliti akta dan peraturan institusi, ianya perkara yang amat serius atapah lagi kalau ianya membabitkan biasiswa.

Seorg pelajar pernah hilang biasiswa tajaannya di satu institusi hanya kerana dek cintannya satu ketika dulu. Tapi itu silapnya, tiada sorok2 langsung, seolah mahu dikhabarkan pada dunia, dia kekasih kesayangan penyarah. Lalu rasanya hukuman pada kedua2nya amat setimpal. Yang pensyarahnya diberi notis 24jam, yang pelajarnya ditarik biasiswanya walaupun tidak dibuang kolej.

Banyak sebab mengapa ianya dipandang serius oleh institusi dan salah satu sebabnya adalah kerana tidak mahu adanya 'bias' antara pelajar. Nampak seperti tiada yang salah namun, etika pembelajaran and pengajaran harus dijaga untuk memertabatkan sesebuah institusi. Percayalah, kalau anda berada di tempat saya, anda pasti bersetuju dgn saya.

Memang ada hubungan yang terjalin dalam senyap2, dan ada juga yang berakhir dgn ikatan perkahwinan. Itu kerja keras yang terpaksa dilakukan dalam perhubungan demi menjaga etika dan emosi.

Berbalik kepada bekas pelajar saya yang saya katakan diawal perenggan tadi. Saya sudah menghidu hubungannya dgn seorg pensyarah muda sedari awal hubungan mereka. Saya juga diberitahu bertalu-talu oleh ramai insan; pelajar2, pensyarah, staff2 saya, etc. Namun, saya hanya diamkan sahaja kerana saya sendiri tidak pernah melihat kemesraan mereka.

Namun kuasa Tuhan, saya terserempak dgn mereka sewaktu sedang 'dating' dan beberapa kali kereta saya bertembung dgn mereka sewaktu di jalan raya, mungkin mereka yang tidak perasan...

Saya perlu memikirkan cara terbaik, meneliti kembali tugas yang diamanahkan, do(s) & don't(s)... Saya buka Akta... Saya buka institutions rules... Dia pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian, berserta tajaan.. Lalu saya ambil jalan akhir.. Secara amat tidak formal, dalam situasi yang amat tidak formal, dalam masa yang diluar masa pejabat, dan ketika keadaan sambil lewa tanpa tekanan... Saya bersuara pada seseorang yang bidang kuasanya tidak melibatkan pelajar, yang saya panggil sebagai K. Pada saya, sang kekasihnya juga patut ditegur supaya tidak terlalu menonjolkan hubungan itu. K meminta kepastian dan dalam masa yang sama, beberapa insan lain memberikan kepastiannya.

K bertanya apakah saya akan bersuara kepada pelajar saya? Jawab saya, bagaimana saya lakukan, itu hak saya tetapi K juga perlu berbuat sesuatu kerana ini tanggungjawab. Dan sekiranya hal ini tersebar, baik pelajar mahupun pensyarah, sama2 kena.

Saya menggunakan pendekatan berbeza, sekiranya K terus meminta kepastian daripada pensyarah berkenaan. Saya meminta salah seorg staff saya untuk 'menyampaikan bayang2 utusan' saya kerana saya yakin, dia akan faham. Saya yakin pasangan itu akan faham. Beri ruang beberapa bulan sehingga dia menamatkan pengajiannya, lepas itu apa nak jadi, terserah... Sebagai insan, saya juga mendoa;kan yang baik2 untuk pelajar saya... Saya telah bertemu dgn ribuan pelajar, dan setiap kali hari pertama bertemu mereka, satu doa' telah tersisip..

Hari ini, hubungan kedua2nya terus mekar dan saya sendiri gembira melihat kebahagiaan mereka. Jadi baik yang yang pelajar mahupun pensyarah itu, percayalah, saya berusaha memberikan jalan keluar secara diplomasi sebelum keadaan menjadi bertambah rumit. Tindakan anda berdua 'merehatkan' hubungan adalah cara terbaik...

Thursday, October 21, 2010

IKHLAS HATI KITA

Saya perasan sejak kebelakangan ini, sejak saya berada di 'home office' saya, setiap hari saya didatangi oleh insan2 yang memohon derma / sumbangan untuk pelbagai agenda. Sukar untuk saya nyatakan perasaan saya. Sedih, kasihan, rasa terpaksa, dan banyak lagi...

Saya pernah didatangi seorang remaja lelaki, berusia dalam lingkungan 17-18 tahun, menyatakan yang dia sedang belajar di sebuah kolej swasta di Melaka. Dia menjual pewangi paket kecil dengan harga RM 5 satu, dan mengharapkan saya membeli lebih dari satu. Katanya, dia mencari duit untuk membiayai pengajiannya. Kerana kasihan, saya beli juga 2 paket, lepas wangian itu bertukar tangan, saya cuba bau dan... wekkk... bau ubat gegat!!! Sah2 saya tertipu dek muka kesiannya.. Kurang asam sungguh...

Beberapa kali saya disapa oleh anak2 lelaki yang saya kira dalam lingkungan 13-14 tahun, menjual CD kanak2 berunsur keagamaan. 1 CD harganya RM 10 (fuh, boleh tahan juga mahalnya!!) Kali pertama & kedua, saya beli juga.. Mereka datang siap dengan surat & gambar2 dari organisasi tertentu, memohon untuk bantuan keselesaan. Saya ambil nama organisasi mereka, bukan untuk apa, sekadar mahu melihat reaksi mereka sahaja. Kalau diikutkan, kita berhak memeriksa tujuan mereka, apakah kerana dipaksa berbuat demikian atau sebaliknya.

Kesekian kalinya, saya mula tertanya-tanya, rajin sungguh mereka ini datang memohon derma di kawasan kejiranan saya. Dari jauh2 pun sanggup datang ke sini.. bila mereka datang lagi, saya beritahu yang saya sudah pernah membeli CD yang dijual (memandangkan CD itu semuanya lebih kurang sama sahaja & pilihan pun tiada), tapi anda tahu apa jawapan mereka?

"tak beli pun tak apa, boleh derma saja"... jawapan itu seolah-olah mereka tetap mahu kita MEMBERI. mereka tidak mahu berganjak selagi saya tidah menghulur duit. Menyedari itu, saya pun memberi RM 5... Anda tahu apa kata anak itu???
"minimum derma RM 10"
WAH!!! ada minimum pulak... dah la satu hari yang datang minta derma sampai 3-4 orang, seorang RM 10, sehari saya perlu menghulur sehingga RM 40???

Saya pernah secara baik berkata pada seorang remaja yang datang meminta derma untuk sekolah pondok melalui jualan CD agama. Memang kebetulan waktu itu saya tidak sihat dan tiada duit kecil. dalam purse saya hanya ada RM 100, sekeping. Takkanlah saya nak memberinya sehingga RM 100. Walaupun ada yang berkata, kalau kita mahu menderma, apa sahaja isi yang ada dalam saku kita, kita harus iklas memberi tanpa memikirkan duit kecil atau duit besar. Persoalannya, itulah sekeping yang saya ada, saya tidak makan gaji seperti orang lain. itu pun, duit pemberian suami untuk belanja makan saya & anak2. Takkan nak bagi semua? Minta budak itu tukarkan dengan duit dia? ohhh tidak!!!

Saya bersuara secara baik, "maaf la dik, CD nie semua dah ada. lagipun semalam baru aje beli dgn orang datang minta derma nie"
Anda tahu apa jawapan yang saya terima???
"Semalam tu, semalam la punya hal. Kedekut punya orang, mintak RM 10 pun tak bagi"... panjang lagi sebenarnya maki hamun yang dia kata sepanjang meninggalkan halaman rumah saya. depan rumah saya, dia meludah!!!

Dan semua ini membuat saya tertanya-tanya... Sekolah pondok & Rumah Anak-Anak Yatim... itu yang selalu dikatakan oleh anak-anak yang datang meminta derma. Persoalan saya, sejauh mana kebenarannya? Benarkan dari organisasi itu? kalau anak2 yang kurang ajar itu datangnya dari Sekolah Pondok, buruk benar akhlaknya. Takkan di Sekolah Pondok diajak memaksa orang untuk memberi derma, itu namanya memeras duit atau dalam bahasa pasar yang selalu kita kata, PAU DUIT ORANG!!! Takkan pelajar Sekolah Pondok tidak diajar menghormati orang yang lebih tua dari orang lain. Pelik bukan? Dan kalau datangnya dari Rumah Anak-Anak Yatim, memang tak sedar diri!!!

Saya sering tertanya-tanya, ikhlaskah saya memberi sedangkan bila niat asal kita memang mahu membantu, tetapi bila dikatakan, PALING MINIMUM DERMA RM 10, sedangkan waktu itu saya hanya ada RM 20 dalam saku, dan Anggun & Alam belum pun makan tengah hari???

Saya bukan tidak pernah menghulur bantuan pada yang memerlukan. Saya tahu cara dan saluran yang perlu dilakukan.

Ikhlaskah saya? Kalau benar anak2 itu datangnya dari Rumah Anak2 Yatim & Sekolah Pondok, ikhlaskan mereka atau, mereka DIPAKSA melakukannya dengan ditetapkan berapa jumlah wang yang mesti dibawa pulang? Saya tidak pasti...

Monday, October 11, 2010

HANYUT BY FAIZAL TAHIR

this is my fav song Faizal Tahir's latest album and I really love this song... Sama macam Mahakarya Cinta & Sampai Syurga, I listen to HANYUT so many times, everyday...

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

INILAH SEBUAH KEHIDUPAN





Kadang-kala, kehidupan adalah sesuatu yg amat sukar untuk ditafsirkan. Sebagai manusia, kita selalunya berharap & berangan untuk sesuatu yg indah2 sahaja. Dan tatkala duka datang menyapa, harapan jadi hancur berderai, semangat yang dulunya kukuh jadi terlerai...

Hidup tak mungkin selalunya indah. Sebagai insan di bumi Ilahi, kita harus menerima hakikat itu. Itu adalah janji Dia pada umatnya, ujian tetap akan menimpa tak kira siapa pun kita.

Saya cuba untuk menilai diri sebaik mungkin. Perjalanan seorang Herleena juga bukan mudah. Terlalu banyak duri ranjau yang terpaksa saya tempuh sebelum berada di tahap ini. Saya tidak mendabik dada, jauh sekali mahu mengkhabarkan pada dunia yang saya puas hati dengan apa yang saya mimliki sekarang. Cuma, kalau mahu dibandingkan kehidupan saya sekeluarga di ketika ini & suatu ketika dulu, pastinya saya bersyukur, Alhamdulillah...

Saya dikhabarkan dengan berita yang agak serius, perpisahan kenalan yang sememangnya rapat dengan saya. Sayangnya, keputusan yang diambil mereka di kala usia emas amat memeranjatkan. Long distance marriage bukan mudah... Kalau setakat KL - JB, mungkin masih boleh berjumpa seminggu sekali, tapi kalau jaraknya jutaan batu, yang hanya boleh sampai dengan menaiki kapal terbang yang lamanya berbelas2 jam, manakan sabar... Dari setahun, jadi dua tahun, kemudian bertambah2 tahunnya...

Saya amat simpati, nasib mereka mungkin baik kerana anak2 sudah berkeluarga, sudah besar panjang.. tapi luka berdarah masih terasa..

Saya menjangkakan di kala usia emas sebegini, yang masing2 sudah sepatutnya bersara beberapa tahun sudah mampu hidup bahagia, melalui hari2 tua bersama sambil bermain dgn cucu.. Semuanya hanya kerana satu, mengejar karier dan tiada siapa yang mahu beralah...

Di zaman serba terkini ini, banyak kaum Hawa yang makin galak mengejar kerjaya & kemewahan. Saya salah satunya... Mahu jadi yang terbaik, kalau boleh bergaji lebih besar dari sang suami, lagi bagus... :)

Suatu ketika dahulu saya amat bersungguh-sungguh, mahu berkejar ke puncak, siapa yang sampai dulu... Tapi hari ini saya mahu berpijak di bumi nyata. Saya kasihkan anak2 yang makin membesar, yang pastinya memerlukan saya di samping mereka, bukan setakat seorang bibik.

Bila saya bekerja sendiri, saya rasa amat tenang. Tiada stress yang melampau, tiada orang yang mahu jatuh-menjatuhkan, tiada yang suka-suka menghempok kerja yang bukan sepatutnya milik saya. Tak perlu saya out station berhari-hari, berminggu-minggu tanpa tahu apa yang dirasai oleh sang suami..

Aktiviti saya bertukar dari meeting, meeting & meeting, hi-tea meeting, appointment, etc kepada pick-up Anggun from her school, cook for the kids selain mengemudi Kiranna Shop & Anggun Maya Gallery.

Terima kasih buat sang suami yang baik hati memberi saya peluang & kepercayaan untuk mengemudi Green Technology Sdn Bhd. Ini bidang baru saya, banyak yang perlu saya belajar. Selama ini, teknologi hijau hanya saya dengar2 sahaja, tapi kali ini saya perlu mendalaminya...

Meng'develop' & meng'improve' Azimin's Masterpiece juga bukan mudah. Akhirnya, peluang datang bergolek. Saya kerah sang suami mengasah semula berus & kanvasnya. Tempat sudah dikira2 & rangka perancangan sudah ada... Tunggu masa & tarik yang sesuai...

Saya tertanya-tanya sendiri, kalaulah saya masih Herleena yang dulu, pada siapakan Anggun mahu minta menemaninya ke perpustakaan. Dengan siapalah Anggun & Alam mahu berkongsi kegembiraan setiap kali menikmati ice-blended...

Pengakuan bintang pujaan saya, Faizal Tahir juga membuat saya kagum. "Dalam hidup saya, keluarga nombor satu, karier jatuh nombor 2."... Saya kagum dengan kenyataannya. Di kala media menghentamnya kerana tidak hadir di satu majlis kerana ada agenda keluarga, lelaki ini dengan tenang menjawab "keluarga tetap yang perdana"... Kalau lelaki ini bisa berlaku jujur dengan media, keluarganya & dia sendiri, mengapa tidak kita, orang2 tak tak berapa glamour ini?


Saturday, September 18, 2010

MALAYSIA HARI INI

Malaysia hari ini makin menakutkan.
Saya tak pasti mengapa tapi sudah sampai masanya para pemimpin negara duduk sama di meja bulat mencapai kata sepakat, mencari punca dan penyelesaiannya.
Kalau dulu, pencuri masuk rumah pun dah dikira menakutkan, tapi hari ini, bunuh-membunuh seolah macam main teng-teng. Siapa kalah kena bunuh!!!

Kisah buang bayi & janin juga semakin menjadi-jadi. Seolah bagai nyawa tiada harganya. Lepas berseronok, alamak! terlekat pulak! Macam mana nak buat nie? Yang berduit, bolehlah pergi klinik yang berani bersubahat menggugurkannya. Yang kurang berduit & tak berduit langsung pula, makanlah buah nanas banyak-banyak. Kalau tak pun, lepas bersalin dalam bilik air, letakkan saja di surau (kononnya moga dijumpai orang alim ulama). Tak pun, letak depan rumah orang atau di perhentian bas. Tapi ada juga yang tak ada perasaan, buang dalam tong sampah. Senangnya mereka mem'produced' manusia.

Sungguh menakutkan kerana kalau suatu ketika dahulu, yang berani melakukan perkara2 sebegini umurnya pun lepasan sekolah menengah. Tapi hari ini, budak2 yang masih pakai uniform sekolah pun sudah berani. Berani berseronok di luar batasan, berani mabuk, malah berani buang bayi.

Mengapa masyarakat kini memandang harga sebuah nyawa terlalu murah? Saya pernah menyaksikan depan mata kepala sendiri, sekumpulan 'budak-budak' yang terdiri daripada 5-6 orang budak lelaki & 1 orang perempuan. Yang perempuannya nampak macam masih bersekolah rendah, darjah 6 mungkin. Saya & kawan2 melalui tangga shopping complex untuk ke tempat letak kereta, menyaksikan yang sang perempuan sedang terlentok-lentok di dalam pelukan 2 lelaki. Di tangan masing-masing dengan bangga ada Dunhill & setin Tiger Beer. Bila terlihatkan kami yang merenung tajam, tanpa segan silu beraksi 'macam bagus'.. Kedengaran suara2 para lelakinya ketawa kuat sambil berkata, "lepas nie jadi lauk la minah ni. kenyang kita beb.."

Gerun saya memikirkannnya. Yang perempuan tanpa segan silu, yang lelaki pantang ada peluang. Tanpa segan silu, tepi tangga pun jadi.

Berapa ramai pasangan yang sudah sah berkahwin & bernikah punya kesukaran mendapatkan cahaya mata. Ramai yang masih tiada rezeki selepas bertahun-tahun, mungkin sepuluh tahun, lima belas tahun... Tapi 'mereka-mereka' ini, hanya suka-suka terus 'berisi'.

Pakcik & makcik saya berhabis hingga ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mempunyai zuriat sendiri. lepas satu doktor, ke satu pakar. dari dalam negara hingga ke luar negara namun masih tiada rezeki. Mungkin itu takdir Ilahi. Akhirnya, mereka ambil anak angkat.

Sebelum puasa sibuk dengan kes buang bayi, sebelum raya hingga hari ini, sibuk pula dengan kes berbunuh-bunuhan. Paling menyayat hati, kes Ustazah & anaknya yang dibunuh juran yang mahu menyamun di Port Dickson & kes kehilangan Dato' Sosilawati bersama 3 rakannya yang kemudiannya dimuktamadkan sebagai kes pembunuhan.

Tergamak sungguh manusia ini membunuh, mengambil nyawa insan lain & beraksi bagai malaikat maut. Gila!!! Hilang pertimbangan sungguh. Mungkin juga benar, manusia hari ini makin ramai yang sakit mental.

Sama-samalah kita doa'kan agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Moga, pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kematian mereka mendapat pembalasan yang setimpal.

Amin...

RAYA, RAYA, RAYA...

Raya, raya, raya & raya...
semua tentang raya
jangan tanya saya mana gambar saya sekeluarga masa raya
saya sendiri sedang menunggu bilakah adik ipar kesayangan saya, Izham Saringat mahu uploadkan gambar2 raya...
sebab dia punya kamera besar & mahal
siap dgn lenser
orang kata SLR

Raya kali ini saya ambil sedikit inisiatif
mungkin kerana bonda tersayang tidak begitu sempurna kesihatannya
tempahan jahitan boleh tahan banyaknya
dan seperti biasa, baju raya kami semua memang tak akan siap
jadi tak perlu pening2 kepala
kalau malas mahu meredah sesak kuala lumpur
pakai saja apa yang ada
saya sekeluarga gagahkan diri membeli dek kerana theme color yang di set kan oleh designer kami setiap tahun
mama, ayah & adik2 pakai saja baju yang dibuat khusus untuk majlis perkahwinan adik perempuan saya
adik perempuan saya & suaminya lagi senang, pakai saja baju masa kahwin

Tempahan biskut raya juga boleh tahan
nasib baik adik lelaki saya ringan tangan
dialah yang jadi tokey biskut raya kali ini
semua order perlu melalui dia

Saya juga cuba2 buat biskut raya sendiri selain menolong adik lelaki saya
sempatlah buat biskut sarang semut
masa raya sempat buat chocolate moist cake
esok mahu buat lontong & sambal tumis udang

Tahun ini rasa malas sedikit nak pergi beraya
tuntutan kerja memaksa saya berkompromi dengan masa
bukan mudah bekerja sendiri
mengah juga terkejar ke sana ke mari

Open house seperti biasa
perkara wajib setiap tahun
tinggak tahun ini sedikit lebih
berserta kenduri doa selamat & kesyukuran
meraikan tuan doktor yang selamat ber phd
serta impian yang terbengkalai yang sudah terrealisasi
alhamdulillah, moga semuanya berjalan lancar
pada anda semua, jemputan akan menyusul insyaallah
sudi-sudikan diri menjengok teratak kami...

Thursday, September 2, 2010

SUNGAI LUI - AIZAT

Saya amat suka dengan melodi & lirik lagu hasil buah tangan terbaru Aizat. Muziknya sangat SOFT, membuatkan saya rasa terbuai-buai... Dan saya tertanya-tanya, mengapa tajuknya SUNGAI LUI? Tiada sepatah pun perkataan SUNGAI LUI di situ... Mungkin pertemuan terjalin di SUNGAI LUI, mungkin juga maksud tersirat itu, lagu tersebut mengenai SUNGAI LUI sendiri. Saya belum sempat menelaah, jadi, mari lakukannya bersama...

Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini