Monday, October 11, 2010

INILAH SEBUAH KEHIDUPAN





Kadang-kala, kehidupan adalah sesuatu yg amat sukar untuk ditafsirkan. Sebagai manusia, kita selalunya berharap & berangan untuk sesuatu yg indah2 sahaja. Dan tatkala duka datang menyapa, harapan jadi hancur berderai, semangat yang dulunya kukuh jadi terlerai...

Hidup tak mungkin selalunya indah. Sebagai insan di bumi Ilahi, kita harus menerima hakikat itu. Itu adalah janji Dia pada umatnya, ujian tetap akan menimpa tak kira siapa pun kita.

Saya cuba untuk menilai diri sebaik mungkin. Perjalanan seorang Herleena juga bukan mudah. Terlalu banyak duri ranjau yang terpaksa saya tempuh sebelum berada di tahap ini. Saya tidak mendabik dada, jauh sekali mahu mengkhabarkan pada dunia yang saya puas hati dengan apa yang saya mimliki sekarang. Cuma, kalau mahu dibandingkan kehidupan saya sekeluarga di ketika ini & suatu ketika dulu, pastinya saya bersyukur, Alhamdulillah...

Saya dikhabarkan dengan berita yang agak serius, perpisahan kenalan yang sememangnya rapat dengan saya. Sayangnya, keputusan yang diambil mereka di kala usia emas amat memeranjatkan. Long distance marriage bukan mudah... Kalau setakat KL - JB, mungkin masih boleh berjumpa seminggu sekali, tapi kalau jaraknya jutaan batu, yang hanya boleh sampai dengan menaiki kapal terbang yang lamanya berbelas2 jam, manakan sabar... Dari setahun, jadi dua tahun, kemudian bertambah2 tahunnya...

Saya amat simpati, nasib mereka mungkin baik kerana anak2 sudah berkeluarga, sudah besar panjang.. tapi luka berdarah masih terasa..

Saya menjangkakan di kala usia emas sebegini, yang masing2 sudah sepatutnya bersara beberapa tahun sudah mampu hidup bahagia, melalui hari2 tua bersama sambil bermain dgn cucu.. Semuanya hanya kerana satu, mengejar karier dan tiada siapa yang mahu beralah...

Di zaman serba terkini ini, banyak kaum Hawa yang makin galak mengejar kerjaya & kemewahan. Saya salah satunya... Mahu jadi yang terbaik, kalau boleh bergaji lebih besar dari sang suami, lagi bagus... :)

Suatu ketika dahulu saya amat bersungguh-sungguh, mahu berkejar ke puncak, siapa yang sampai dulu... Tapi hari ini saya mahu berpijak di bumi nyata. Saya kasihkan anak2 yang makin membesar, yang pastinya memerlukan saya di samping mereka, bukan setakat seorang bibik.

Bila saya bekerja sendiri, saya rasa amat tenang. Tiada stress yang melampau, tiada orang yang mahu jatuh-menjatuhkan, tiada yang suka-suka menghempok kerja yang bukan sepatutnya milik saya. Tak perlu saya out station berhari-hari, berminggu-minggu tanpa tahu apa yang dirasai oleh sang suami..

Aktiviti saya bertukar dari meeting, meeting & meeting, hi-tea meeting, appointment, etc kepada pick-up Anggun from her school, cook for the kids selain mengemudi Kiranna Shop & Anggun Maya Gallery.

Terima kasih buat sang suami yang baik hati memberi saya peluang & kepercayaan untuk mengemudi Green Technology Sdn Bhd. Ini bidang baru saya, banyak yang perlu saya belajar. Selama ini, teknologi hijau hanya saya dengar2 sahaja, tapi kali ini saya perlu mendalaminya...

Meng'develop' & meng'improve' Azimin's Masterpiece juga bukan mudah. Akhirnya, peluang datang bergolek. Saya kerah sang suami mengasah semula berus & kanvasnya. Tempat sudah dikira2 & rangka perancangan sudah ada... Tunggu masa & tarik yang sesuai...

Saya tertanya-tanya sendiri, kalaulah saya masih Herleena yang dulu, pada siapakan Anggun mahu minta menemaninya ke perpustakaan. Dengan siapalah Anggun & Alam mahu berkongsi kegembiraan setiap kali menikmati ice-blended...

Pengakuan bintang pujaan saya, Faizal Tahir juga membuat saya kagum. "Dalam hidup saya, keluarga nombor satu, karier jatuh nombor 2."... Saya kagum dengan kenyataannya. Di kala media menghentamnya kerana tidak hadir di satu majlis kerana ada agenda keluarga, lelaki ini dengan tenang menjawab "keluarga tetap yang perdana"... Kalau lelaki ini bisa berlaku jujur dengan media, keluarganya & dia sendiri, mengapa tidak kita, orang2 tak tak berapa glamour ini?


1 comment:

Intan Nurbaya said...

Two Thumbs up!