Malaysia hari ini makin menakutkan.
Saya tak pasti mengapa tapi sudah sampai masanya para pemimpin negara duduk sama di meja bulat mencapai kata sepakat, mencari punca dan penyelesaiannya.
Kalau dulu, pencuri masuk rumah pun dah dikira menakutkan, tapi hari ini, bunuh-membunuh seolah macam main teng-teng. Siapa kalah kena bunuh!!!
Kisah buang bayi & janin juga semakin menjadi-jadi. Seolah bagai nyawa tiada harganya. Lepas berseronok, alamak! terlekat pulak! Macam mana nak buat nie? Yang berduit, bolehlah pergi klinik yang berani bersubahat menggugurkannya. Yang kurang berduit & tak berduit langsung pula, makanlah buah nanas banyak-banyak. Kalau tak pun, lepas bersalin dalam bilik air, letakkan saja di surau (kononnya moga dijumpai orang alim ulama). Tak pun, letak depan rumah orang atau di perhentian bas. Tapi ada juga yang tak ada perasaan, buang dalam tong sampah. Senangnya mereka mem'produced' manusia.
Sungguh menakutkan kerana kalau suatu ketika dahulu, yang berani melakukan perkara2 sebegini umurnya pun lepasan sekolah menengah. Tapi hari ini, budak2 yang masih pakai uniform sekolah pun sudah berani. Berani berseronok di luar batasan, berani mabuk, malah berani buang bayi.
Mengapa masyarakat kini memandang harga sebuah nyawa terlalu murah? Saya pernah menyaksikan depan mata kepala sendiri, sekumpulan 'budak-budak' yang terdiri daripada 5-6 orang budak lelaki & 1 orang perempuan. Yang perempuannya nampak macam masih bersekolah rendah, darjah 6 mungkin. Saya & kawan2 melalui tangga shopping complex untuk ke tempat letak kereta, menyaksikan yang sang perempuan sedang terlentok-lentok di dalam pelukan 2 lelaki. Di tangan masing-masing dengan bangga ada Dunhill & setin Tiger Beer. Bila terlihatkan kami yang merenung tajam, tanpa segan silu beraksi 'macam bagus'.. Kedengaran suara2 para lelakinya ketawa kuat sambil berkata, "lepas nie jadi lauk la minah ni. kenyang kita beb.."
Gerun saya memikirkannnya. Yang perempuan tanpa segan silu, yang lelaki pantang ada peluang. Tanpa segan silu, tepi tangga pun jadi.
Berapa ramai pasangan yang sudah sah berkahwin & bernikah punya kesukaran mendapatkan cahaya mata. Ramai yang masih tiada rezeki selepas bertahun-tahun, mungkin sepuluh tahun, lima belas tahun... Tapi 'mereka-mereka' ini, hanya suka-suka terus 'berisi'.
Pakcik & makcik saya berhabis hingga ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mempunyai zuriat sendiri. lepas satu doktor, ke satu pakar. dari dalam negara hingga ke luar negara namun masih tiada rezeki. Mungkin itu takdir Ilahi. Akhirnya, mereka ambil anak angkat.
Sebelum puasa sibuk dengan kes buang bayi, sebelum raya hingga hari ini, sibuk pula dengan kes berbunuh-bunuhan. Paling menyayat hati, kes Ustazah & anaknya yang dibunuh juran yang mahu menyamun di Port Dickson & kes kehilangan Dato' Sosilawati bersama 3 rakannya yang kemudiannya dimuktamadkan sebagai kes pembunuhan.
Tergamak sungguh manusia ini membunuh, mengambil nyawa insan lain & beraksi bagai malaikat maut. Gila!!! Hilang pertimbangan sungguh. Mungkin juga benar, manusia hari ini makin ramai yang sakit mental.
Sama-samalah kita doa'kan agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Moga, pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kematian mereka mendapat pembalasan yang setimpal.
Amin...
No comments:
Post a Comment