Tuesday, September 27, 2011

PERANGAI JIRAN


Nie ada cerita sikit. Cerita yang agak menyakitkan hati la, tapi kalau korang tanya aku, aku memang rasa AMAT sakit hati. Kenapa? Nie pasal JIRAN sebelah rumah tapi bukan jiran aku la... Sebelah rumah aku kosong, yang sebelah lagi rumah adik ipar aku. So, aku memang no hal la.

Nie pasal jiran sebelah rumah mak aku. Aku tak tahu nak kata dia nie macam mana, tapi secara luarannya, orang-orang sekeliling memandang dia sebagai insan baik, berhati suci, lemah-lembut, tambah-tambah lagi, dia nie orang surau. Dia nie pakai tudung labuh, bukan setakat tudung2 biasa nie.

Ok, dulu jiran mak aku nie memang baik dengan mak aku. Umur dia dalam 40an rasanya, anak yang 1st tu form 4 kot, and yang last twin unur 3 tahun. Dia ada 5 orang anak semuanya. Dulu kalau mak aku buat kenduri ke, makan-makan ker, dia rajin datang tolong kat rumah mak aku walaupun mak aku tak mintak pun, dia tetap datang...

Masa time adik aku kahwin pun dia bukan main sibuk lagi menolong. Aku tak tahu bila semua nie start tapi suddenly, we all perasan yang dia dah macam tak nak berbaik-baik dengan mak aku. Dengan ayah aku, ok jer. Tapi husband dia tak la macam tu. Husband dia still ok, but may be sebab dia tahu yang perangai bini dia macam tu, dia nampak macam segan sangat nak bertegur dengan ayah aku. Kalau bertembung pun, dia seboleh-boleh nak lari masuk rumah.

Mak aku perasan benda nie time raya last 2 years. Jiran dia nie tak datang pun raya rumah, which mak aku perasan yang dia nie dah lain macam since before puasa lagi la kan. Tapi masa raya nie, memang obvious la. Ayah aku nie adalah manusia yang amat baik sekali. Dia ajak mak aku pergi raya rumah jiran sebelah. Ye la kan, apa kejadahnya time raya-raya nie, rumah jiran sebelah pun tak pergi. Aku lain, sebelah rumah aku rumah adik ipar aku. Kalau tak pergi pun, masa cuti raya tu dah sah-sah kitaorang dok satu rumah kat Taiping tu. Tak cukup, siap pegi kampung laki dia kat Pendang lagi.

Back to my parent’s neighbour. Masa mak & ayah aku pergi raya rumah diaorang 2 tahun lepas, bolehnya dia tak salam denagn mak aku. Lepas hidang air, dia jemput ayah aku minum. Dah tu, dia masuk dapur, tak tahu buat apa. Husband dia tak ada rumah, kerja... Husband dia nie kerja shift, so masa parents aku datang tu, tengah shift la...

Boleh tak, orang datang raya rumah kau, kau buat tak layan, pegi dok kat dapur pulak tu? Bukan nya mak ayah aku tu nak hadap sangat kuih raya rumah kau yang kau beli kat Nilai 3 tu, kuih raya rumah aku lagi sedap... Lepas dekat 10 minit dia tak keluar-keluar dari dapur, mak aku pun cakap dengan ayah aku, “Jom balik.”

Orang bodoh jer tak terasa ok!!!

Kata alim, anak semua hantar skolah agama, nak jadi insan bertaqwa konon. Sorry la, aku bukan apa, tapi aku rasa, ini adalah antara spesis-spesis manusia yang selalu gunakan AGAMA as a cover untuk orang cakap dia baik, dia alim tapi hati dia, jiwa dia amat busuk, ok!!!

Ok, times flies, sepanjang zaman hingga ke hari nie, dia memang tak pernah la nak bertegur dengan mak aku. Tapi sebelum-sebelum nie, dengan aku dia ok, still senyum kalau bertembung. Nak harap borak, jangan harap la, aku memang tak layan de, just mencukupkan syarat. Sebab ayah aku kata, “dia senyum, kau senyum jer..” Ye la ayah...

Tahun lepas, as usual, orang surau appoint ayah aku untuk in-charge more for kawasan sebaris rumah ayah aku. So, orang-orang semua datanglah bayar, yang tak bayar pun ada gak, itu hal diaorang la kan. Aku ingat lagi, ada seorang pilot tu datang rumah ayah, dia siap bagi duit dalam envelope. Dia kata, dia sedekah, sebab dia tak dapat datang masa moree tu, dia kerja. Envelope tu tebal ya, dalam tu duit RM 50 ada la lebih 10 keping.

2 hari sebelum moree tu, jiran ayah aku nie datang rumah jumpa ayah aku. Dia nak bagi duit moree. Ayah aku dah siap order dah makanan, baru kau terkedek-kedek nak datang??? Padahal, dalam surat dah siap tulis bila kena bayar kan? Tak pe la, janji dia ada niat nak datang bayar duit moree. Dia hulur la dalam RM 20. Lepas tu dia siap tanya lagi:

Jiran: Abang order apa untuk moree tahun nie?

Ayah aku: Order nasi beriani.

Jiran: Abang order la lebih sikit, sebab tahun lepas, kitaorang yang perempuan nie tak semua dapat kambing. Lauk kambing tak cukup..

Mak aii... kau ingat lagi pasal lauk kambing tak cukup? Kau ingat kambing tu murah? Gaya kau cakap, macam la kau tu tak cukup makan. Setahu aku, moree nie just nak buat jamu orang-orang yang datang sembahyang terawikh. Kalau dulu-dulu, setakat kuih-kuih jer. Ye la, orang dah siap-siap berbuka kat rumah, ada yang sampai tahap mentekedarah.. takkan lepas terawikh pun, kau nak makan beria-ia kan? Ke, aku yang silap? Sebab aku nie dari spesis yang amat menjaga berat badan supaya tak naik, sebab bila dah naik, amat payah nak turun balik... Ke dia jenis orang kalau bagi duit bayar moree RM 20, masa berbuka tu simpan perut, beli kuih-kuih sikit jer. Lepas tu kerah anak-anak semua pergi sembahyang terawikh kat surau sebab malam tu nak makan nasi beriani, ada lauk kambing...

Ok tu cerita tahun-tahun yang lepas. Tahun nie, lepas berkurun-kurun dia tak bertegur dengan parents aku & buat lakonan tarik muka dia, satu hari nie dia terbertembung dengan aku. Masa tu aku nak balik rumah, tengah tutup gate rumah parents aku. Dia masa tu baru balik dari ambik anak dia, tengah keluar kereta. Nak tak nak, sebab dia park kereta kat luar rumah dia, dia nampak aku.

Korang tahu apa dia tanya??? Ok, situasi dia macam nie; adik aku (Wee) duduk dengan mak aku sepanjang husband dia (Am) kat Kuwait. Am, 2 bulan kat Kuwait, balik cuti 2 minggu, then, 2 bulan kat sana, balik cuti 2 minggu. Macam tu la... Sepanjang Am kat Kuwait, Wee & baby dia stay rumah parents aku bersama-sama kereta-kereta mereka. So, kat porch rumah parents aku tu, boleh masuk 3 kereta; kereta adik ipar aku, kereta adik aku and kereta adik lelaki aku. So, 1 City, 1 Myvi & 1 Viva. Keta ayah aku, dia park kat luar rumah... (baik betul ayah aku nie, nak bagi kereta anak menantu kat dalam, keta dia kat luar rumah...). So kalau aku datang, sah-sah keta aku kena park luar, bersama-sama keta ayah aku. Dibuatnya aku dengan Azimin datang asing-asing, keta Azimin, sila carik tempat parking lain.. Selalunya kat tepi rumah la.. Ha, yang nie tak dapat special treatment even keta dia paling mahal; sebab dia tak pakai season parking kata ayah aku... hahaha...

Ok, jiran parents aku & aku punya conversation macam nie;

NOTE: Time nie, Am,tengah balik Msia cuti & Wee dah siap2 bawak balik Myvi dia ke rumah dia sebab nak servis & City tu yg diaorg guna bawak balik jugak... (err, korang faham tak? Sila buat2 faham ya, kesimpulannya, TIADA kereta milik MEREKA kat porch ayah aku selama 2 minggu)

Jiran: Eh, dah kosong porch? Mana kereta yang lain? (nada busybody.. sebab dia belum pernah dengar laharan aku...)

Aku: Tuannya ambik (senyum jer, dalam hati, aku tahu apa yang kau nak cakap sebenarnya.. )

Aku tak nak layan banyak, terus masuk keta, blah..

2 minggu kemudian – aku bertembung lagi dengan jiran mak aku yang alim bertudung labuh nie... Masa tu kereta semua dah ada park baik punya kat porch ayah aku. Ditambah pulak hari tu, Azimin angkut kereta aku sebab dia nak bawak barang2 (kejam kan?? Asal nak angkut barang bawak pergi kiosk ke, workshop ker, sah-sah dia pakai keta aku!!!), so aku dengan agak riaknya park keta yang panjang berkilat tu depan rumah mak aku...

Jiran: Eh, dah ada dah balik banyak kereta (again, nadanya amat agnoying, amat sangat!!!)

Aku: Dah la, Wee dah balik sini balik, husband dia balik Kuwait dah.. (aku memang sengaja stress KUWAIT tu, nak bagitahu secara halus, kau yang bangga2 konon laki kerja airlines tu dah pernah sampai KUWAIT? Laki aku tak keje airlines, so aku belum sampai sebab tak de diskaun tiket!!!)

Jiran: La, ye ker?? Ingatkan hari tu KERETA KENA TARIK!!!

Aku: (Senyum yang amat sinis, hampir-hampir nak gelak terguling..) La, mesti akak dah habis propa kat satu kampung kan? Hish, agaknya orang surau semua ingat kereta kena tarik? Fitnah & ngumpat tu dosa kan?

Aku tak tahu macam mana boleh terkeluar aku cakap SATU KAMPUNG padahal parents aku dok taman perumahan. Lantaklah... Aku memang sengaja cakap ORANG SURAU sebab dia ngaku yg dia ORANG SURAU... FITNAH & NGUMPAT pun aku cakap bagi tambah ajinomoto...

Dia??? Dengan muka yang amat merah, hidung dah nak keluar hingus terpinga-pinga dengar aku bagi lecture. Last-last dia cakap, “akak tak sangka pulak tersalah cakap”...

Kak oii, tu bukan tersalah cakap, tu sengaja carik nahas...

Yang tu satu hal, nie lagi satu hal... Lepas a few months, boleh pulak dia tetiba tegur ayah aku. Dia mintak permission nak tanam pokok depan rumah yang ada tanah sikit tu, lokasi yang paling tepat, depan tempat buang sampah. Tu dalam area rumah ayah aku tu... Kau ada kawasan bertanah dalam rumah, gagah pergi simen semua, konon senang, kalau tak payah nak jaga... Lepas tu kau sibuk-sibuk nak tunjuk semangat berkebun kat tanah orang.. Sebab dia tanya ayah aku, ayah aku jawab, “TANAMLAH..”... Kalau dia tanya aku or adik aku, kitaorang sah-sah jawab, “NAK BUAT KUBUR SAPE?” Tanya mak aku?? tidak!!! Dia dah tak bercakap dengan mak aku lebih 2 tahun dah, memang carik pasal jer tetiba berbaik2 sebab nak mintak tanam pokok kan?

Lepas tanam pokok tu, seminggu lepas tu, mak aku call. Dia cakap, jiran sebelah tu dah la tanam pokok kat situ satu hal (nak cakap apa kan, ayah aku dah bagi permission...) dah tu dia boleh pulak letak 2 basikal buruk anak-anak dia yang dah tak pakai tu, sandarkan kat depan tembok rumah mak aku, kat area dia tanam pokok tu... Apa hal pompuan nie? Dah la time tu time raya lagi, kang orang datang raya rumah parents aku, dok tercangak basikal buruk tu kat situ...

Seperti biasa, bila mak aku bising kat ayah aku, ayah aku just cakap, “agaknya dia tumpang je, tak pe, esok I suruh dia alih..” ... Kan aku cakap, ayah aku nie jenis baik, sebab tu kadang-kadang orang naik lemak!! Adik aku dah membebel dah, apa la gila pegi letak depan rumah orang, letak la depan rumah sendiri...

So, aku macam biasa, timing yang sama (time lepas aku hantar Anggun gie skolah, aku selalu singgah rumah mak aku... Time-time tu jugak, jiran mak aku nie akan balik dari ambik anak skolah). Masa aku sampai tu, dia ada kat situ, tengah siram pokok dia... Siram pokok pukul 1 tengahhari kau!!! Tengah panas2 menggelegak... jadi, bila nampak aku, dia macam cepat-cepat nak habiskan siram la kan...

Aku: Kak, yang 2 basikal nie, nak bagi kitaorang ke? Kitaorang tak naik basikal dah...

Jiran: Tak la, letak situ jer, tak de tempat dah nak lepak... Kat dalam nie sempit, nampak semak dah

Aku: La, kalau letak kat dalam tu semak, dah tu kenapa letak kat depan rumah ayah saya? Kan ke nampak semak? Ingatkan nak mintak tolong kitaorang buangkan. Semalam ada lori kutip besi buruk lalu, nak bagi, akak tak de. Tu yang tunggu nak tanya tu..

Jiran: Eh, basikal nie boleh pakai lagi. Tapi budak-budak nie dah tak nak, nak kena tunggu yang kecik tu besar sikit boleh guna...

Aku: La... lama gak tu kak, yang twin tu baru 3 tahun, paling koman nak naik basikal nie, lagi 10 tahun kena tunggu.. Nak sewa tempat nie buat parking ker?

Aku tak tahu la dia nie faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan tapi dia macam biasa, buat muka macam nak suruh aku lempang... Tapi sampai esoknya pun, dia tak alihkan pun basikal tu.

Malam tu, mak aku cakap kat ayah aku, “kalau you tak suruh dia alihkan, esok lori sampah datang, I suruh diaorang angkut sekali basikal tu..” itu dah macam amaran tu, sekaligus hasil tunjuk ajar & hasutan kitaorang adik-beradik... Weh, aku nie yang sebelah rumah adik ipar sendiri pun tak de nak buang tebiat letak barang tak pakai depan rumah dia tau!! Rumah kosong sebelah nie ajer aku tumpang parking keta, bukan aku seorang, budak2 bujang rumah tepi tu pun sema selalu mengambil kesempatan. Kalau aku tak de rumah lama jer, aku suruh bebudak bujang Immigrasion tu parking kat rumah aku...

Esok paginya, ayah aku awal-awal lagi dah angkat basikal-basikal yang tuannya kata SEMAK tu dari depan rumah ayah aku, lepak kat belah tepi pagar rumah dia. Dah tu, mak aku, angkut 4-5 pasu dari dalam garden rumah, letak kat depan tu, tempat yang orang sebelah tu letak basikal buruk tu.. Tu as a reminder la; NIE KAWASAN RUMAH AKU!!! Hahahah...

Kawan mak aku pernah tanya mak aku, masa mak aku meluahkan perasaan kat kawan dia tu... “Jiran-jiran yang buat hal tu, yang selalu dengki-dengki tu, laki diaorang kerja apa?”

Jawapannya (aku laju jer jawab sebab mak aku nie konon masa tu tak nak bisisng2 la kan..); “yang seorang tu kerja airlines, seoarng tu bawak teksi, seorang tu dah pencen”

Kawan mak aku tanya lagi, “yang kerja airlines tu, pilot ker, engineer?”

“Tah, dia kerja shift la, uniform dot dot dot..”

Hasilnya, nie dari mulut kawan mak aku, which aku agree dengan dia, “La... kerja bawak teksi, kerja setor pun nak sibuk perangai macam tu sampai nak berdengki-dengki... Dia tahu tak Abang Jamal kerja apa dulu? Gaji berapa? Sungguh gaya orang Melayu tak de wawasan...”

Memang betul pun!! Kau nak tunjuk kat semua orang kaulah ORANG SURAU, alim sangat, pakai tudung labuh... Kalau orang lain cakap suara kuat sikit jer, kau siap pesan, “tak baik tinggikan suara, suara perempuan tu aurat..”, tapi hati kau???

Bila stewardess-stewardess & bini-bini pilot datang rumah mak aku tempah baju, kau cakap macam-macam.. Layan stewardess, buat baju tak ikut hukum la, itu la... Mak aku nie jahit baju kurung, bukan bikini... Macam mana diaorang nak pakai, sukatie diaorang la. Kau pun, dulu-dulu, tempah baju kat mak aku jugak kan? Sekurang-kurangnya, srewardess-stewardess & bini-bini pilot tu tak la hipokrit macam kau.. Pakai tudung labuh, tapi mulut bawak cerita sana sini...

Ok, aku tak mengata orang pakai tudung labuh, its a good things, ikut syariat Islam. Yang aku maksudkan, bila luaran kita beradab & bertutup, maka haruslah hati kita jugak berada di landasan yang sama... tu jer...

2 comments:

Blinks said...

salam....

mmg kekdg jiran2 cmni mmg nk kena cili mulut diorg....mak bapak aku kesian tengok....org kampung boikot diorg (itu kesah sebelum diorg tau hal sebeno)..skg dh ok sket.....ini smua kes politik bercampur, dengki dan dendam. yang syoknye mastermind dia, jiran da merangkap sedara mara seniri. Aku rs cm nk belasah jek.....sampaikan arituh aku dh menghasut mak aku suoh wat saman malu....nasib baik bapak aku ni cool orgnya...."biar la"...lps tersebau agenda nk saman malu ni, br la menggelabah konco2 durjana tuh....ms tuh diorg dok menuding jari kt konco-konco diorg....apa diorg ingat kitorg ni bodo gaknya.....br la cm cacing kepanasan....GERAMS sungguh!!!!mak aku smpi kena minor heart attack, bapak aku plak sampai murung jek...Jahat punya x jahat, diorg buat surat layang ke MB NS lg tuh....seb baik SU MB kawan skolah mak aku.....dia cite smuanya....Tuh org masjid tuh leen, termasuk la staf org jabatan agama. lebih bernasib baik, org atas jabatan agama tuh kengkawan skolah bapak aku...

diaorg ni kdg2 bkn apa, tengok kereta menjalau sket pn dh dengki. tengok anak beranak selalu berkumpul pn nk jealous. tengok mak bapak kite hidup gembira pun nk jaki....x semestinya muka nampk suci, hati pn suci bersih....

Herleen said...

tu la faizah, sometimes aku pun x faham kenapa la org2 nie suka sangat dengki dgn org lain. padahal,kita x pernah kisah pun, diaorg nak buat apa.. tapi org2 mcm nie mmg wujud..
& paling menyakitkan, org2 mcm nie selalu gunakan 'agama' as a cover. mak aku sampai ajak ayah aku pindah carik rumah lain, sakit jiwa dgn perangai yg mcm tu...