Thursday, October 21, 2010

IKHLAS HATI KITA

Saya perasan sejak kebelakangan ini, sejak saya berada di 'home office' saya, setiap hari saya didatangi oleh insan2 yang memohon derma / sumbangan untuk pelbagai agenda. Sukar untuk saya nyatakan perasaan saya. Sedih, kasihan, rasa terpaksa, dan banyak lagi...

Saya pernah didatangi seorang remaja lelaki, berusia dalam lingkungan 17-18 tahun, menyatakan yang dia sedang belajar di sebuah kolej swasta di Melaka. Dia menjual pewangi paket kecil dengan harga RM 5 satu, dan mengharapkan saya membeli lebih dari satu. Katanya, dia mencari duit untuk membiayai pengajiannya. Kerana kasihan, saya beli juga 2 paket, lepas wangian itu bertukar tangan, saya cuba bau dan... wekkk... bau ubat gegat!!! Sah2 saya tertipu dek muka kesiannya.. Kurang asam sungguh...

Beberapa kali saya disapa oleh anak2 lelaki yang saya kira dalam lingkungan 13-14 tahun, menjual CD kanak2 berunsur keagamaan. 1 CD harganya RM 10 (fuh, boleh tahan juga mahalnya!!) Kali pertama & kedua, saya beli juga.. Mereka datang siap dengan surat & gambar2 dari organisasi tertentu, memohon untuk bantuan keselesaan. Saya ambil nama organisasi mereka, bukan untuk apa, sekadar mahu melihat reaksi mereka sahaja. Kalau diikutkan, kita berhak memeriksa tujuan mereka, apakah kerana dipaksa berbuat demikian atau sebaliknya.

Kesekian kalinya, saya mula tertanya-tanya, rajin sungguh mereka ini datang memohon derma di kawasan kejiranan saya. Dari jauh2 pun sanggup datang ke sini.. bila mereka datang lagi, saya beritahu yang saya sudah pernah membeli CD yang dijual (memandangkan CD itu semuanya lebih kurang sama sahaja & pilihan pun tiada), tapi anda tahu apa jawapan mereka?

"tak beli pun tak apa, boleh derma saja"... jawapan itu seolah-olah mereka tetap mahu kita MEMBERI. mereka tidak mahu berganjak selagi saya tidah menghulur duit. Menyedari itu, saya pun memberi RM 5... Anda tahu apa kata anak itu???
"minimum derma RM 10"
WAH!!! ada minimum pulak... dah la satu hari yang datang minta derma sampai 3-4 orang, seorang RM 10, sehari saya perlu menghulur sehingga RM 40???

Saya pernah secara baik berkata pada seorang remaja yang datang meminta derma untuk sekolah pondok melalui jualan CD agama. Memang kebetulan waktu itu saya tidak sihat dan tiada duit kecil. dalam purse saya hanya ada RM 100, sekeping. Takkanlah saya nak memberinya sehingga RM 100. Walaupun ada yang berkata, kalau kita mahu menderma, apa sahaja isi yang ada dalam saku kita, kita harus iklas memberi tanpa memikirkan duit kecil atau duit besar. Persoalannya, itulah sekeping yang saya ada, saya tidak makan gaji seperti orang lain. itu pun, duit pemberian suami untuk belanja makan saya & anak2. Takkan nak bagi semua? Minta budak itu tukarkan dengan duit dia? ohhh tidak!!!

Saya bersuara secara baik, "maaf la dik, CD nie semua dah ada. lagipun semalam baru aje beli dgn orang datang minta derma nie"
Anda tahu apa jawapan yang saya terima???
"Semalam tu, semalam la punya hal. Kedekut punya orang, mintak RM 10 pun tak bagi"... panjang lagi sebenarnya maki hamun yang dia kata sepanjang meninggalkan halaman rumah saya. depan rumah saya, dia meludah!!!

Dan semua ini membuat saya tertanya-tanya... Sekolah pondok & Rumah Anak-Anak Yatim... itu yang selalu dikatakan oleh anak-anak yang datang meminta derma. Persoalan saya, sejauh mana kebenarannya? Benarkan dari organisasi itu? kalau anak2 yang kurang ajar itu datangnya dari Sekolah Pondok, buruk benar akhlaknya. Takkan di Sekolah Pondok diajak memaksa orang untuk memberi derma, itu namanya memeras duit atau dalam bahasa pasar yang selalu kita kata, PAU DUIT ORANG!!! Takkan pelajar Sekolah Pondok tidak diajar menghormati orang yang lebih tua dari orang lain. Pelik bukan? Dan kalau datangnya dari Rumah Anak-Anak Yatim, memang tak sedar diri!!!

Saya sering tertanya-tanya, ikhlaskah saya memberi sedangkan bila niat asal kita memang mahu membantu, tetapi bila dikatakan, PALING MINIMUM DERMA RM 10, sedangkan waktu itu saya hanya ada RM 20 dalam saku, dan Anggun & Alam belum pun makan tengah hari???

Saya bukan tidak pernah menghulur bantuan pada yang memerlukan. Saya tahu cara dan saluran yang perlu dilakukan.

Ikhlaskah saya? Kalau benar anak2 itu datangnya dari Rumah Anak2 Yatim & Sekolah Pondok, ikhlaskan mereka atau, mereka DIPAKSA melakukannya dengan ditetapkan berapa jumlah wang yang mesti dibawa pulang? Saya tidak pasti...

2 comments:

atom28 said...

kalo camtu jadinye. takut dia satu sindiket gakla kak leen. akak tak try wat report polis?

Herleen said...

Iman,
org2 mcm nie bukan reti bahasa... so, cara paling senang, ckp jer la "tak kerja, tak de duit"... paling tidak pun, cakap jer la kita nie maid!!! heheheh