Friday, September 30, 2016

The Delivery of AURA ELISA ADRIANA



Lama tak menulis. Awal 2016 waktu aku awal-awal dalam musim pening-pening & loya-loya, mood & idea tak sampai langsung. 

Pregnancy period kali ni lain macam sikit. May be because of my age factor yang jadikan cepat letih. Ya, awal-awal dulu, selang 2 minggu kena masuk drip. Dah la masa tu belum dapat appointment schedule dengan Prof Azurah kat HUKM Specialist Centre, so berulang-aliklah ke PrimaNora TTDI.

But here, I would like to share my experience on my delivery. It's was my third delivery, third time cesarean but my first scheduled cesarean. Selama ni, for Anggun & Alam, both emergency & immediate decision. 

I was admitted a night before the scheduled date. Mula-mula rasa biasa je but later @ midnight, dah start nervous. Dah mula la fikir yang macam-macam, yang bukan-bukan kata Azimin. 

6th Sept 2016-

Nurse kejutkan aku dalam pukul 4.45am, inject & bagi ubat. Aku dah start puasa dari pukul 10pm malam sebelumnya. The next 1/2 an hour, aku dah siap mandi, pakai baju OT. Then ada doc datang brief us itu ini, checked all the signed forms, checked bp, contraction, baby's heartbeat. Later, my gyne, Prof Azurah datang for her final checking before we're heading to OT.

Sampai OT, our anaesthetist, Dr Nadia briefed Azimin & me on epidural things etc. Reading again & double confirm on Azimin's signature & mine. Azimin pergi tukar baju to OT uniform. It was the first experience for Azimin to go into the OT & join the delivery session. Azimin nampak releks & he tried to calm me down.

They pushed my bed into the OT, get things prepared. Looking around the OT, most of the people there; my gyne, my anaesthetist, nurses semua. Mostly perempuan (seorg je lelaki). Sempat pulak aku jeling meja yg bersusun segala jenis pisau tu. More nervous.

Dr Nadia came to me, mintak aku duduk sambil peluk bantal. She going to start injected me with the epidural before Prof Azurah start with the procedures. Painful. Its really painful. Rasa nak menitik air mata... Nasib sekali cucuk je. Then aku baring.

Suddenly aku rasa weak. Amat weak. I told Dr Nadia, "I feel so weak. Very weak." Then I saw her checking my bp. 
"Your bp is drop. Im going to increase your bp. Dont worry."

Then aku rasa pening & loya. "Doc, I want to vomit." One of the nurses quickly put a stainless steel bowl next to my mouth. Then after vomiting, aku rasa lega & dah tak pening lagi. And masa tu aku nampak Azimin. He sit next to me, holding my hand thru out the procedures. 

Bila aku pandang atas kat lampu, aku nampak biasan on what happened on my stomach. Sighhhh... Nampak darah errr. 

After 15-20 minutes, I heard a baby crying. Aku pandang Azimin, aku tanya dia, "Is that our baby?" Azimin angguk. Azimin cakap, "She looks so fair."

The nurse bring my baby to me after they clean her up. Its really miracle. I smiled & kissed the baby & Azimin while the gyne & her team still working on my stomach. Auchhh. To seal it took longer time. 

Selesai semua, they put me under observation in a room nearby the OT for around 1/2 an hour (I guess). Lepas my bp nampak ok, they pushed me back to my room with my baby. 

Alhamdulillah, both baby & me were fine. And welcome to the family baby AURA ELISA ADRIANA. 

I did asked Azimin apa yang dia rasa bila tengok the cesarean process. Katanya, dia just tengok the first 10 minutes je. Bila the laser start cutting my stomach, dia dah tak sanggup tengok dah. Tu yang dia datang duduk sebelah aku. 

Beloved friends, 
Cesarean procedure is not an easy experience. Jangan dibanding-bandingkan. Walau banyak kata-kata yang berkata, 'apa guna jadi perempuan kalau tak rasa bersalin normal' tapi kita manusia jangan sekali-kali menyangkal perancangan Ilahi. Tiada siapa yang mahu terluka dan aku percaya dengan keberanian & ilmu yang ada pada setiap gyne, mereka tahu apa yang mereka patut lakukan. Dan yang sebaik-baiknya, kita mahu semuanya selamat.










Friday, September 16, 2016

Welcome To The World AURA ELISA ADRIANA


Assalamualaikum & good day to everyone.

I would like to share our happiness to announce the new addition to our family. Im officially introduce my little lovely princess:

AURA ELISA ADRIANA BINTI AZIMIN SAMSUL
DOB: 6th Sept 2016, 9.43am
Weight: 2.85kg

Alhamdulillah, both baby & me in a good condition. 



Wednesday, March 2, 2016

My Anggun

Alhamdulillah syukur dengan kurniaan rezeki Allah swt, dengan berkat keizinanNya, princess kesayangan saya ini tercapai impiannya sekaligus memenuhi impian kami; 5A.

Terima kasih cikgu-cikgu SKKKLIA terutamanya Cikgu Kamsiah yang banyak memberi tunjuk ajar & sabar mendidik anak-anak ini. 

Anggun Elisa, We love you. Never stop fighting.






My Alam

Throwback 1

My little hero was so happy when his teacher called me to inform on his result. Congratulation to my #cintahati #alamfirdausfarhin . I love you very much Alam






Its 2016!!!

Lama rupanya tak update blog nie. Tahu-tahu, dah March 2016. Too many things happened, too many stories to tell tapi biarlah satu-satu. Lately, Instagram pun dah jarang-jarang update. Faktor usia agaknya...

"Terima kasih 2015 atas kesempatan & pengalaman yang lebih mematangkan. Kita simpan yang manis-manis untuk membakar kekuatan 2016. Yang pahit dan sakit, kita ambil sebagai panduan, agar kita tidak terasa pahit nnila menelan & sakit bila tertekan."

Kita buka lembaran 2016 dengan harapan & semangat untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam, ok?


Tuesday, August 18, 2015

Jam Jasad: Sebuah Fitrah Manusia

Kalaulah Mesin Cahaya Masa naskah dari Wani Ardy ini datang pada aku dua tahun dahulu, mungkin aku akan cuba faham, atau paling tidakpun akan aku beringat-ingat supaya tidak melanggar ‘Jam Jasad’ yang Allah fitrahkan buat kita.

Tapi sudah ketentuan Yang Maha Esa menetapkan aku dikurniakan rasa dan tenaga kerja dan rajin, lalu aku menerjah dan menggunakan semua itu sekuat mungkin. Hingga melawan jam jasad yang Allah kuncikan pada tubuh kita. Kerana aku lupa, tubuh manusia bukan hanya milik jiwa dan rasa ingin kaya dan berjaya. Tubuh kita berkongsi hidupnya dengan elemen-elemen lain; nafas, saraf, darah, oksigen dan sebagainya.

Walau tenaga masih boleh dikerah, walau penat masih boleh untuk kita tidak endah, tapi hakikatnya saraf, nafas, darah mahupun oksigen sudah lelah. Mereka perlu masa untuk berehat.

Wani, tersentak sungguh malah tersentap bila bait-bait dibaca. Rasa macam tertampar pipi sendiri. Sebarkanlah, jangan kita sesekali melanggar hukum alam yang satu ini. Kerana rasa 'binasanya' terlalu pedih


Aku sudah merasainya.












Friday, July 10, 2015

Selagi Kita Namanya Khalifah

Sedang viral video ucapan luahan hati seorang anak muda bernama Zahra. Penuh terkesan walaupun nadanya lembut. Jujurnya saya simpati. Anak gadis itu kelihatan naif.

Kisah dongeng graduan lepasan universiti akan mendapat gaji besar dan pekerjaan yang bagus seharusnya kita lupuskan dari dulu. Saya faham, itu adalah slogan yang sering digunakan ibu bapa untuk menaikkan semangat anak-anak untuk gigih belajar hingga mendapat kejayaan di menara gading. Tapi hakikat yang tidak diberitahu adalah, selepas tamat pengajian, kemungkinan untuk para graduan menganggur adalah amat besar.

Realitinya, selepas bergelar graduan, banyak onak duri yang perlu dilalui. Turun naik tangga memanjat bangunan untuk interview yang rata-ratanya mahukan pengalaman. Bila sudah dapat, gajinya pula tidak seberapa. Job scopenya pula tiada yang sama dengan apa yang dipelajari ketika di universiti. Tambah menyeksa, politik pejabat, dan kerja-kerja yang diarahkan tidak mencabar minda dan pemikiran anak muda yang semangat juangnya sedang membara.

Jujurnya, kita perlu lakukan apa sahaja untuk survive. Ia bukan mudah dan tiada jalan mudah untuk senang kecuali kita datangnya dari keluarga keturunan berharta, yang sudah mempunyai legasi perniagaan. Jadi kita boleh menumpang senang.

Waktu saya tamatkan pengajian diploma, kerja pertama saya waktu itu adalah 'Telemarkerter'; mempromosikan loyalty card sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Interviewnya tidak susah walhal iklannya mencari pekerja juga nampak menarik. Dalam satu bilik, berhimpit lebih 50 orang dan setiap seorang diberikan satu telefon. Ya, gajinya satu loyalty membership yang disign approved, dapatlah dalam RM200 tak silap. Kerja itu saya tahan seminggu. Lepas tu tak datang lagi dah. Saya tidak cukup kuat rasanya untuk bercakap tanpa henti mempromosi, tambah pula ayat saya tiada langsung yang manis menggoda.

Saya kemudiannya menyambung pengajian. Mungkin itu jalan terbaik memandangkan saya belum bersedia untuk berjuang di alam pekerjaan. Lantas saya memutuskan untuk mengutip sebanyak mana pengalaman dengan sebanyak mana manusia yang saya jumpa. Saya juga memberanikan diri berada di kolej yang rata-ratanya dari bangsa lain walaupun saya boleh memilih untuk berada di comfort zone universiti tempatan.

Dengan first degree, sekali lagi saya harus berjuang di dunia luar di zaman  kegawatan ekonomi. Degree seakan tiada nilainya. Tengok iklan di suratkhabar dan internet, yang paling layak memohon hanyalah bidang 'customer services', 'telemarketing', 'promoter'. Tulislah indah bagaimana pun nama positionnya, akhirnya kerja hakikinya masih promote itu ini. Yang 'up' sedikit, dapat rezeki dalam banking industry. Tapi masih lagi menjual dan mempromotekan credit card. Berharap pada komisyen.

Rezeki saya bersama Mid Valley Services & Management sebagai Customer Care Officer, bahasa senangnya, jaga information counter. Bekerja shift, off day BUKAN hari Sabtu, Ahad & public holiday bukan senang. Nasib baiklah kerja di shopping mall, ada sale, ada kawan-kawan yang boleh simpankan barang yang kita hajati sampai hari kita dapat  gaji. Itulah hiburan.

Waktu itu saya tinggal bersama keluarga di Kajang. Boleh bayangkan waktu itu dari Kajang ke Mid Valley, saya ambil bas dari main road depan rumah hingga ke Kajang. Samada selepas itu naik bas terus ke KL ataupun naik komuter hingga ke KL (waktu itu belum ada perhentian komuter Mid Valley), seterusnya naik bas Intrakota ke Mid Valley. Kalau kena shift malam, habis kerja pukul 10.30pm, ayah saya akan tolong ambil.

Itu rutin saya sepanjang setahun sehinggalah kemudiannya saya beralih arah ke Limkokwing Institute yang waktu itu berkampus di Kelana Jaya. Nasib saya agak baik waktu itu kerana ayah saya berkerja di Subang, lalu saya tumpang ayah.

Gaji? Fresh grad salary saya hanyalah RM1550, berulang-alik dari Kajang ke Mid Valley 6 hari seminggu, ditambah dengan belanja makan (di Mid Valley tiada warung berdekatan; food court tempat utama, sampai tengah - hujung bulan, kami beli makanan di Carefour dan makan di office) amatlah sukar. Waktu di Limkokwing juga, gaji Executive masih tidak menjadikan saya mampu membeli kereta. Saya tumpang ayah, atau selebihnya saya naik LRT. Cuma mungkin rezeki jodoh saya ada di situ, lalu saya dapat menumpang senang seorang lelaki yang sanggup mengharung jammed hingga ke Kajang tiap kali kami dating secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kawan-kawan lain selepas waktu pejabat.

Rezeki saya murah selepas berkahwin. Lepas satu, satu. Jujurnya saya tidak memilih untuk berkahwin dengan lelaki kaya walaupun pilihan itu ada. Saya hanya percaya pada kuasa Illahi dan rezeki yang ditentukan buat saya.

Komplikasi waktu mengandungkan anak pertama membuatkan saya berhenti kerja. Banyak pengorbanan yang harus kami berdua redah. Hutang bank study loan saya RM500 setiap bulan. Saya dan suami pernah hidup berbekalkan roti Gardenia besar. Itulah yang kami buat berbuka puasa dan sahur.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil. Dengan puteri Anggun yang masih kecil, saya mendapat kerja dengan cara yang dipermudahkan. Dan saya semakin tahu arah tuju dan membina karier yang saya mahukan walaupun ianya sungguh tidak sama dengan apa yang saya kejarkan sewaktu di universiti.

Belasan tahun berjuang, saya melihat ramai insan-insan yang berjaya menggenggam sijil, diploma dan ijazah. Dan pada mereka saya sering katakan, jangan sangka kehidupan selepas melangkah keluar dari alam pelajar adalah mudah. Jangan berangan akan terus pakai kereta besar berjenama, bergaji besar seperti yang selalu tonton dalam drama atau filem melainkan mereka anak orang kaya yang harta keluarga setinggi gunung.

Saya sering gunakan contoh teman saya yang bernama Norlin. Dia mulakan kerjaya selepas tamat belajar di Toy'r'Us selama dua tahun. Kira stok dalam setor, mop lantai, lap habuk, balut hadiah semua dia buat sebelum saya bertemu dia di Mid Valley yang waktu itu hanya Leasing Executive. Sedikitpun tidak mengeluh, sedikitpun tidak bermegah walaupun hakikatnya, pakciknya adalah Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dia masih boleh duduk makan bersama saya, kadang-kadang membantu di dalam info counter. Perjalanan dia amat panjang, selepas Mid Valley dia ke beberapa lagi shopping mall lain, naik setingkat demi setingkat sehinggalah akhirnya dia mengambil alih perniagaan keluarganya. Hampir 10 tahun menimba pengalaman.

Tanya pada diri sendiri, sanggupkah kita yang ber'ijazah' ini memohon kerja di Toy'r'Us dan bertahan hingga dua tahun? Pada kita, kerja sebegitu untuk budak-budak lepasan SPM sementara menunggu keputusan keluar. Tapi tidak pada Norlin.

Saya akui, zaman sekarang serba mencabar. Untuk terus hidup, kita perlu terus berjuang. Zaman sekarang kita perlu mencari sesuatu yang 'value added skills' untuk terus bertahan. Kalau dulu, kita rasa bila dah gah di pejabat, cukuplah. Tapi zaman ini, yang tahu masak, yang ada baking skill, pandai menjahit, hasilnya lumayan. Yang petah bercakap, boleh jadi emcee. Yang ada event management skills, boleh organise macam-macam event. Itulah hakikatnya.

Jadi adik-adik, buangkan angan-angan lepas habis belajar akan dapat kerja bagus, gaji besar, rumah besar, hidup mewah semua itu dari senarai angan-angan kamu semua. Berpijak di bumi nyata. Percayalah, makcik jual goreng pisang adakalanya lebih kaya dari yang kerja dalam aircond, ber'suit' bagai. Rezeki kita ditentukan Allah tapi Dia mahukan kita berusaha. Bumi Allah itu luas. Saya selalu berkata itu pada kawan-kawan yang ditarik rezekinya, diberhentikan kerja etc. Kita perlu kuat dan terus berjuang sebagai khalifah bumi. InsyaAllah.