Sunday, September 25, 2011
adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : Working in Progress
The Journey
First of all, aku nak mohon maaf banyak-banyak sebab mood aku untuk mengupdate blog nie agak kureng sikit... Rasanya, since busy dengan adaJALAN hari tu, mood mmg bermanja-manja dengan blog nie mmg low sikit. Then, terus masuk bulan puasa, lagi la kan... (tapi tang update kat FB & Twitter tu laju jer...)
adaJALAN really make me proud. Lama jugak rasanya aku tak warming-up my engine buat event management nie. Lama sungguh!!! I mean a real event la kan. Bukan setakan event ad-hoc & event yang credibiliti aku tak teruji. Kalau nama event besar pun, tapi aku punya kerja setakat nak make sure meja tu susun ikut line ke tak, tu tak payah cerita la kan...
adaJALAN started bila Azimin tiba-tiba voiced out yang dia nak buat solo exhibition for his painting before puasa. Dia dah cakap pasal nie lama la jugak, dalam bulan March tak silap aku. Tapi, sebab masing2 tengok dia lepak jer, so, yang lain-lain pun lepak jer la kan... Budget2 sendiri dalam kepala otak, mesti lepas raya la tu, tak sempat nya sebelum puasa.. painting pun belum ada lagi, even adaJALAN punya theme tu pun belum terfikir lagi..
tup tup tup, masa early May, Azimin kata dia nak pergi booked gallery, which dia memang dah survey & dah jadi member dengan staff Annexe Gallery kat CM tu. What??? Dia booked date 18th July!!! Macam nak terkeluar anak tekak aku, anak mata tu rasa macam nak tercabut dah... Ye la, mahu aku tak rasa macam nak lari bawak diri pergi London, Curator pun tak carik lagi.
This is a solo art exhibition, which A to Z buat sendiri, which we were not attached with any gallery pun. Dulu yang sebelum2 nie, aku punya kerja just contact art gallery, PR sikit2, deal harga & comission, then hantar art work. Tu jer... Now, printing invitation card, announcement card, catalouge, hantar invitation, reservation, media, logistic, food, launching, etc... semua nak kena fikir.
Nak cari Curator bukan sennag, lagi2 short notice. Orang plan art exhibition nie, paling koman pun 6 bulan, nie, tinggal tak sampai 2 bulan pun...
Curator:
Mula2 nama yang aku ingat is Khairina, her full name is Khairina Khairuddin, our friend masa kat Limkokwing dulu. Now dia full time artist. But, nasib tak baik sangat, she is in the early pregnancy, tengah morning sickness, mabuk2.. Dia kata, bukan setakat morning sickness jer, afternoon, evening sampai night pun sickness tak selesai2.. She promised to lend her hand in any matter yang dia boleh tolong, esp supplier and art material. Ok, kena start carik lagi...
Then, we met Ernesto, our old friend back in Limkokwing as well. Actually, Azimin met him masa jadi external examiner kat Taylors. He himself yang mengofferkan diri. Banyak advice yang dia bagi, banyak benda yang dia tolong. Dia siap datang our studio to view Azimin’s artwork. But nasib tak berapa baik, Ernesto has his own solo art exhibition which sponsored by his embassy a week before adaJALAN. But a good things about him, dia still invite, dia still support and dia still tolong mana yang boleh.
Aku ingat lagi masa time Ernesto datang studio hari tu.. Masa aku cakap kat dia “Thanks a lot man..” and he replied with, “hey, dont mention dear. I do owed you a lot you know..” Aku masa tu agak terpinga-pinga la memikirkan apa yang dia owe aku.. Then dia ingatkan aku...
“Remember the time when I just joined Limkokwing? My faculty was out of scape and you allowed me to sit in your office? Then, the time-table arrangement things... You asked them to arrange no class for me on Monday?”
Haha.. he still remember that!!! Padahal aku memang dah out of memory dah pasal tu. Actually, Ernesto masa tu baru masuk Limkokwing, and faculty dia mmg dah tak de space dah untuk letak staff baru. So, memandangkan masa tu department aku department baru yang baru dapat space sebesar alam, yang ada banyak meja (light table), so we all tak kisah untuk menumpangkan orang.. And in the same time, Ernesto’s wife still in Penang. Every weekend, Ernesto will take a bus or flight to Penang, sometimes Monday morning baru sampai KL balik. So, aku just hint to dia punya faculty people, “kau jangan la letak dia punya kelas hari Isnin. Kesian dia beb, baru sampai pagi tu, terkejar-kejar.. Silap2 kepala otak dia still kat Penang lagi..”
Ya, aku cakap denagn 100% Bahasa Melayu dengan harapan si Mat Salleh nie tak faham la apa yang aku cakapkan... masa tu kat office aku, member aku nie datang melepak-lepak sambil buat ketupat... Rupanya, si Ernesto nie dah lama duduk Malaysia, kahwin pun dengan orang Malaysia, orang Penang (wife dia Chinese).. Jangankan cakap Melayu, cakap Penang pun dia boleh cakap.. Ambik kau!!! Nasib baik kitaorang tak buat ketupat Ernesto..
Finally, Azimin beranikan diri to approach Salmah. He was Azimin’s lecturer back in ITM time. Amat berzaman sekali. I knew her only by name, aku tahu yang banyak artist tersohor yang glamour2 tu ambik dia jadi Curator or manage their artwork. Tapi dia punya fees AMAT MAHAL!!! Tak termampu den nak bayar!!! Tapi mungkin rezeki Azimin, she willing to help. Fees dia??? Inilah benda yang paling aku scary sangat nie.. But, Ernesto has given us some tips, which kalau Ernesto yang jadi Curator, we’re going to pay him with an ARTWORK... So, Sal also asked the same thing from us... Thank God!!!
Sepanjang preparation adaJALAN, aku tido pukul 2 pagi, then pukul 3 pagi, lepas tu melarat sampai 4 pagi... Sakit kepala tol but what to do!!! Bukan senang nak arrange event kan? Azimin suddenly boeh siapkan artworks dia dalam 2 weeks before the adaJALAN. Dan hari-hari selepas tu, dia boleh bantai tido awal dan membiarkan aku keseorangan buat kerja!!! Sabar Eleen...
Herewith, aku attachedkan gambar2 yang diambil masa adaJALAN; masa artworks in progress, before launching, during launching, and after the launching day... By the way, adaJALAN was launched by Dato Ken Yeang, from TR Hamzah & Yeang. He called Azimin; Malaysian Picasso..
adaJALAN is a journey of Azimin’s research; Microarchitecture. So, its not just an art exhibition, its an art exhibition based on research. And to be frank, it was a serious exhibition, raising lots of serious issues which need attention from the nation and the committee.
My personal thanks, from my deep heart to adaJALAN team for the time, hardwork, ideas, willingness, sacrifaction and everything!!! Wady, Sharul, Onn Yee, Salleh, TQVM... Izuan (my brother), Sal, Ernesto, Annexe Gallery Team (Lee & Phang), TQ guys.. To all friends, TQ for your support and Insyaallah, Azimin Tazilan artwork now are proudly exhibit @ ............ , and Azimin will be the first artist there for their official launching, the date will be announced later...
Tuesday, September 20, 2011
BETUL KE REZEKI MURAH SELEPAS KAHWIN??
Saya & Azimin sendiri melaluinya. Saya bukan berkahwin dengan sang jutawan yang mampu memberikan saya barang jutaan ringgit. Waktu saya berkahwin dengan dia, dia hanya pensyarah biasa, hanya drive kereta Satria. Kami berdikit-dikit hingga ke saat ini, kerana baik saya mahupun dia percaya, rezeki kurniaan Ilahi akan diberi kiranya kita berusaha dengan cara yang betul. Yang penting, berkat.
Saya ambil contoh abang teman saya, dia tiada 'paper qualification', malah dia mengakui, dia amat malas waktu zaman sekolah. Dia hanya lulus SPM cukup makan, dan selepas itu tidak minat untuk sambung pengajian langsung. Zaman mudanya banyak masa dihabiskan dengan perkara-perkaya yang bisa membuatkan orang lain memandang serong padanya. Melepak sana sini, mengganggu anak dara orang pulang kerja, berkumpul tepi tembok sambil main gitar walaupun tahu, key nya tidak pernah betul...
Namun manusia boleh berubah, itu juga yang disuratkan buat dia oleh Yang Maha Esa. Dek kerana sukakan seorang gadis yang selalu diusiknya tiap kali gadis itu balik kerja dari kilang, dia mula berubah. Dia mula memandang ke depan, mula memikirkan tentang masa depannya. Lalu dia gagahkan diri berjumpa adiknya (teman saya), meminjam duit untuk dijadikan modal.
Melihatkan perubahan abangnya, teman saya setuju memberi pinjaman, dengan syarat, setiap bulan harus dibayar secara ansuran, jangan tunggu sampai cukup baru bayar... Abangnya mulakan dengan berniaga buah-buah potong di tepi jalan. Kemudian, dia mencuba nasib menjual buah di pasar malam pula. Jadual hidupnya telah berubah, tiada lagi sessi lepak-melepak, tiada lagi masa melalak-lalak sambil memetik gitar. Setiap hari, bila waktu makan tengahhari dia berniaga buah potong, dan kemudian petangnya di serata pasar malam menjual buah.
Dia berkahwin setahun kemudian, dikurniakan keluarga yang amat memahami dan sentiasa memberi sokongan. Sang isteri tidak pernah rasa malu untuk sama-sama berjual di pasar malam.
Itu kisah LEBIH 10 tahun yang lalu. Hari ini, lelaki yang saya kenal ini (abang teman saya) sudah boleh berbangga walaupun dia belajar hanya setakat Tingkatan 5 sahaja. Dia hanya menjejakkan kaki ke universiti sewaktu menghantar adik-adiknya sahaja. Tapi kini, dialah sang abang tempat adik-adiknya menumpang senang.
Kita mungkin tidak akan sangka yang lelaki berbaju pagoda, bertopi, memandu lori yang setiap hari hidupnya dihabiskan di pasar malam itu punya rumah semi-d dua tingkat, itu yang dia duduki. Yang dia sewakan, jangan ditanya berapa banyak... Setiap hari dia memandu lori buruk yang belakangnya penuh dengan buah-buah, tapi ada ketikanya, dia gah memandu Alphard nya.
Sampai hari ini dia masih memerah keringat di pasar malam. Mungkin rezekinya di situ. Dia bukan setakat menjual, kini dia juga mempunyai ramai pekerja dan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 pasar malam dia berjualan. Paling banyak, hujung minggu, kadang-kadang sampai 6 pasar malam. Kadang kala, dia terpaksa meminta pertolongan anak-anaknya serta adik-adik dan adik-adik iparnya...
Itu realiti.. Rezekinya memang amat murah selepas dia berkahwin, berkeluarga... tapi amat jelas yang ianya memerlukan usaha & kerja keras, dan juga kesabaran yang amat tinggi.
Antara petikan dari forum yang diutarakan oleh salah seorang forumer ialah:
1) 5 tahun pertama perkahwinan tu adalah tempoh penyesuaian, dlm tempoh 5 tahun itu kita kena banyakkan sabar, usaha & doa. Seandainya kita dapat melepasi tempoh maut tu, maka perjalanan seterusnye lebih mudah
2) Sex amat penting dalam perkahwinan, jgn sesekali abaikan. Dua2 pihak perlu bersikap terbuka dalam hal ni sbb tidak mahu pihak yang satu lg menjerut rasa
3) Sumber kewangan mesti kukuh. Tak perlu hidup mewah- tapi kalau mampu apa salahnya. Yang penting keperluan asas tu cukup & suami tahu bahawa tugas mencari nafkah itu terletak pada bahu suami bukannya isteri. Kalau isteri nak sama-sama bantu adalah lebih baik, untuk keluarga juga
4) Setia. Jangan curang.. selalunya kes2 org ketiga ini bukan merupakan alasan utama kenapa pasangan tu bercerai. Punca utama perceraian tu adalah di sebabkan 3 perkara utama di atas...
Buat panduan & renungan semua....
Wednesday, September 14, 2011
M.A.L.A.S
Shyooohhhhh!!!! Pegi jauh2, jangan dekat dengan aku.. Aku nak jadi rajin!!!
Di kesempatan ini, saya nak menyampaikan yang blog ini akan memuatkan nukilan-nukilan saya.. belum start sort pun lagi, insyaallah, bila saya diberi kekuatan, saya akan work on it.. Sila doa'kan saya ya...
Monday, September 12, 2011
Dijemput Saat Syawal Dirai...

Syawal datang lagi.. Syawal kali ini sekali lagi saya diterjah dengan berita pemergian kaum kerabat saya. Kiranya tahun lepas, tok chik saya dijemput Ilahi sebelum semua muslimin bergerak menunaikan solat sunat Aidilfitri, tahun ini, nenek saudara saya dijemput Ilahi tika Syawal ke 13.
Beberapa tahun lepas, Pak Ngah saya juga pergi tatkala bulan Syawal. Kebanyakkan keluarga dari belah Ayah menjadi tetamuNya di alam sana sewaktu Syawal. Dan, jika dikira dalam kalender , arwah nenek saya (emak Ayah) kembali ke rahmatullah sewaktu Mama baru sahaja melahirkan adik bongsu saya, pada bulan September, 16 tahun lalu..
Waktu arwah Tok Chik menghadap Ilahi, mujur waktu itu giliran saya beraya dengan keluarga saya. Sebaik sahaja selesai sembahyang raya, semua bergegas ke Puchong. Rumah Tok Chik yang setiap Syawal menjadi tempat berkumpul saudara mara tetap dikunjungi seluruh saudara mara seperti biasa, malah lebih ramai dari kebiasaannya.
Pagi Syawal, Tok Chik adalah orang yang paling sibuk memasak (dulu2 dia yang memasak, tapi beberapa tahun kebelakangan sebelum dia pergi, dia hanya menjadi mandur di dapur). Selalunya Tok Chik menyediakan Nasi Beriani waktu Hari Raya Pertama. Lepas selesai kerja di dapur, Tok Chik mandi sebelum ke masjid untuk solat hari raya.
Anak Tok Chik mula panggil dia apabila Tok Chik tak keluar-keluar dari bilik air. Then, anak Tok Chik perasan yang ada air melimpah sampai keluar dari pintu bilik air. And, bila pintu dipecahkan, Tok Chik dah terduduk tak bernyawa.
11 September 2011 sekali lagi mengumpulkan semua saudara mara di belah ayah. Tahun ini, giliran raya kat Taiping, jadi kami balik ke sini lepas seminggu di Taiping. Hujung minggu 10 & 11 Sept tu barulah kami mula beraya. Lepas sehari suntuk beraya (tapi saya still tak berkesempatan beraya di Puchong, sbb memenuhi open house saudara mara), saya terima call dari Mama. Mama sampaikan berita pemergian Nek Enan.
Nek Enan; nenek saudara saya. Mak cik ayah saya. Adik-beradik arwah nenek saya. Untuk pengetahuan semua, arwah nenek saya (emak ayah saya) berketurunan Cina; (jangan tanya kenapa ayah saya tak nampak macam Cina ya; ayah ikut kulit atuk saya, tapi beberapa adik-beradik ayah ada yang berkulit cerah).. Arwah nenek saya, arwah Nek Enan & Nek Chik berketurunan Cina & diambik sebagai anak angkat oleh keluarga Melayu. Dan keluarga besar inilah yang menghuni di Batu 6, Jalan Puchong. Suatu ketika dahulu, kawasan itu gah dengan rumah keluarga dari segenap adik-beradik, saudara-mara tapi kini, ramai yang telah berpindah tapi masih di sekitar kawasan Puchong; Taman Tenaga, Bandar Kinrara, etc.. Rumah besar arwah Atuk dah dirobohkan dek tiada siapa yang mampu menjaga; ditambah pula dengan keadaan jalan besar yang mengambil hampir ½ kawasan tanah. Kini, tapak rumah Arwah atuk kami sewakan pada syarikat used car.
Arwah Nek Enan pergi dengan cara yang amat mudah. Arwah sedang melihat menantunya membetulkan jam di dapur & duduk di tangga. Waktu itu, arwah sempat berbual-bual denagn menantunya. Tiba-tiba, menantu arwah rasa pelik sebab arwah tak menjawab soalannya. Bila dia pusing, arwah sudah terjelepuk & sudah tiada.
Kata Ayah, waktu Hari Raya pertama tu, arwah nampak sihat. Dalam usia 80an, arwah masih ingat pada semua anak saudara & cucu saudara, malah cicit saudaranya, seperti saya yang datang beraya 2 tahun sekali...
Semoga, rohnya ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman... Al-fatihah...
Wednesday, August 24, 2011
SALAM RAMADHAN & SELAMAT HARI RAYA
Amat sibuk (alasan biasa!!!), walau apa pun kata anda, ianya adalah sessuatu yang AMAT BENAR, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.
Siapa kata bekerja dari rumah AMAT MUDAH? Siapa kata bekerja sendiri SENANG? Hanya insan-insan yang melayari perniagaan sendiri sahaja (walaupun menjual nasi lemak) tahu bagaimana sukarnya untuk mencari rezeki. Kekuatan MENTAL amat perlu, kederat fizikal perlu KENTAL.
Sempena Aidilfitri kali ini, 3 kali Kiranna Shop memasukkan stok baru... Amat penat!!! 1x sebelum puasa, di waktu sedang sibuk mengerjakan ADA JALAN, 1x sewaktu awal puasa & 1x lagi pertengahan puasa. Saya sampai tak terkejar saya, manakan nak berbuka, nak bersahur, etc. Masak?? Saya hanya sempat masak SEKALI sahaja, itupun saya gagahkan juga dek kerana sudah berjanji dengan Anggun & Alam. Oleh kerana tak dapat menunaikan banyak perkara, di tambah pula dengan masa yang AMAT limited, lalu saya menghostkan satu majlis buka puasa, tentunya bukan di rumah sebab saya AMAT tak suka basuh pinggan banyak-banyak.
Saya jemput Azimin, Anggun & Alam serta Ayah, Mama & adik-beradik saya (Weeza, Izuan & Meir) untuk berbuka puasa di Nilai Springs Hotel & Resort. Atas bantuan Susie, dia berikan saya sebuah private room yang boleh memuatkan kami semua. Total $$$ yang perlu saya bayar? Itu takkan dapat menandingi kegembiraan malam itu. Am (Weeza's husband) were not with us, he is in Kuwait. Satu lagi family buka puasa gathering will be held on Friday, 26th August, once Am come back from Kuwait for his Raya holidays...
Gambar akan saya upload kemudian ya...
Buat semua,
Selamat Berpuasa (menghabiskan beberapa hari lagi ini) & Salam Lebaran...
Insyaallah, Kiranna Shop dah tutup sempena cuti raya, jadi saya ada masa untuk menulis lagi...