Malaysia hari ini makin menakutkan.
Saya tak pasti mengapa tapi sudah sampai masanya para pemimpin negara duduk sama di meja bulat mencapai kata sepakat, mencari punca dan penyelesaiannya.
Kalau dulu, pencuri masuk rumah pun dah dikira menakutkan, tapi hari ini, bunuh-membunuh seolah macam main teng-teng. Siapa kalah kena bunuh!!!
Kisah buang bayi & janin juga semakin menjadi-jadi. Seolah bagai nyawa tiada harganya. Lepas berseronok, alamak! terlekat pulak! Macam mana nak buat nie? Yang berduit, bolehlah pergi klinik yang berani bersubahat menggugurkannya. Yang kurang berduit & tak berduit langsung pula, makanlah buah nanas banyak-banyak. Kalau tak pun, lepas bersalin dalam bilik air, letakkan saja di surau (kononnya moga dijumpai orang alim ulama). Tak pun, letak depan rumah orang atau di perhentian bas. Tapi ada juga yang tak ada perasaan, buang dalam tong sampah. Senangnya mereka mem'produced' manusia.
Sungguh menakutkan kerana kalau suatu ketika dahulu, yang berani melakukan perkara2 sebegini umurnya pun lepasan sekolah menengah. Tapi hari ini, budak2 yang masih pakai uniform sekolah pun sudah berani. Berani berseronok di luar batasan, berani mabuk, malah berani buang bayi.
Mengapa masyarakat kini memandang harga sebuah nyawa terlalu murah? Saya pernah menyaksikan depan mata kepala sendiri, sekumpulan 'budak-budak' yang terdiri daripada 5-6 orang budak lelaki & 1 orang perempuan. Yang perempuannya nampak macam masih bersekolah rendah, darjah 6 mungkin. Saya & kawan2 melalui tangga shopping complex untuk ke tempat letak kereta, menyaksikan yang sang perempuan sedang terlentok-lentok di dalam pelukan 2 lelaki. Di tangan masing-masing dengan bangga ada Dunhill & setin Tiger Beer. Bila terlihatkan kami yang merenung tajam, tanpa segan silu beraksi 'macam bagus'.. Kedengaran suara2 para lelakinya ketawa kuat sambil berkata, "lepas nie jadi lauk la minah ni. kenyang kita beb.."
Gerun saya memikirkannnya. Yang perempuan tanpa segan silu, yang lelaki pantang ada peluang. Tanpa segan silu, tepi tangga pun jadi.
Berapa ramai pasangan yang sudah sah berkahwin & bernikah punya kesukaran mendapatkan cahaya mata. Ramai yang masih tiada rezeki selepas bertahun-tahun, mungkin sepuluh tahun, lima belas tahun... Tapi 'mereka-mereka' ini, hanya suka-suka terus 'berisi'.
Pakcik & makcik saya berhabis hingga ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mempunyai zuriat sendiri. lepas satu doktor, ke satu pakar. dari dalam negara hingga ke luar negara namun masih tiada rezeki. Mungkin itu takdir Ilahi. Akhirnya, mereka ambil anak angkat.
Sebelum puasa sibuk dengan kes buang bayi, sebelum raya hingga hari ini, sibuk pula dengan kes berbunuh-bunuhan. Paling menyayat hati, kes Ustazah & anaknya yang dibunuh juran yang mahu menyamun di Port Dickson & kes kehilangan Dato' Sosilawati bersama 3 rakannya yang kemudiannya dimuktamadkan sebagai kes pembunuhan.
Tergamak sungguh manusia ini membunuh, mengambil nyawa insan lain & beraksi bagai malaikat maut. Gila!!! Hilang pertimbangan sungguh. Mungkin juga benar, manusia hari ini makin ramai yang sakit mental.
Sama-samalah kita doa'kan agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Moga, pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kematian mereka mendapat pembalasan yang setimpal.
Amin...
Saturday, September 18, 2010
RAYA, RAYA, RAYA...
Raya, raya, raya & raya...
semua tentang raya
jangan tanya saya mana gambar saya sekeluarga masa raya
saya sendiri sedang menunggu bilakah adik ipar kesayangan saya, Izham Saringat mahu uploadkan gambar2 raya...
sebab dia punya kamera besar & mahal
siap dgn lenser
orang kata SLR
Raya kali ini saya ambil sedikit inisiatif
mungkin kerana bonda tersayang tidak begitu sempurna kesihatannya
tempahan jahitan boleh tahan banyaknya
dan seperti biasa, baju raya kami semua memang tak akan siap
jadi tak perlu pening2 kepala
kalau malas mahu meredah sesak kuala lumpur
pakai saja apa yang ada
saya sekeluarga gagahkan diri membeli dek kerana theme color yang di set kan oleh designer kami setiap tahun
mama, ayah & adik2 pakai saja baju yang dibuat khusus untuk majlis perkahwinan adik perempuan saya
adik perempuan saya & suaminya lagi senang, pakai saja baju masa kahwin
Tempahan biskut raya juga boleh tahan
nasib baik adik lelaki saya ringan tangan
dialah yang jadi tokey biskut raya kali ini
semua order perlu melalui dia
Saya juga cuba2 buat biskut raya sendiri selain menolong adik lelaki saya
sempatlah buat biskut sarang semut
masa raya sempat buat chocolate moist cake
esok mahu buat lontong & sambal tumis udang
Tahun ini rasa malas sedikit nak pergi beraya
tuntutan kerja memaksa saya berkompromi dengan masa
bukan mudah bekerja sendiri
mengah juga terkejar ke sana ke mari
Open house seperti biasa
perkara wajib setiap tahun
tinggak tahun ini sedikit lebih
berserta kenduri doa selamat & kesyukuran
meraikan tuan doktor yang selamat ber phd
serta impian yang terbengkalai yang sudah terrealisasi
alhamdulillah, moga semuanya berjalan lancar
pada anda semua, jemputan akan menyusul insyaallah
sudi-sudikan diri menjengok teratak kami...

Thursday, September 2, 2010
SUNGAI LUI - AIZAT
Saya amat suka dengan melodi & lirik lagu hasil buah tangan terbaru Aizat. Muziknya sangat SOFT, membuatkan saya rasa terbuai-buai... Dan saya tertanya-tanya, mengapa tajuknya SUNGAI LUI? Tiada sepatah pun perkataan SUNGAI LUI di situ... Mungkin pertemuan terjalin di SUNGAI LUI, mungkin juga maksud tersirat itu, lagu tersebut mengenai SUNGAI LUI sendiri. Saya belum sempat menelaah, jadi, mari lakukannya bersama...
Sungai Lui – Aizat
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Tuesday, August 24, 2010
JATUH CINTA???
Membaca karya terbaru Wani Ardi membuatkan saya tersenyum sendiri. saya juga sempat mencoret komen di sana... Wani berbicara tentang jatuh cinta pada insan yang tak sepatutnya, dan saya akui saya pernah mengalaminya. itukan pengalaman? dan pengalaman itulah yang menjadikan saya lebih dewasa dan lebih berhati-hati dalam memilih cinta seterusnya...
saya ingat lagi waktu Azimin sering mengheret sepupu2nya yang masih bersekolah rendah waktu itu, ada suara2 sumbang bertanya dan dia dengan selamba menjawab, "anak"... sudah!! betulkan anaknya? waktu itu Tuhan sahaja yang tahu macam mana berkocaknya perasaan saya... hahahah...
Berapa kali anda pernah jatuh cinta? sekali? jangan tipu!!! saya jatuh cinta berkali-kali... banyak kali... dari zaman cinta monyet, hinggalah cinta serigala... saya selalu jatuh cinta, selalu kecewa... mengecewakan orang, mungkin juga tapi tak banyak... sebab kalau tak suka, saya awal2 dah bolayan!!!
saya pernah berceita tentang kisah cinta saya yang tak menjadi dek kerana saya waktu itu 'budak bodoh', tidak pandai seperti 'dia'. bertahun-tahun saya makan hati, walau selepas itu saya dapat cinta lain. dalam hati saya masih ada 'dia' kerana 'dia' jejaka idaman malaya waktu itu, satu sekolah gilakan wajah kacaknya waktu itu. 'dia' tinggalkan saya kerana mahu mengayam kasih bersama gadis yang 'setaraf' akalnya denagn'dia'.
Kuasa Tuhan, kami bertemu kembali selepas tamat sekolah, 'dia' sedang mempersiapkan diri untuk ke luar negara. sudah tentu result SPMnya gempak gila, sedangkan saya sedang bertungkus lumus menapak untuk diploma. Tuhan Maha Kuasa, saya selesai menyempurnakan ijazah saya terlebih dahulu berbanding 'dia' yang ter'kantoi' dek gagal beberapa subjek.
Bertemu kembali semasa alam bekerja, saya budah menjadi tunangan orang, bersiap-siap untuk menyambut hari bahagia. 'dia' baru pulang dari luar negara, baru mahu membina tapak kerjaya sedangkan saya sudah bertahun di situ...
Saya bukan mahu bercerita tentang dia... BUKAN!!! Saya mahu bercerita tentang cinta saya selepas 'dia'. saya jarang2 bercerita siapa insan selepas 'dia', dan selepas-selepas 'dia'...
selepas 'dia', saya rapat dengan S, nama pangkalnya sama dengan 'dia'. saya sendiri kurang pasti apa sebab dan bagaimana saya boleh rapat dengan S. dia pelajar nakal (well, di SBP kalau selalu ponteng prep malam pun dah dikira nakal, ok!).. seingat saya, seorang rakan sekelas datang bertemu saya, menyampaikan salam. saya sambut salam yang saya sendiri tidak tahu siapa itu..
S tergolong dalam golongan 'muka target', yang selalu 'buat hal', yang selalu 'kena marah' dengan cikgu, yang selalu kena panggil dgn warden, kena sebat depan perhimpunna... tapi dia juga selalu naik pentas sewaktu hari penyampaian hadiah..
relationship kami banyak krisis, sikap S yang tak menentu, kejap hilang, kejap timbul, kejap kena gantung sekolah... saya jadi amat pening. saya juga kadang2 dicari cikgu dek kerananya. masuk Form 4, kami sekelas. kalau orang kata 'lagi best sekelas' tapi saya rasa tidak. sekelas menjadikan saya & S kurang bercakap, dan setiap kali S 'melesapkan diri' sewaktu sekolah, saya pula yang jiwa kacau.
Akhirnya, saya angkat bendera putih. S dibuang sekolah, saya pasti 'dia' (kisah cinta pertama saya di sekolah menengah) bertepuk tangan, walaupun waktu itu, dia tidak terikat dengan siapa2 pun.
saya kemudiannya bertemu I, yang setahun lebih muda daripada saya. Teman2 sekolah pastinya boleh menangkap siapa I, kerana kisah kami hangat diperkata di sekolah. I mulanya sekadar 'adik angkat', kerana I juga bukan jenis yang 'layan perempuan'. waktu dulu, dia antara top list student yang 'anti-perempuan', tapi mukanya not bad!!
dari adik angkat & kakak angkat, lama-kelamaan kami rapat, sangat rapat. kalau cuti sekolah, ayah pastinya bising sebab bil telefon tinggi. waktu cuti, kalau saya tidak ke Melaka, I akan datang KL. cinta budak sekolah, hebat jugalah dikirakan masa tu...
Dari main-main, perasaan kami jadi serius, saya benar2 suka dia. I dan saya selalu berjumpa, borak2 tapi AJK Agama waktu itu tak boleh buat apa2, warden juga sama sebab 'adik angkat & kakak angkat'...
Beberapa bulan I dan saya bermain tarik tali dengan perasaan sendiri, akhirnya beberapa bulan sebelum SPM, I bertanya saya satu soalan serius. saya tergamam kerana itu kali pertama saya disoal sebegitu rupa. rupanya, saya tidak syok sendiri...
Waktu peperiksaan SPM, I rajin menjengok saya di asrama, semua orang tahu itu... tiada rahsia. cikgu2, warden, semua tahu hubungan kami... saya rasa, mesti ada warden yang menyumpah, "menyesal aku biarkan dia berdating dulu, ingatkan setakat adik angkat"...
saya melepasi SPM, I form 5, saya tiada lagi di sekolah. I masih seperti dulu, rajin menelefon. Melalui seorg temannya, saya dapat tahu I melalui saat2 sukar di sekolah dek kerana ketiadaan saya.
Saya disekat dari menghubungi I. I pelajar kesayangan seorg cikgu dan cikgu itu melihat hubungan kami seolah menjejaskan I. semua surat saya pada I memang tak lepas, hantar guna poslaju, register hatta telegram sekalipun tidak dapat menembusi kekebalan cikgu itu. akhirnya, saya terpaksa melalui seorang teman. Ikutkan hati, geram juga dengan cikgu tu.
jarak benar2 memisahkan kami dan ujian yang saya lalui begitu getir. akhirnya hubungan itu terlerai dengan sendirinya, tanpa perlu diucap oleh sesiapa. biarlah saya & I sahaja yang tahu sebabnya (saya pasti ada teman2 yang masih ingat, malah menyaksikan drama tragis itu, dan Azimin tahu apa yang terjadi)...
antara saya & I, tidak pernah terucap PUTUS, jadi selepas I tamat SPM dan menyambung A-Level, kami berpeluang memperbaiki hubungan itu. ianya lebih kepada on off, on off.. dan selepas I, hati saya amat tertutup... benar, hati saya jadi kering, saya sejuk. saya berkawan dengan sesiapa sehaja, tak kisah la macam mana rupanya... mungkin juga kerana I dan saya masih on off, on off... jadi ramai yang tak mahu mengganggu. dan kalau saya nak reject orang, saya katalah yang saya masih ON dengan I.. hahaha, jahat kan saya?
5 tahun ianya tergantung. bila di luar negara, makin menyukarkan keadaan. sungguh, saya amat phobia dengan long distance relationship kerana para lelaki ini semua ada satu sifat, seolah2 sifat semulajadi... MALAS untuk menghubungi... malas untuk email, malas untuk SMS, malas untuk call, apa lagi kalau tulis surat, jangan harap!!
jadi, selepas 5 tahun berharap, saya tak mahu terus berharap. walaupun ibunya masih bertanya2 saya, apa kesudahan hubungan kami... walaupun ibunya kerap merisik-risik, "I ada cakap apa2 ke?" TIADA...
akhirnya, saya mula bukakan hati saya, sedikit demi sedikit... mencari2 siapa yang berhak untuk membina semuala takhta di hati saya. waktu itu ada beberapa calon, Azimin salah seorangnya. Sungguh, waktu bertemu Azimin, saya rapat dengan beberapa teman. Sama seperti Azimin, hubungan kami lebih terbuka, tiada sorok2.
Saya dan Azimin kemudiannya rapat, mencari keserasian. bila sudah rapat, saya sering tertanya2... lunch, dinner, dia hantar saya balik kerja, dari Kelana Jaya ke Kajang, jauh tu,... kemudian dia balik ke Taman Desa... hanya kawan?
bila ada teman2 pejabat yang sudah mula perasan keakraban kami, Azimin jadi tegang. kami kemudiannya memberi ruang untuk diri sendiri. Seminggu, dua minggu... 3 minggu.. dan akhirnya kami mengakui.. we need each other... every second is so different without one of us.
itulah mulanya cinta saya & Azimin
antara saya dan Azimin tak pernah ada rahsia.
saya beritahu dia siapa bekas-bekas lelaki yang pernah ada di hati saya...
'dia', S & I... dah siapa2 lagi.. semuanya saya ceritakan... tiada sedikitpun yang terselindung. Azimin juga begitu, saya kenal perempuan2 yang pernah berada di hati dia..
kalau anda mahu tahu, saya jugalah yang membuang semua gambar2 lama dia dan perempuan2 sebelum saya.. hahahahaha...
sewaktu I datang berhari raya di rumah saya, saya dengan tenang mengenalkannya pada Azimin, "my ex-bf"...
dan, sewaktu I datang bertemu saya & Azimin meminta bantuan untuk perkahwinannya, saya menghulurkan bantuan bersama Azimin tanpa banyak soal...
anda2 semua, sayalah orangnya yang membawa I & isterinya dari pintu masuk dewan sehingga ke atas pelamin... tanpa sekelumit pun rasa nak tunjal kepala I.. dan, ibu I menangis sambil memeluk saya di depan Azimin, agaknya melihat bukan saya yang menjadi menantu dia... saya hanya mampu jawab, "dah bukan jodoh kami aunty..."
jatuh cinta, kecewa, berpisah, bertemu semua dan kemudiannya menjadi sahabat bukan satu kesalahan. ada antara kita yang takut untuk bersahabat dgn bekas kekasih, takut kalau2 timbul perasaan lama. bohong kalau saya katakan yang saya tak pernah teringat kisah lama, tapi, kita kena jujur dgn diri sendiri. kalau Azimin boleh menerima I sebagai sahabat tanpa rasa curiga (saya tidak pasti isteri I bagaimana), kenapa saya perlu mengusutkan fikiran sendiri??? kerana pada saya, orang yang mencintai saya, seharusnya menerima saya seadanya...

Tinggallah HATI!!!
Ramai yang bertanya, terlalu ramai... Dari insan yang bertaraf VC & Director hinggalah kakak kedai jual goreng pisang di Salak Lama, semua sibuk bertanya, "kenapa berhenti kerja?"
kalau saya dalam mood rajin melayan, saya selak serba sedikit cerita mengapa saya senekad itu. tapi, kalau saya dalam mood malas, saya hanya menjawab, "maid dah balik indon,"... ok kan?
genap 3 bulan saya meninggalkan bidang yang saya jejakkan kaki lebih 10 tahun lalu. mula-mula menjejak sebelah kaki, saya terus tidak berpaling. saya akui, saya cintakan apa yang saya lalui. bukan kerana pilihan ini menemukan saya dengan cinta hati saya, tetapi, saya dapat rasakan kepuasan bila melihat insan2 terdidik dengan sempurna.
waktu pertama kali saya memperjudikan nasib saya di Limkokwing Institute of creative Technology (sekarang sudah jadi Limkokwing University of Creative Technology), saya masih teragak-agak... tetapi bila merasakan kepercayaan yang diberikan pada saya tidak berbelah bagi, saya teruskan juga membelah ranjau... dari situ saya belajar satu persatu...
percayakah anda semua, tugas pertama yang diberikan pada saya adalah "photostate"... saya masih ingat lagi, "photostate nie depan belakang, lepas tu lipat & jadikan macam kad"... kalau ikut rasa ego, dalam hati ada terdetik, "aku yang ada degree bagus2 nie disuruh photostate & lipat kertas!!"... tapi saya menerima tugas itu dengan hati yang amat terbuka. mengoperasi mesin photostate jenis lama, yang asyik2 'jammed' lebih2 lagi bila buat 'double-sided' bukan perkara mudah.. dan bukan senang untuk memastikan, bila dijadikan kad, urutan nya betul...
itu kisah lebih 10 tahun dahulu. kalau ianya terjadi zaman ini, katalah saya memberikan tugas seperti itu pada staff saya, adakah orang itu akan menerimanya seperti mana saya menerimanya?
saya pernah memberi satu tugas yang amat mudah, "TOLONG FAX" kepada staff saya, waktu itu saya sarat mengandung 8 bulan. staff saya itu, bukanlah lulusan universiti, bahkan tidak juga punya diploma sekali pun. anda tahu apa yang saya terima waktu itu? dia tarik muka 14, sambil mulutnya sibuk mengajuk-ajuk saya walaupun dia tahu saya sedang memandangnya.
saya meneroka banyak ilmu, bergaul dengan banyak insan dari golongan cendiakawan. dari orang pandai yang memang pandai buat kerja, ada orang pandai tapi lembap, orang yang pandai 'polish' kasut orang yang lebih tinggi, dan orang yang sebenarnya tak berapa pandai tapi gemar tunjuk pandai... saya boleh masuk dengan semua jenis golongan.
pengalaman yang saya garap sewaktu diberi peluang menjadi ahli BOE (Board of Examiners) di INTI yang fungsinya sama seperti Senate di universiti awam tak pernah saya sia2kan. mula2 sekadar tulis nota, ambil fail, kemudian ambil minit, dan lama-kelamaan, melontar pendapat & keputusan. dan yang paling buatkan saya berbesar hati, saya satu-satunya anak Melayu di tengah2 bangsa asing, sedangkan 'rombongan orang putih' pun ramai lagi... tapi saya tetap dihormati. makanan yang ditempah tetap halal. dan tiada siapa yang sekali pun bersuara 'apa yang perempuan bertudung itu buat disini'...
saya dipercayai dan saya tak pernah sekali pun merosakkan kepercayaan itu. saya anak melayu pertama yang dihantar untuk program ke London, yang sebelum2 ini, semuanya berbangsa Cina & india. Mengapa saya berbangga? kerana saya bekerja di company bukan bumiputera waktu itu. tapi banyak, amat banyak yang saya pelajari. saya tahu dari A hinggalah ke Z.
kemudian, saya mencuba nasib di tempat lain, saya pilih KLMU. Dengan pengalaman yang ada, saya ditawarkan jawatan yang bukan mudah. Tapi berbekalkan pengalaman & keyakinan, saya percaya saya mampu melakukannya. Saya bangga, banyak idea & cadangan saya diterima pakai. saya diterima baik sekali. memang ada beberapa kelemahan tetapi kami sama2 cuba memperbaikinya.
Jodoh saya dgn KLMU tidak panjang. terasa amat sukar berulang-alik sementelah jarak yang begitu jauh. lantas saya terima tawaran Taylors University College untuk set-up & menjaga sebuah jabatan di kolej baru seliaan mereka di Seremban, EWC. Dekat, gaji pun bagus, jauh lebih baik.
saya ditawarkan jawatan yang amat bagus sepanjang kerjaya saya. memang dari KLMU lagi, saya sudah mengintai-intai perkataan REGISTRAR.. saya cuma menunggu masa yang sesuai... dan bila ditawarkan, saya tak ragu2 memilihnya... percubaan 6 bulan berjaya. saya antara 3 jawatan teratas... itu yang saya mahu...
anda boleh bayangkan apa perasaan saya apabila saya adalah anak melayu di dalam Steering Committee, yang di pengerusikan oleh Pradeep Nair, Deputy Vice Chancellor Taylors? Saya yang merangka polici, saya yang turun naik MQA, MOHE, PTPTN & MARA,... tempoh diberikan pada saya adalah 6 bulan untuk memastikan kesemua program diluluskan dan saya selesaikan semuanya hanya dalam masa 3 bulan. siap dengan kelulusan Provisional Accreditation sekali. Bagaimana?
Tatkala Taylors memberhentikan funding-nya, saya terus ditawarkan position di Taylors. puas berfikir, saya sayangkan juga keluarga saya. kasihan anak2 saya, kasihan sang suami.. dek kerana saya ghairah mengejar pangkat, nanti tercicir pula kasih sayang. jadi saya menolak cara baik.
akhirnya saya menerima KPJIC, dekat dengan rumah, tak sampai 5 minit. ada yang bertanya, "kerja apa?"
Tulus dari hari, saya amat merasa 'de-motivated' tetapi saya kuatkan juga hati saya. mengapa? siapa yang tidak terasa, dari jawatan 3 tertinggi, saya kemudiannya ditawarkan hanya dengan jawatan SENIOR EXECUTIVE... satu jawatan yang telah saya tinggalkan hampir 5 tahun sebelumnya... saya seolah-olah terpaksa mengulang kembali apa yang pernah saya lakukan 5 tahun sebelumnya...
saya tiada pejabat sendiri, saya tiada secretary, saya tiada administrator..
saya kena mencatit appointment & meeting saya sendiri, saya perlu menaip sendiri, saya kena sediakan report sendiri...
sudah tiada lunch appointment, hi-tea invitation..
sudah tiada orang yang mengingatkan saya, "you ada dinner dengan Azimin malam nie, dont forget!!"
sudah tiada orang yang screen call untuk saya
sudah tiada lagi semua yang saya miliki...
huhuhu baju2 & suit2 saya hanya terperuk dalam almari!!! saya kena pakai uniform!!!
tapi saya hanya memikirkan satu perkara...
ANGGUN IS GOING TO SCHOOL, BETTER THIS WAY...
$$$$? yup, bukan sedikit kurangnya.. gaji yang dibayar Taylors waktu itu pun saya tidak dapat... jauh kurangnya, bukan seribu, bukan dua ribu... tapi Azimin mohon, jangan jauh2 lagi.. saya akur..
tapi, saya rasa amat tertipu. persoalan pertama saya waktu itu, "kata jaga student affairs, tapi kena buat kerja registrar, kena buat kerja marketing, kena buat kerja semua??? tapi siapa yang tolong saya?"
masa saya makin terhad, ayik outstation dan sekali lagi menjadikan Azimin pening kepala... "You sebenarnya kerja apa?" soal sang suami.. "Student kena histeria, you kena pergi, student sakit you pergi, recruit student pun you pergi, ptptn pun u? tak de job specification ke?"... itu bunga-bunga awal waktu saya disuarakan rasa tidak puas hatinya..
keadaan jadi makin parah sewaktu saya diminta membantu dengan kerja2 di MOHE.. saya boleh lakukannya, tapi bukankah dengan hanya sekali pertolongan, akan menjadikan kerja itu sebagai KERJA TETAP saya nanti?
anda masih ingat yang saya telah membuatkan insan2 di Taylors terperanjat dengan kelulusan LEBIH AWAL DARI BIASA? saya punya connection saya sendiri di MOHE, MQA.. saya pernah dapatkan softcopy surat jawapan sebelum surat itu siap ditandatangani.. jangan tanya bagaimana, saya menyusuri pengalaman saya selama 10 tahun, pastinya saya jumpa jalannya...
saya amat hairan sebenarnya.. Taylors sebuah organisasi yang besar, berjaya mengesan dimana bidang saya, boleh menawarkan saya sesuatu yang AMAT BAGUS... malah hingga ke saat ini, mereka tak putus2 menghubungi saya.
tanyalah siapa sekalipun dalam dunia ini, adakah seorang kerani dengan sukarela mahu memikul beban kerja2 CEO dengan gaji KERANI? tidak!!! walaupun saya tahu apa & susur galur mana yang seharusnya dilalui oleh sebuah institusi, tapi saya tidak akan sewenang-wenangnya menghulurkannya secara percuma. pengalaman saya mempersiapkan diri untuk dihormati, walau waktu saya berada di UK, saya tetap dihormati oleh bangsa mereka.
melayari institusi pendidikan bukan perkara mudah. institusi pendidikan bukan kilang pengeluaran, jadi method & modus operandinya tidak sama. mengeluarkan cip komputer tak sama dengan mendidik & menpersiapkan modal insan. semuanya perlu ada persiapan, ada cara...
saya juga punya prinsip, punya matlamat & punya cita-cita. tapi, bila saya berundur terus, bererti hati saya amat terguris. terguris kerana semakin saya cuba untuk menyelami pendidikan anak bangsa, semakin terpamer ketidak-suciannya. Pabila para cendiakawan tidak berada di taraf yang sepatutnya, kemudian para penyokong operasi dipandang sebelah mata, hasilnya pasti tidak menjadi. dan, saya amat bosan dengan politik bangsa yang merumitkan lagi kelancaran kerja, kemalasan insan2 yang kononnya sempurna. sikap menjatuhkan sesama sendiri, itu yg membuatkan saya NEKAD!!!
ya, saya rasa tidak dihargai. people take me for granted!! siapa yang pernah bersama saya di mesyuarat2 di Putrajaya yang menghimpunkan IPTS2, mereka akan tahu bagaimana ramainya orang yang mengenali saya... saya sentiasa dikerumuni, saya tak pernah kekok walau saya satu2nya wakil kolej...
benar, sebagai bumiputera kita diberi banyak keistimewaan sehingga kadang-kala kita alpa, amat alpa sekali. tidak salah rasanya kiranya kita mengenepikan sedikit keegoan, tunduk sedikit dan ketuk pintu rumah jiran sebelah. tengok2 apa yang patut, tanya apa yang tidak tahu, minta penjelasan apa yang kurang pasti.. bukan semua jiran sombong... kalau kena caranya, kita boleh jadi lebih baik dari yang sedia ada...
saya boleh pergi ke mana2 IPTS dan memberi resume saya, saya juga boleh lakukannya hanya dengan satu panggilan telefon. saya tidak riak, bukan kerana Azimin is somebody, bukan sama sekali. saya punya portfolio saya sendiri. sebaik sahaja saya tidak terikat dengan mana2, beberapa IPTS datang pada saya. maknanya, meraka tahu kewujudan saya dalam industri ini.. terima kasih anda semua.. terima kasih kerana sentiasa memerhatikan saya. buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk kembali sepenuh masa. yang mana secara peribadi saya sudah nyatakan, saya hanya bersedia untuk berbincang mengenainya selepas Syawal, itupun hanya freelance. kini, saya ditambah dengan satu lagi tanggungjawab, jadi, masa saya amat terhad. saya juga sudah kembali aktif melayarkan pena, kalau tak tepati dateline, nanti editor marah!!
:)

Subscribe to:
Posts (Atom)