Hi semua...
I would like to share a beautiful remarks by one of our customer who spent her night at Warung Seni Galvanize Lab, Melaka.
Yafieda Jamil shared her soul view on our art gallery cafe.
Let's have a look people!!!
Friday, August 23, 2013
Wednesday, August 21, 2013
Thursday, August 15, 2013
Al-fatihah
Al-fatihah. Tuan Haji Yusuf bin Ismail.
Aku baru lepas kehilangan seseorang yang pernah mencorak perjalanan
hidup aku.
Walaupun ‘jodoh’ aku dengan dia tak panjang mana, tapi rasa amat
terkesan dengan satu ‘kehilangan’.
Sungguh bukan mudah, sebab sepanjang kepergian aku, aku selalu bertanya
dalam diri, ‘is it me?’ atau ‘memang dia yang begitu?’
Bila aku mulakan langkah di KPJ College, aku duduk di kerusi yang sudah
2 tahun tidak berpenghuni.
Department yang sudah 2 tahun tiada nakhoda.
Tahu betapa susahnya nak aku uruskan & letak semua atas bahu dan
jalan seperti biasa.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Susah. Sukar. Amat susah. Amat sukar.
Tapi aku gagahkan diri.
Terus berjalan tanpa sedikitpun mengeluh.
Tidak sekalipun menoleh ke belakang semula.
Bila aku rasa payah, dia cuba untuk mudahkan.
Dia tak pernah menolak satu pun idea aku.
Tak pernah.
Walaupun apa yang aku ubah itu 360 darjah berbeza.
Kalau sebelum ini orang beli pen harga seringgit, aku minta pen yang
harga sepuluh ringgit.
Kalau sebelum ini orang buat makan-makan guna khidmat kantin yang
masak, aku minta buat dinner di hotel.
Bezanya banyak, bukan sikit-sikit.
Kalau selama ini orang pergi Johor, Kuantan drive sendiri, aku minta
tiket flight.
Setiap satu yang aku minta tak pernah dia kata TAK BOLEH.
Bertahun-tahun, tak ada siapa yang pernah terfikir untuk keluarkan duit
dari akaun bank Student Body, aku terus request 5 angka untuk 2 functions.
Dia tak tanya banyak pun.
Dia sign sahaja.
Tak ada orang yang dengki? Ada.
Tak ada orang yang sakit hati? Ada.
Sebab siapa yang duduk di kerusi yang aku duduk itu, adalah orang yang
akan mendapat pengaruh paling besar.
Department paling besar.
Staff paling ramai.
Selain kerja yang paling banyak.
Aku tahu dia memang letakkan harapan.
Dia banyak bagi semangat.
Tapi aku juga punya impian sendiri waktu itu.
Aku tender my resignation letter waktu dia sakit di hospital.
Dia tak diberitahu sebab tak mahu fikirannya terganggu.
Selepas keluar hospital, dia terus menunaikan umrah.
Dan waktu hari terakhir aku di KPJ College, dia masih di Tanah Suci.
Dan bila dia pulang, aku sudah tiada lagi di situ.
Aku tahu dia terasa.
Aku tahu dia marah.
Aku tahu dia rasa, apa yang dia beri pada aku selama ini semua sia-sia.
Tapi aku ada impian sendiri.
Yang aku perlu capai.
Yang aku perlu genggam.
Aku pernah terserempak beberapa kali dengan dia selepas meninggalkan
semua itu.
Tapi dia hanya buat tak tahu.
Dia buat macam dia tak pernah kenal aku.
Walaupun orang lain semua bertanya khabar.
Memang aku terasa, tapi tak apalah.
Apa aku rasa pun dah tak penting.
Aku pun bukan orang penting.
Bila aku dengar dia sakit di hospital lagi, aku mahu pergi melawat.
Tapi dikhabarkan, ‘tak boleh melawat’.
Tak apalah.
Aku tak ambil hati juga.
Rupanya bukan aku seorang terima nasib begitu.
Ada juga yang lain.
Masing-masing meluahkan rasa.
Tapi kami buat-buat mengerti.
Buat-buat tidak terasa.
Isnin lalu, raya ke 5.
Aku diberitahu dia sakit lagi.
Koma tak sedarkan diri.
ICU.
Aku rasa tak sedap hati.
Lebih-lebih lagi bila ex-students dah mula kirimkan gambar-gambar
menunjukkan keadaan dia.
Aku terkesima.
Hati aku terasa getar.
Bukan aku seorang, ramai lagi.
Semalam Rabu, raya ke 8.
Aku gagahkan kaki masuk ke ICU.
Melihat tubuh terbujur kaku, penuh dengan wayar dan mesin.
Aku sayu.
Amat sayu.
Breathing support yang sepatutnya dihentikan pukul 5 petang tetap
diteruskan.
Mereka kata dia ada memberi respon sewaktu tatkala aku berada di situ.
Mungkin bukan sebab aku.
Tapi mungkin juga kerana aku.
Dalam diam aku melepaskan segala ‘keterasaan’ aku.
Pergilah, jangan datang lagi.
Aku pulang, dia didatangi orang lain.
Orang yang dia percaya dan harapkan selepas aku.
Orang yang aku didik, aku bentuk.
Dan orang itu juga telah meninggalkan lapangannya.
Dan orang itu juga menerima ‘rasa’ yang sama seperti yang aku terima.
Orang itu datang berziarah, membisikkan surah Yassin.
Dan selepas habis, dia pergi buat selamanya.
Dengan wajah tenang.
Dengan hati senang.
Mungkin dia punya niat untuk bertemu ‘kami’ diakhir waktunya.
Itu kata orang.
Aku angguk sahaja.
Tempoh aku dan dia tidak lama.
Tapi dia memberikan sepenuh rasa percaya.
Walaupun aku baru, walaupun aku perempuan.
Moga rohnya dicucuri rahmat.
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Al-fatihah.
**Aku gunakan ganti diri ‘dia’ bukan kerana rasa tidak hormat. Kerana
aku rasa, itu lahir dari hati aku. Kerana aku rasa, dia memang dekat dengan
aku.
Tuesday, August 6, 2013
Bagaimana by Fynn Jamal
Fynn Jamal
Dia idola aku. Bahasa dia, gaya dia, memang superb! Mari ambil sedikit aura dia supaya aku rajin sikit untuk menulis... Inilah BAGAIMANA
Untuk aku padamkan rasa yang aku ada
Bila sentiasa kau ada di situ
Untuk melukis setiapnya semula
Bagaimana
Untuk aku pejamkanhendak yang sedang sunyi
Bila sentiasa kau ada setia
Untuk mencelik setiapnya kembali
Bagaimana
Kerana aku sudah terlalu kebas
Dikejam rasa dan hendak yang ada sunyi
Bagaimana
Kerana aku sudah berjanji
Untuk tidak lagi mahunya lagi
JIWA HATI NYAWA
Kuatkan jiwa
Agar aku mampu menahan
Segala sakit perit dunia ini
Kerana aku masih mahu di sini
Dan aku memilih untuk terus di sini
Selagi aku mampu di sini
Wahai hati
Tabahlah dikau harungi derita
Cekallah dikau renangi sensara
Selagi kau mampu, bertahanlah
Selagi kau ada daya, bersabarlah
Kecil sungguh jiwa ini padamu
Rendah sungguh mertabat ini padamu
Kotor sungguh hati ini padamu
Sedangkan pada khalayak
Jiwa ini laksana BESI
Hati ini bagaikan CAHAYA
Roh ini terbanding tiada
Tiap langkah daku mengundang puji
Tiap gerak daku berbalas senyum
Tiap tutur daku terpalit tawa
Tapi apalah gunanya nyawa jika tiada yang bangga
Apalah hebatnya jiwa jika tiada yang rasa
Dan apa sangatkah sukanya hati
Jika nyawa dan rasa itu tak pernah didekati
Pasrahlah wahai jiwa...
NHJ
06 Aug 2013
Agar aku mampu menahan
Segala sakit perit dunia ini
Kerana aku masih mahu di sini
Dan aku memilih untuk terus di sini
Selagi aku mampu di sini
Wahai hati
Tabahlah dikau harungi derita
Cekallah dikau renangi sensara
Selagi kau mampu, bertahanlah
Selagi kau ada daya, bersabarlah
Kecil sungguh jiwa ini padamu
Rendah sungguh mertabat ini padamu
Kotor sungguh hati ini padamu
Sedangkan pada khalayak
Jiwa ini laksana BESI
Hati ini bagaikan CAHAYA
Roh ini terbanding tiada
Tiap langkah daku mengundang puji
Tiap gerak daku berbalas senyum
Tiap tutur daku terpalit tawa
Tapi apalah gunanya nyawa jika tiada yang bangga
Apalah hebatnya jiwa jika tiada yang rasa
Dan apa sangatkah sukanya hati
Jika nyawa dan rasa itu tak pernah didekati
Pasrahlah wahai jiwa...
NHJ
06 Aug 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)