Ada yang sudah maklum, saya sudah kembali bekerja. Saya masih memilih untuk berada dalam private education. Masih. Saya masih terus berjuang 'to develop our future human capital' dan pada masa yang sama, berjuang untuk Warung Seni.
Ramadhan mulia. Amat mulia. Setiap amal ibadat kita diambil kira di bahu kanan. Masa untuk kita memperkuatkan hati, menjadi lebih kuat, lebih tabah.
Ramadhan ini juga, kita dimomokkan dengan kisah Asyraf Muslim bernikah lagi di Thailand, isu puisi isteri pertama AM, Abby Abadi sah menjadi isteri lelaki muda dam kini cerita murid sekolah disuruh makan di bilik persalinan.
Pabila AM mengaku sudah beristeri baru dan menikahinya di Thailand, lalu puisi isteri pertamanya mula disebarkan di Facebook, pastinya ia mengundang banyak pengulas-pengulas yang tak bertauliah.
Ada yang menyokong, ada yang memberi nasihat, ada yang mengutuk, ada juga yang mencemuh. Itu lumrah Facebook & selebriti.
Sama juga bila Abby Abadi mengumumkan yang beliau sudah selamat bergelar isteri pada seorang lelaki. Feedback yang diterima juga sama seperti di atas. Ucapan tahniah, sokongan, nasihat, kutukan & cemuhan.
Kedua-dua AM & AA: jodoh mereka sudah ditetapkanNya. Yang Maha Esa telah menggariskan yang Ramadhan ini, mereka akan menerima kehadiran orang baru.
Bila AM dicemuh, bila AA dituduh gatal, adakah kita menidakkan ketetapanNya? Mereka bukan ditangkap khalwat, mereka bukan ditangkap kerana tidak berpuasa, mereka juga bukan mencuri di bulan yang mulia ini.
Cerita murid-murid di sebuah sekolah di Sg Buloh yang disuruh makan di bilik persalinan juga tersebar dengan jayanya. Sessi tuduh-menuduh lebih byk dari memberi ruang pihak yang sepatutnya memberi penjelasan.
Ada perkara yang sepatutnya kita marah. Tapi marah pun ada caranya. Tak perlu menghambur kata-kata kesat, menghina atau mencemuh lebih-lebih lagi di bulan yang penuh kemuliaan ini.
Tapi bila perkara yang baik pun menjadi cemuhan dan hinaan sesetengah insan, mungkin kita perlu bertanya pada diri sendiri. Penyakit apakah yang sedang melanda masyarakat kita sebenarnya? Masih wujudkah KASIH SAYANG dalam diri kita? Atau hati kita telah menjadi legam dek penuhnya BENCI?
Demi generasi kita di masa depan, fikirlah!!!
No comments:
Post a Comment