Wednesday, March 6, 2013

IKHLASKAN HATI KITA

I do love my Warung Seni staff & interns very much!!! Yes, I do. Sebabnya:

# Masa off day merelakan diri nak datang kerja
# Bila bagi off day, paling koman tengahhari ke petang ke, mesti muncul kat Warung Seni atas alasan, "Boring la duduk rumah"
# Yang kerja shift pagi, boleh volunteer temankan member yang lain sampai malam
# Apply cuti, tak sampai 2 hari, tetiba cakap, "Rindu la nak datang kerja"
# Yang part-timers pun, asal weekend or tak de kelas je, akan sah-sah balik Melaka and tercongok kat Warung Seni. Silap-silap, siap masuk kitchen tolong buat kerja

I'm so glad having them around, sama-sama menyumbang tenaga untuk Warung Seni. Sungguh, I appreciate every single DO that have been done by them. They are amazing... 

Aku memang flexible, kalau orang pun boleh flexible dengan aku. Aku adalah insan yang paling bertolak-ansur pada insan2 yang tak berkira dengan aku. Tapi, kalau namanya pun orang yang amat berkira, tak boleh lebih kurang (selalunya dia je nak lebih, suruh aku kurang), jadinya, aku adalah umat yang paling berkira dan I will make sure, your every single movement  to be counted in. Dan itu menjadikan aku manusia yang memang simple tapi amat complicated.

Pernah dengar orang kata, 'Buat Baik Dibalas Baik?'. Kalau orang buat baik dengan aku, aku memang tak tergamak nak menjahatkan orang tu. Serious!!!

Aku cuba flashback balik segala sejarah. 

Dulu masa time aku kerja, berebut-rebut orang nak transfer masuk department aku. Selalu jugak office aku jadi pusat khidmat kaunseling, sampai PA aku kena setkan appointment betul2, yang bukan hal kerja, sila jumpa lain masa. Datang mengadu hal boss tak nak approve OT la, boss diaorang pilih kasih la, boss diaorang macam tu la, macam ni la... Wei... padahal boss2 diaorang tu kawan-kawan semeeting aku tu.

Selalu yang terjadi kat mana2 office, kalau boss tak ada, memang bohong la kalau staff tak melonjak-lonjak happy kan? Tak payah tipu, aku pun pernah jadi staff biasa-biasa nie. Asal nama je boss aku cuti ke, out station ke, apa lagi... siap buat party2. Tapi masalah aku, bila time aku cuti, hp aku memang tak boleh cuti. Kejap2 staff call, kejap2 ini la, itu la. Pernah time aku nak cuti, staff2 aku tak bagi cuti lelama. Sebabnya, diaorang kata, kalau aku tak de, adalah insan2 yang amat prihatin dan busybody yang sibuk2 lambakkan kerja2 sampah kat department aku. Oooo... sudahnya, pasang cctv kat office aku. Senang!!!

I always belief, respect need to be earned. Kau bercakap bagai nak rak kata kau la Big Boss, kena hormat, nampak kau, semua staff kena tunduk, ketepi bagi laluan pun tak guna. Silap2 dalam hati, dia dok doa'kan kau cepat mati. 

Most of my ex-staff called me Kak Eleen. I trained them, I guided them, I taught them. Work is work but work as a family. Jangan susahkan benda yang senang. Bila ditegur, terima dengan hati terbuka and jangan ulang silap yang sama berulang-ulang kali. Yang penting, kita ikhlas. Bila kita ikhlas, orang lain pun ikhlas menolong kita.

Ikhlas itu penting. Bila belanja orang kita kena ikhlas, bila berkawan kita perlu ikhlas, bila bercinta pun kita kena ikhlas. Sama la jugak bila kita bekerja, kita kena ikhlas. Kalau HATI kita TIDAK IKHLAS melaksanakan sesuatu kerja, majikan yang membayar gaji kita pun akan ada rasa TIDAK IKHLAS memberi gaji. Gaji yang diberi & diterima bukan hanya kerana ianya 'agreement' dalam offer letter di hari pertama kita terima pekerjaan, tapi lebih dari itu. Kiranya ada sekelumit rasa TIDAK IKHLAS dalam bekerja & memberi gaji (bila time menerima gaji tu bukan main ikhlas lagi kan?), hasil yang diterima & kemudiannya menjadi makanan & darah daging, ada kemungkinan tidak diikhlaskan oleh si pemberi. Kiranya tidak ikhlas, adakah ia HARAM? Aku tak boleh berikan jawapan, tapi kalau ada masa & ada yang terkena pada sesiapa, cuba-cubalah bertanya pada yang lebih arif. 

Semoga kita melalui hari-hari dengan penuh KEIKHLASAN; ikhlas memberi, ikhlas menerima, ikhlas berbelanja, ikhlas berkawan, ikhlas bercinta, ikhlas berkasih-sayang, ikhlas berumahtangga, dan IKHLAS mencari rezeki yang HALAL.

No comments: