Lama rasanya tak meng’update’ blog nie kan? Sorry la banyak-banyak, amat busy sekali sebenarnya. Tak tergambar dengan kata-kata, berkejar ke sana sini, visit orang itu orang ini, tolong dia dan dia, oh, penat sungguh!!!
Kali nie aku nak berkisah tentang kisah retaknya masjid yang terbina dengan kasih sayang. Sedih sebenarnya, tak tahu macam mana nak mula. Ini bukan kisah aku, tapi inilah yang terjadi depan mata aku, kepada insan-insan yang amat aku kenal.
Bukan niat aku nak membuka aib orang lain, tapi apa yang aku harapkan, dengan apa yang aku kisahkan kali ini, dapat memberi pengajaran, keinsafan & mengucap syukur dengan apa yang kita miliki setakat ini.
3 kisah yang mungkin sama sebabnya; ORANG KETIGA, atau mungkin lebih banyak dari tu.
KISAH SATU:
D (suami) & S (isteri) berkahwin tak sampai setahun, atas dasar cinta, pilihan sendiri & tiada paksaan dari sesiapa. S menerima D seadanya walaupun D banyak kisah silamnya. D & S adalah weekend ‘husband & wife’ since both of them kerja di negeri lain-lain. S mencuba sehabis baik untuk menjadi isteri yang baik, aku tahu itu. Aku banyak melihat pengorbanan S yang bukan sedikit. Tell me, isteri mana yang tak sunyi? Ada husband tapi duduknya nun jauh. Memang S ada dekat dengan familynya, ada kawan-kawannya, tapi pada aku, as a wife yang baru jer kahwin, semua perempuan rindukan belaian & nak manja2 dengan suami. Jangan nak kata aku gatal ya, itu nature orang yang baru kahwin. Kalau siapa yang baru2 kahwin tak de perasaan macam tu, aku rasa something wrong dengan korang…
Tapi namanya pun lelaki. Bukan aku nak hentam kaum nie, tak, aku pun ada husband. Husband aku pun lelaki. Tapi, bila dah duduk jauh tu, aku dapat rasa D tak beri komitment as a husband. Tidak LANGSUNG!!! Tak macam suami-suami orang lain, beli barang dapur, bayar duit sewa rumah, duit api air, duit belanja isteri… Hampeh tidak!!! Kalau S mintak, barulah dia bagi. Itu pun aku rasa, D yang banyak mintak kat bininya, alas an dia banyak habis duit ulang-alik tetiap minggu.
Sebab D ‘single husband’, jadinya dia banyak join dengan member2 yang still bujang. Ye la, kalau suami orang, habis kerja mesti balik rumah, jumpa isteri, jumpa anak. Siapa yang nak dok merewang ikut D. So, kawan-kawan D adalah lelaki-lelaki bujang, lelaki-lelaki yang ada ‘girlfriend’. Bila keluar ikut member2, masing2 bawak couple, takkan D seorang nak seorang2 kan? Jadinya, itulah puncanya, selain si D nie memang merenyam perangainya.
Dari kawan2 dengan K, jumpa tiap2 hari, pergi makan sama2, then start keluar masuk panggung wayang, sampai la sendiri buat wayang. S tahu perangai laki dia, and S jugak tahu yang laki dia ada perempuan lain. S cuba carik kerja kat negeri yang sama dengan laki dia but guess what? Laki dia tak agree, marah2, etc.
Bagi aku, S dah buat macam2, she just want her husband back!!! She was trying her very best to start her family life but then, she got a husband yang NEVER want to have a FAMILY LIFE.
Kuasa Tuhan, family K tak suka K baik dengan D. Family K bawak K balik kampong, not allow her to meet D. Mak bapak mana yang suka bila anak dia kawan dengan laki orang, ye tak? Yang paling aku tak boleh tahan, bila balik rumah S, D boleh dengan selambanya keluar pergi jumpa K. S memang tak tahu nak buat macam mana, S dah give-up.
Lepas habis kisah K, D macam orang angau sebab tak dapat contact K. D bagitahu bininya, dia banyak berhabis RM kat K. Itulah lelaki tak sedar diri. Yang bini nie, yang WAJIB kau tanggung nafkahnya, kau sikit pun tak heran. Mentang2 kau tak duduk sama, kau sikit pun tak heran nak bagi dia duit makan minum, duit minyak kereta, duit sewa rumah, duit bil air bil api. Sibuk tanggung perempuan lain punya makan minum, punya bil talipon, etc. lepas tu, bila tak cukup duit, kau mintak kat bini? Akai ada?
Lepas tahu dia dah tak de harapan dengan K, D ada la berubah sikit. Masa tu aku pun harap, S dapat balik laki dia. But tetiba, S bagitahu aku, D ada pompuan lain pulak. Si G. Paling aku tak boleh blah, si G nie memang tahu yang D dah ada bini. G duduk jauh jugak, tapi selalu la dating jumpa D. D siap bayarkan duit hotel lagi.. Yang buat aku rasa macam nak tampar, si pompuan G nie boleh pulak add S, even dia tahu S tu bini boyfriend dia. Add adik-beradik D, cousin2 D.. OMG!!! Kau nie jenis perempuan apa ha?
S nie memang malas nak layan dah, tapi dia tanya G, how far G punya relationship dengan her husband. Tahu apa jawapan G? Dia ‘teman tapi mesra’ and dia kata S tak perlu la risau2 sangat, sebab dia (G) nie memang suka banyak skandal. Dia ada banyak boyfriend… Korang tahu apa kerja G nie? She is still a student, baru Sem 4 buat diploma!!! Dik oii, kau memang kelas sangat!!! Walaupun rupa kau nan ado, tapi kau memang terror bab-bab berskandal nie kan?
Aku bagitahu S, kalau aku jadi S, aku dah lama angkat kaki. Tak kuasa aku nak layan laki yang tak sedar diri mcm tu, perasan macho tapi akai tak de. Kalau aku jadi S, dah lama aku doa bagi si D nie jadi mangsa kena simbah asid, senang!!!
KISAH DUA:
A (wife) & F (husband) kahwin bukan dengan jalan bercinta-cinta. Its just, F jenis lelaki yang tak pandai nak tackle perempuan (masa dulu2 la), so that adik F kenalkan F dengan A. A kawan adik F & adik F tahu yang A memang minat habis kata bang dia. F tak de banyak soal, may be dia rasa itu yang terbaik waktu tu, and family F pun suka A. A pakai tudung labuh, dari family yang alim-alim, sama macam family F punya background jugak.
Everything was in a good manner for 3 years lebih kurang. Sampailah F mula kenal dunia. Apalagi, F nie memang good-looking, so memang banyaklah perempuan yang suka kat dia. May be dia baru ada perasaan pada perempuan, apalagi yang cantik-cantik. Bukan A tak cantik, tapi bak kata orang, kalau A jalan sebelah F, A nampak macam kakak sulung F yang sekarang nie anaknya dah masuk university. Mungkin jugak sebab A jenis yang alim-alim, pakai tudung labuh, baju besar2, tu dia nampak tak seiring dengan umur dia.
Jujurnya, tugas F perlukan dia sentiasa jumpa orang, tak kira siang malam. Biasalah perempuan kalau dah kahwin, dah bersalin lagi, badan mesti naik punya. Aku dah lalui, aku tahu tu. Tapi pada aku, A jenis yang tak kisah nak jaga penampilan diri. Aku sendiri memang terperanjat sangat bila jumpa A masa raya tiap-tiap tahun. She is much more younger than me, tapi she look … (aku tak sampai hati nak sambung ayat2 tu… korang paham-paham la sendiri)
Bila F mula jatuh hati, mula rasa macam mana seronoknya bercinta, banyak perkara berubah 360 darjah. F mula rasa tak selesa duduk rumah, and seriously, bila lelaki yang berstatus SUAMI mula main cinta dengan perempuan lain, $$$ akan sentiasa jadi TAK CUKUP. Itulah yang berlaku. Rumahtangga A & F berantakan lebih setahun, sampaikan talak dah terlepas. Tapi sebab masa tu dah nak RAYA, nak tak nak, F paksa A ikut balik kampong macam biasa. A tak de pilihan, so A ikut. Tapi A bertudung dalam rumah, even masa dalam bilik & tidur. Tu yang buatkan orang syak & lepas tu, terbukak cerita yang talak dah jatuh. Mengamuk ayah F & kerana ayah F jugaklah, F setuju rujuk balik.
Rujuk hanya sekadar perkataan, tak tergambar langsung dengan perkataan. Tak ada perbuatan F yang menggambarkan dia dah kembali jadi suami A. Bertegur pun tidak, cakap pun nadanya tinggi sentiasa. F mintak balik barang2 yang pernah dia bagi pada, then gadaikan. Hampeh punya lelaki!!! A pulak jenis yang tak reti bantah, patuh amat kat laki dia yang tengah dok gila dengan perempuan lain.
Bila sampai part yang A dah tak tahan, A nekad. Dia balik rumah abang dia, and pergi pejabat agama. And guess what??? Pejabat agama baru maklumkan, RUJUK diaorang tu tak sah sebab pasal apa tah… OMG!!! Tapi, senang cerita, tak payah nak panjang2… A terus balik rumah ayah dia sebab dia tak lagi terikat dengan F.
Sebenarnya ada lagi satu kisah but aku memang dah t ak larat dah nie. Nanti la, kalau aku rajin & mood sudah mari, nanti aku tulis. Nie tengah mood busy…
Melihat kejadian2 tu, buat aku bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa pada aku. Tapi aku tetap berselit madah dengan laki aku, kalau dia cuba-cuba nak jadi macam D & F, tetiba muncul pompuan cun & sexy giller, yang lebih educated, yg lebih kaya & lebih baik & segalanya dari aku, sila inform aku awal2. Tolong jangan buat aku ‘hanging-hanging’, main tarik tali, & drag lama2. Tell me & release me sebab aku nie memang jenis tamak. Aku tak suka kongsi-kongsi. Memang la aku akan marah, itu standard. Tak de perempuan yang bila laki dia bagitahu, laki dia ada pompuan lain, dia nak menjerit happy happy ok!!! But, as a human, kena la ada sedikit rasa timbang rasa pada orang lain, esp, orang yang pernah share susah, senang & bahagia sama2. Bila dah rasa hati kita dah terlekat pada orang lain, bila kita dah rasa bahagia dengan orang lain, lepaskan yang satu nie supaya dia boleh mencari bahagia dia juga. Semua orang berhak rasa bahagia.
Aku teringat to one couple yang memang Azimin & me close dengan diaorang. Both of them have their own status, yes, they are somebody, ok. What happened, kejauhan mengejar cita-cita & impian sendiri buat hidup mereka yang sepatutnya masa sekarang nie, berkogsi bahagia dengan cucu-cucu, jadi tak seindah yang disangka. Yes, they divorced dlm usia emas. The ex-wife bawak diri, jauh terus. The ex-husband dah kahwin lain.
Its pictured yang the women yang menjadi the ‘CURRENT WIFE’ to the husband tu nampak ‘jahat’. Itu pandangan orang, bukan satu dua orang, tapi seluruh masyarakat yang kenal diaorang. The ‘CURRENT WIFE’ tu pun bukan calang-calang, may be tak se’terkenal’ macam the ‘previous wife’ but still with lots of tittle in front of her name.
Itu pandangan orang, aku hampir-hampir terpengaruh. Tapi apa yang buatkan aku & Azimin berubah fikiran? Bila aku & Azimin diberitahu yang the couple pergi umrah (the husband & the ‘current wife’). Bila aku & Azimin lihat banyak perubahan pada the husband. He stop drinking, start praying after paused it for so long, left his western lifestyle, etc… Bukankah itu satu hidayah namanya? Bukankah itu satu hikmah yang tertulis disebalik satu keruntuhan, terdirinya satu tiang baru yang lebih indah? Deep from my heart, I am so proud of him. Not to say yang aku lupakan kebaikan the ‘previous wife’, NO! tapi bagi aku, itu hidayah dari Dia dan siapalah kita untuk mempertikaikannya?
p/s: pada yg membaca, tak payah emo-emo ya. ini sekadar renungan untuk kita jadikan pengajaran, bukan niat aku nak bukak AIB orang. and, kalau ada yang berniat nak cakap;"dah sah2 dia sokong pompuan" or "mesti member or sedara dia yang pompuan teraniaya tu"... ANDA SALAH. yang berkait dengan saya adalah SANG LELAKI yang saya rasa nak sepak muka diaorang tu!!!
No comments:
Post a Comment