Wednesday, October 12, 2011

7C Sebab Suami Benci Isteri - Dato' Dr Fadzilah Kamsah



Taken from Facebook; Dato' Dr Fadzilah Kamsah explaining about 7C Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

NEVER MENTIONED THIS!!! Yg ingat, aku pernah cakap, "If you have that in mind, please be ready coz I will forward a long list for you on MY REQUEST".. Ye la, kalau mampu mengadakan semua yg aku mintak, baru aku fikir2kan... Calarkan keta baru tahu!!!


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


Err, rasanya aku masih amat sopan bila dengan laki aku... hehehe

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

Setakat terlepas cakap "AKU" tu byk la.. Dia? Aku blajar dari dia la!!!

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


Yg nie aku punya speciality.. Dok rumah sah2 aku bercantik2, kekdg siap berlipstick lagi... Baju dok rumah tak main ya baju gelobos besar macam zaman masa skolah dulu (bak kata BUBBLES kat twitternya, #Saya generasi pakai baju besar2, lagi besar lagi stylo!!!.. BUBBLES, meh kita cuba keluarkan gambau masa dolu2, nak?), gaya seksi2 sket mesti ada ya... ingat lagi entry NIE

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

Gila la kalau aku tak pernah cemburu kan, but may be sbb both of us went thru banyak benda sesama, aku kenal school-mates dia, college-mates dia, office-mates dia, students dia, aku jugaklah yg handle all all his events yg bukan under ukm, aku yg buat PR work dia, aku jugaklah tempat member2 dia, org office dia, students dia mengadu bila tak dapat reach him by phone, etc.. jadi most of the people know tentang KEWUJUDAN aku. Sape tak tahu, meh aku bagitau.. Ngada2 buat tak tahu? Sepak nak?
Azimin cemburu? Aku lupa bila last time dia cemburukan aku. B4 kawen kot, ada sekali aku ajak dia pegi member aku kahwin, dia bagi byk alasan, then sehari seblm majlis, aku bgtau dia aku pegi dgn "K" (bukan nama sebenar), yg dia tahu as my-ex (aku still keep in touch dgn most of my-ex ya, aku jer, Azimin tak.. hahaha), tetiba jer dia kata dia available nak pegi... Lepas kawen? Dia tolong aku buat preparation utk wedding one of my ex-bf (bukan K ya!!), boleh bersenda gurau dgn dia, so, aku tak rasa dia jealous... Aku cakap ada mamat bagi aku air & chocolate kat petrol station pun dia gelak.. Dia kata, "kalau buatnya dia manderem u ke, masuk ubat tido ker then bawak lagi keta, i will miss my wish then" (keta dia yg dia risau!!)


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


Oh, aku amat flexible. bawak la makan kat mana pun. Tapi masalahnya Azimin selalu tanya aku, "cepat decide nak makan mana?".. and jawapan aku, "dalam wallet ada berapa RM?" Tapi, dia pun cerewet jugak, err... kalau time shopping, kitaorg akan split. Aku dah siap beli, siap bayar semua, bila pegi kat dia, dia still tgh belek2 barang lagik? Lagi satu, korang pernah dengar tak yang ada orang sanggup meredah jammed kat Bukit Bintang sebab semata-mata nak beli stokin kat LOT 10? Yang pasti orang tu bukan aku!!!


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


Bukan mak yang nie ya!!! Sapu rumah, kemas rumah, iron baju, kitchen cleaning, toilet, semua lagi berkilat dari time aku ada MAID tau!! Arrangement rumah, aku kena serahkan pada yang pakar, aku kemas jer.. Masak? Aku masak style celebrity chef kat dalam tv ya, siap prepare bahan2 dulu.. Kalau mak mertua korang mintak korang punya resepi masak2 tu, apa maksudnya ya? hehehehe

7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.

2 comments:

Blinks said...

COMOT: hanya berkeadaan begini bile aku sakit sampai x larat bangun....selebihnya, aku mmg suka kalu nmpk cantik...sanggup berhabis duit demi ini....hahahahah

Yang lain2 aku masih jaga....sape x sayang laki oiiii....;P

Herleen said...

heheehe.. nak sentiasa nampak cantik tu kan lumrah perempuan!!!