Baru-baru ini saya diterjah dengan ‘sumbangan’ seseorang pada saya. Penuh dengan kata-kata benci, tuduhan yang entah mengapa dari seseorang yang tidak mahu dikenali. Mulanya ada sedikit rasa tersinggung namun bila difikirkan balik, kenapa saya perlu ambil pusing? Teman-teman yang rapat dengan saya nyata menyokong, kata mereka, insan yang berkata-kata sebegitu seperti orang hilang pegangan. Fitrah manusia, lelaki pasangannya perempuan. Suami dan isteri yang disatukan melalui akad & nikah seharusnya berkongsi apa jua perasaan, situasi dan keadaan, baik susah, senang mahupun berjaya.
Mungkin juga dia kurang kasih sayang, kata mereka. Mungkin juga, kan? Manusia penuh dengan hasad dengki, kata seorang yang saya panggil kakak. Kadang-kala, tiada angin, tiada ribut, ada sahaja niat hendak menjatuhkan orang lain.
Salah satu ayatnya menyatakan saya sering menumpang kejayaan suami. Setakat tumpang sebelah. Habis tu, dah namanya pun suami saya. Sekurang-kurangnya saya punya suami yang sudi berkongsi kejayaan dia dengan saya, dengan seluruh ahli keluarga. Suami yang bila senangnya, tak pernah lupa memberi kami sekeluarga merasa sekali. Alhamdulillah, setakat ini dia bukan insan yang hendak menyorokkan apa-apa dari keluarga.
Suami saya keluar tv, saya tumpang bangga, saya tumpang gembira. Bukan saya sahaja, kawan ayah mertua saya pun siap record lagi waktu interview session di Astro Awani. Students suami saya, semua sibuk nak tengok walaupun kalau hari biasa, nak buka siaran 501 itu amat jarang. Jadi, apa masalahnya sampai saya tidak boleh tumpang bangga ya?
Suami saya selamat viva, selamat berkonvo, dapat DR pada awal nama. Salahkah saya tumpang bangga? Saya bukan setakat tengok sahaja dia buat thesisnya, saya juga tolong analysis, saya jugalah yang buat proofreading nya. Jadi bila hasilnya diterima, mengapa saya tidak boleh gembira? Kenapa saya tidak boleh tumpang bangga? Waktu hari konvonya, saya diayak ke sana ke sini, ajak mengiring dia jumpa orang itu orang ini. Tandanya, dia juga bangga punya isteri seperti saya. Saya juga pernah di dalam industri yang sama, saya juga kenal kebanyakan dari mereka.
Bila hasil kerja suami saya diiktiraf, menang itu ini di London, di Malaysia juga... Berita kemenangan keluar dalam segala macam media, dari suratkhabar, berita, malah internet. Kalau mak cik saya yang bekerja di Bernama tu sampai siap potong kerat semua suratkhabar, bangga sungguh dia tunjuk pada kawan-kawannya, “ini husband anak sedara aku!”... Kalau setiap kejayaan, malah sekerat berita yang keluar di media pun, teman-teman di Astro Awani pasti menyisip sms, “We’re proud of you,” ; “Bravo,” ... Dan saya tidak rasa saya perlukan sebab untuk saya juga turut merasa bangga.
Dia suami saya, insan yang menikahi saya 9 tahun yang lalu dan saya dengan besar hati menerima dia seadanya. Kalau saya dan dia sanggup berkongsi susah di awal perkahwinan dahulu, kenapa saya perlu menyatakan sebab pada satu dunia bila saya berkongsi suka dan jaya dia?
10 tahun dulu, bila dia memutuskan untuk mengahwini saya, dia dengan rela hati meninggalkan lapangan politiknya. Saya juga memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti freelance saya. Jadi, itu pengorbanan pertama.
Kata-kata seorang teman, Dr Wan FH; ‘hasil titik peluh suami adalah milik mutlak anak bini!!! Bukan setakat nak tumpang bangga je boleh, kita ada hak untuk ambil separuh juga. Even dalam harta pusaka, itu dikira harta sepencarian sebab suami dapat masa dia kahwin dengan kita. Separuh dari harta suami adalah milik kita sebagai isteri. Jadi orang luar tak ada hak nak kata isteri tumpang suami sebab suami & isteri adalah saling memerlukan, umpama tangan kanan dan tangan kiri.’
Bila sang suami dipanggil keluar masuk istana berkali-kali, bohong kalau saya katakan yang saya tidak berbangga langsung. Kerana saya sendiri tidak pernah dapat peluang keemasan seperti itu. Dan saya tahu, tidak ramai yang memiliki peluang makan bersantap semeja dengan Yang Amat Mulia. Secara jujurnya, kalau dia dapat title, saya juga merasa walaupun saya tahu ada yang siang-siang akan cakap saya TUMPANG lagi. Tapi, setakat tumpang suami tak salah langsung tau!!!
Mungkin kerana saya tidak selalu masuk tv, sudah lama tidak keluar dalam surat khabar, jadi orang tidak kenal siapa saya. Jadi bila bergandingan dengan suami, nampak macam saya ini tak setaraf la agaknya kot. Ya, saya sudah terlalu lama ‘diam’ tetapi saya masih ke stesyen tv kan? Saya juga masih berhubung dengan wartawan media dan masih dihubungi, dan article-article saya masih ‘hidup’ dalam kolum majalah-majalah. Jadi maksudnya, saya juga ada jalan saya sendiri.
Saya menulis sudah lama, itu passion saya. Takkanlah sebab saya bukan specialist doctor, bukan para hakim yang bijaksana, maka saya tiada passion? Bak kata si penghantar ‘mesej’ itu; ‘setakat kerja doktor tu, carik makan aje. Kalau specialist doctor tu baru passion. Kalau setakat lawyer tu, kerja carik makan, kalau hakim tu baru passion.’ ... Wah wah wah, nak jadi doktor tu pun makan masa lebih 7 tahun, lepas bersusah payah bagai nak rak, senang-senang jer nak dichop tiada passion?
Saya tak ambil subject biology waktu sekolah dulu, jadi saya tak layak ambil medic, seterusnya, saya tak boleh jadi doctor, langsung tidak mampu bergelar specialist doctor. Tapi saya kenal ramai specialist doctor. Saya kenal ramai General Manager & Executive Director Hospital. Saban bulan, saban tahun, saya memang hadir ke majlis-majlis dengan mereka. Hampir semua orang besar-besar di KPJ Hospital saya kenal.
Saya ada arena saya yang tersendiri. Saya merangkak dan kemudian berlari lalu terbang dalam industri pengurusan pendidikan tanpa nama Dr Azimin Samsul ya. Rasanya, kadang-kadang, saya yang juga membuka laluan untuk dia. Institusi pendidikan telah meletakkan saya lebih tinggi daripada pensyarah. Yelah, tapi bukanlah hakim kan, sebab itulah orang itu tak mengiktiraf ianya sebagai passion.
Berkali saya katakan, saya meninggalkan institusi yang serba mewah bertaraf antarabangsa untuk bersama institusi bumiputera adalah kerana ingin membantu anak bangsa sendiri. Saya mahu sama-sama membangunkan anak Melayu khususnya. Azimin pernah melakukan pengorbanan sebegitu, meninggalkan kesenangan untuk mendidik bangsa sendiri. Saya hanya bersedia selepas beberapa tahun, setelah semuanya stabil, setelah segala ilmu saya pelajari.
Siapa saya, apa jawatan saya, berapa gaji saya, berapa $$$ yang ada dalam akaun bank saya itu tidak penting untuk menjadikan siapa saya di sisi suami saya. Tiada orang yang berhak mempersoalkannya. Saya pernah bergaji lebih tinggi dari suami namun saya rasa itu bukan persoalannya untuk saya dan suami.
Tak perlulah juga untuk saya buat press conference, yang saya juga adalah highest shareholder dalam syarikat mana. Nanti dikata riak pula kan? Sudahlah dikata asyik menumpang kejayaan suami, tiada passion sendiri kan? Yang pasti, saya masih membuat urusan-urusan pejabat tapi di rumahlah ya... Sekali-sekala, turun takhta juga menjengok pejabat. Kena la juga buat surprise di pejabat kan?
Saya pernah terbaca, Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah adalah pasangan yang sama-sama berkerjaya, yang mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Dan kata Tun Siti Hasmah, sewaktu suaminya membuat keputusan untuk serius menceburi bidang politik, beliau nampak potensi dan bintang yang besar dalam jiwa suaminya. Dan beliau sedar, bidang baru suaminya itu memerlukan satu pengorbanan yang amat besar dari beliau. Oleh kerana kasih dan sayang, beliau mahu sentiasa menyokong apa jua impian suaminya. Jadi, beliau memperlahankan langkah, berundur setapak demi setapak dan seterusnya memberi ruang untuk suaminya memperkasakan cita-cita. Sebagai isteri kata beliau, beliau amat berbangga dengan apa yang dicapai suaminya. Kerana suaminya tidak pernah menidakkan kewujudan beliau disisinya, dan setiap langkah sang suami, beliau iringi dengan doa’. Dan beliau amat berbangga dengan apa yang telah dicapai suaminya, sekaligus mengiktiraf pengorbanannya sebagai isteri.
Unik bukan? Insan ternama dan terpelajar juga perlu berkorban. Insan ternama juga turut membanggakan suaminya, malah sentiasa mendoa’kan suaminya agar terus berjaya. Dan saya mengambil secebis kisah pengorbanan, harapan dan impian itu untuk pedoman hidup saya. Pengakuan Tun Siti Hasmah itu membuatkan saya rasa amat kuat untuk berdepan dengan apa jua dugaan. Pengorbanan beliau juga membuka mata dan minda saya...
Impian seorang perempuan adalah untuk bahagia disamping keluarganya. Saya sudah melihat bagaimana pasangan yang kaya-raya tetapi kosong hidupnya tanpa gelak tawa anak-anak. Saya juga menyaksikan pasangan yang kaya-raya tapi hidup bermandikan air mata dek kerana sikap ego dan pentingkan diri sendiri. Dan kerana itu, saya amat bersyukur dengan pemberian Yang Maha Esa pada saya.
2 comments:
2 thumbs up!!!!
lumrah dunia leen, manusia penug dengan hasad dengki, sifat ego yang tinggi, suka berkasta-kasta...
bila sebut bidang pendidikan, mmg x lepas dengan isu politik....kat mana2 sama jek x kira swasta atau kerajaan....ada yang lebih teruk siap berkasta-kasta....hanya yang sanggup bermain dengan politik, fikirkan better career jek yang sanggup duduk di atas..walau pun hakikatnya, wujud ketidakadilan dalam kenaikan seseorg....
aku selesa dengan post aku skang, dan eleen, aku utamakan keselesaan berbanding RM dan jawatan....lebih baik aku tumpukan pada anak2...banyak meluangkan masa dengan anak2 dan suami....itu lebih memberi kepuasan....dan x lupa jugak meluangkan masa untuk parents...
aku setuju.....x salah menumpang kegembiraan dan kejayaan suami. itu sebagai insentif pengorbanan yang kita buat untuk keluarga...lagi pn, bukannya sepenuhnya kita menumpang wang ringgit (walau pun x salah....mmg dh tanggjawab suami), kita pn ada alternatif kewangan sendiri..kita korbankan peluang kerjaya demi memastikan kelancaran perjalan hidup keluarga yang mungkin sukar dilakukan oleh sang suami yang sibuk berkerjaya...
Semoga terus maju dan bahagia disamping orang-orang tersayang...pedulik apa org nk kata, hanya kita dan Dia shj yang tau apa, kenapa kita buat sesuatu tindakan....
Post a Comment