Monday, May 30, 2011

CINTAKU DATANG LAGI!!!

Ianya datang lagi... Sekali lagi saya dilamar dan saya hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih pada insan-insan yang masih percaya pada ‘skills’ saya. Terima kasih juga kerana masih ingat pada kerja-kerja yang pernah saya lakukan.

Sejujurnya, saya masih punya minat dalam bidang ini, semangat untuk terus membangunkan anak bangsa. Tapi buat masa ini, keadaan masih lagi tidak mengizinkan. Ya, saya sering memberi alasan, “tiada pembantu” , “no maid” etc. , walaupun pada hakikatnya, saya tidak pernah terfikir untuk melaburkan dan meleburkan lagi duit untuk MAID. Jangan harap ya, saya sudah amat serik ditipu kerana MAID ini. Dari agent di Indonesia, hinggalah agent di Malaysia yang amat saya kenal pun sanggup menipu. Bila sudah sampai, tak langsung seperti yang dijanjikan. Tambah pedih bila MAID tersebut, langsung tiada permit. Sampai masa, bila mahu menghantar MAID pulang ke Indonesia juga, terpaksalah mencari-cari ‘orang tengah’ yang boleh menguruskannya. Sekali lagi ditipu juga.

Mungkin telah tersurat, nasib saya tidak berapa elok bila berbicara soal MAID. Jadi saya telah putuskan, NO MORE MAID. Lalu saya sering menggunakan alasan itu kerana jelas, tiada siapa yang akan bertanya buat kali seterusnya.

Saya sememangnya rindukan suasana kampus, dikelilingi pelajar-pelajar, berdiskusi tentang masa depan pendidikan. Tapi saya masih pedih dengan sesetengah agenda politik pendidikan. Saya penat melayan sikap sesetengah insan yang sering melupakan nawaitu awal mereka di arena ini. Saya ini jenuh meninggalkan segala keistimewaan semata-mata untuk sama-sama menjadikan anak bangsa satu aset yang berharga.

Jujurnya, ada sedikit rasa bangga bila saya masih diingati.

Saya attachkan satu daripadanya ya, ini yang latest. Satu cukuplah, tak perlu banyak-banyak. Bukan apa, kalau saya bercakap sahaja tanpa bukti, nanti orang kata saya sekadar propa. Kalau saya letak banyak-banyak, nanti orang kata saya menunjuk pula. Nama pun manusia kan?

Ini message yang saya terima dari insan yang saya kenali sebelum saya dan Azimin bercinta lagi. Waktu kami bersanding, dia hadir menyaksikan hari bahagia kami. Sungguh, selepas lebih 10 tahun, dia masih tidak jemu-jemu menghubungi saya. Dan katanya, walaupun kali terakhir saya sepejabat dengannya adalah 8 tahun yang sudah, namun dia masih lagi mengikuti perkembangan saya dan dia bangga saya sudah makin matang dan tahu memilih halatuju dalam bidang ini..

Pastinya message ini tidak terhenti di situ. Selepas-selepas itu, talian sms & telefon, lalu email terus bersambung-sambung. Insyaallah, bila sampai masanya untuk saya kembali, saya akan beritahu...





1 comment:

Anonymous said...

This is very nice informational blog..very helpful. Don't forget to visit my blog too digitalcamerasreviewz Thank you :)