Tuesday, January 11, 2011

WANITA & FESYEN


Perempuan dan fesyen adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dipisahkan. Saya percaya, semua wanita ingin sekali kelihatan cantik di mata khalayak. Bilamana melihat artis terkenal mahupun orang ternama memakai barangan berjenama dan pakaian yang meletup, pastinya terdetik di hati ingin sekali mencubanya.

Entri kali ini mengambil aura penyanyi Yuna yang tampil begitu anggun sewaktu AJL 25 yang lepas. Walaupun sedikit terkilan Faizal Tahir & Yuna tidak berada dalam senarai 3 terbaik, saya tidak berkelip mata melihat busana yang dikenakan Yuna. Amat classy!!! Nyata dia mempunyai citarasa tinggi bila ke majlis gemilang. Tak semestinya wanita yang kita lihat sering mengenakan jeans dan t-shirt itu tiada taste, ok? Dan tak semestinya kerana kita wanita bertudung (termasuk saya), kita kena bertudung & berpakaian ala-ala makcik jual kuih. Kadang-kadang, makcik jual kuih pun vogue tau!!!

Percaturan Yuna dalam industri fesyen sememangnya tidak sia-sia. Iamjetfuel Shop milik Yuna memang menjadi dan terbaru, kerjasama Yuna dengan Fashion Designer, Hana Tajima, wanita berketurunan Jepun yang memeluk Islam itu nyata menjadi.

Saya adalah wanita yang sukakan fesyen, tidak kiralah samada busana, tas tangan, kasut, tudung, shawl, accessories, apa sahaja... Saya pasti ramai wanita seperti saya. Memulakan kerjaya bersama Mid Valley City Management Sdn Bhd menjadikan saya wanita lasak yang perlu bergaya feminin. Semua staff perlu masuk Grooming Class, belajar make-up dengan Estee Lauder, belajar ‘hair-do’ dengan A Cut Above supaya bila ada function ataupun tetamu istimewa, kami tampil berpesonaliti.

Pengalaman saya bertemu seoarng wanita yang menbuat transformasi mengejut ke atas gayanya membuatkan saya yakin, semua wanita ingin tampil menarik. Dia seorang wanita kelas pertengahan, yang gayanya serdahana. Punya rupa yang boleh tahan tetapi dek kerana tidak pandai bergaya, dia sering menjadi bahan bualan di pejabat. Pakaiannya ‘biasa-biasa’ sahaja, tiada yang menonjol. Warna pastel sering membuat dia kelihatan suram. Dia mengakui, dia jarang membeli-belah apatah lagi membeli pakaian baru dek kerana bodynya tetap maintain. Jadi, mengapa perlu membazir berbelanja, pakai sahaja baju yang ada.

Dia bukan kedekut cuma dia tidak tahu dari mana mahu mula. Dia sering ditertawakan malah menjadi sindiran teman-teman kenara fesyennya amat ‘out-dated’. Malah, kalau dibandingkan dia denagn operator telefon, si operator itu lebih bergaya. Tambah pedih hatinya bila clientnya menyangkakan yang dia makcik tea lady!!!

Kerana tidak tahan diperkatakan, wanita ini nekad. Dia memohon pinjaman peribadi dari bank dan dengan wang itu, dia merubah dirinya dari ‘nobody to somebody’. Bersama seorang teman, dia memberanikan diri menyusuri KLCC, melangkah dari satu butik ke satu butik lagi. Pakaian, kasut, accessories dan tas tangan. Dia melabur juga membeli alat solek berjenama, belajar bersolek serba sedikit dan akhirnya, dia berjaya merubah sebuah mimpi ngeri kepada satu keindahan.

Dia mengakui berasa lebih yakin dengan penampilan baru. Mungkin agak seksi sedikit kerana sebelum itu, dia hanya berbaju kurung dan berseluar panjang tapi kini sudah pandai ber’skirt’. Rambutnya diwarnakan sedikit supaya nampak ‘up-to-date’. Kalau dulu orang sekeliling sibuk mentertawakannya, kini ramai yang sibuk-sibuk bertanya “di mana beli itu, di mana beli ini”... Dan tiba-tiba dia menjadi popular. Tiba-tiba ramai lelaki yang mahu berkenalan sedangkan sebelum ini, tiapkali dia lalu di sebelah pun, orang buat tak tahu.

Saya tidak mahu komen tentang kesanggupan wanita itu membuat pinjaman dari bank untuk berhabis gaya, itu haknya. Kita sendiri pun, tiap kali buat loan, mesti ada sedikit amount yang diperuntukkan untuk perhiasan diri, tak termasuk kad kredit lagi... Apa yang ingin saya tekankan, setiap wanita diberikan satu naluri, ingin kelihatan cantik, ingin dipuji, dan ingin memakai yang cantik-cantik...

Saya adalah wanita yang sangat mementingkan penampilan. Kalau di pejabat, saya mahu kelihatan berkarisma, kalau ke majlis makan malam, saya mahu nampak anggun. Walau berbadan dua, itu bukan halangan untuk saya bergaya ya. Saya cukup rimas memakai gaun mengandung paras lutut, nampak serba tak kena. Macam pakai baju tidur pun ada juga. Bila berjalan atau panjat tangga, ditambah pula bila angin bertiup, menggelembung gaun, nampak kaki...

Tika berbadan dua, saya gemar berseluar. Siapa kata perempuan mengandung tak boleh pakai jeans? Modern Mum kegemaran saya, banyak pants yang up-to-date yang menarik. Banyak yang saya borong dari Modern Mum (walaupun Modern Mum tak pernah beri saya harga borong)...Ada pensyarah yang pernah bertanya (saya menghabiskan masa selama 10 tahun lebih di sekeliling insan2 akademik), "mana beli baju2 & seluar macam nie?" Bila saya beritahu Modern Mum, anda tahu apa jawapannya? "Terasa macam nak pregnant lagi pulak bila tengok baju you."

Saya gemar shopping, atas sedikit sumbangan dari suami, saya mulakan dengan menjamu mata. Saya tidak minta duit suami, kalau dia beri, saya ambil. Kalau berlebih, saya simpan. Saya tidak pernah memaksa suami saya membelikan itu ini untuk saya. Dan bila ibu mertua saya berkias pada suami saya (waktu awal2 perkahwinan dahulu), kenapa belikan seluar pregnant sampai RM 200 sehelai, Azimin laju menjawab, “duit dia, biarlah dia nak beli apa pun,” ... Terus terdiam...

Teringat saya sewaktu kali pertama masuk meeting HOS di KPJIC. Ada mata-mata yang memandang saya, seakan pelik. Mulanya saya tidak dapat menangkap sebabbya. Saya didatangi seorang teman sekerja lelaki dan dia bertanya: “Kenapa awak ‘over’ sangat?”. Saya tercengang, apa yang over nya? Katanya, “rumah awak tak sampai 5 minit dari office, kenapa make-up beria?” What??? Kalau rumah saya sebelah office sekali pun, takkanlah saya hanya berbaju tidur ke pejabat?Make-up beria? Saya cuma biasa-biasa sahaja, pakai compax powder pun tanpa foundation. Cuma eye-shadow, blusher, lipstick,... Yang biasa-biasa saja...

Ada yang bertanya mengapa saya pakai tudung Ariani ke pejabat, mungkin kerana pekerja lain hanya memakai tudung bawal. Kata mereka, mereka panggil itu ‘tudung indon’... Tudung Indon? Ada seorang lelaki memberitahu saya, isterinya pakai ‘tudung mudah’ macam saya. Bila saya tanya kenapa panggil tudung mudah, katanya, ambil tudung, sarungkan. Gaya orang malas.

Menjerit saya bila mendengarnya. “Hello, tudung saya yang beratus-ratus ringgit sepasang ini dipanggil ‘tudung indon’ & tudung orang malas?" Kasihan saya pada mereka. Terasa seperti berdepan dengan manusia yang buta fesyen.

Seorang wanita memberitahu saya, suaminya tidak suka dia mengenakan tudung ala Ekin itu walaupun suaminya peminat Mawi. Katanya, pakai tudung cara sebegitu macam ‘bibik’. Saya hanya tersenyum. Saya beritahu dia, “Siapa suruh pakai tudung macam bibik? Punyalah banyak tudung yang exclusive, Ariani, Ratu, Hajaba, macam-macam lagi. Kenapa nak beli yang macam bibik. Kalau tak mahu kelihatan sama macam bibik, janganlah beli di pasar malam, yang coraknya warnanya, mak oiii... Cuba pergi Ariani, banyak yang cantik-cantik”...

Seorang teman pernah mengadu pada saya, dia risaukan cara isterinya berpakaian. Katanya, isterinya kalau di rumah, kalau tak baju kelawar, kain batik pudar dengan t-shirt lusuh. Sakit mata melihatnya. Kalau ke pejabat, kadang-kadang, warna tudung langsung tak kena dengan warna bajunya. Pernah isterinya ke kedai berdekatan rumah, dengan kain batik biru, t-shirt buruk hijau, kemudian disarungnya tudung oren. Saya terlopong mendengar ceritanya. “Kau boleh bayangkan tak apa perasaan aku bila orang dalam kedai semua pandang bini aku sampai terbeliak biji mata? Gaya lebih teruk dari orang gaji. Bila aku pandang perempuan lain, tahu pula jealous.”

Itu luahan hati seorang suami. Kerana bimbang perkara demikian terjadi pada sayalah, saya amat menjaga pakaian saya sewaktu suami ada di rumah. Saya pastikan pakaian saya bukan dari golongan yang layak dibuat kain buruk. Mungkin kerana itulah, saya rajin membeli. Kita kalau ke pejabat asyik pakai baju yang sama berulang kali juga rasa jemu, inikan suami yang melihat kita. Kalau waktu bercinta dulu boleh cantik-cantik, mengapa tidak selepas berumahtangga?

Bersuamikan seorang designer, saya perlu menjaga penampilan saya supaya nampak ‘masuk’ dimatanya. Pernah dahulu waktu zaman bertunang (kami bekerja di pejabat yang sama), dia menegur pakaian saya sewaktu kami selesai satu meeting; “Your blazer doesn’t suit you. The color make you look so PALE.” Sekali ditegur, saya terus peruk blazer EDMUNDSER yang saya beli dengan harga RM 250 (harga selepas discount 30% - saya tak pernah lupa kejadian ini!!!). Rasa sedih sungguh kerana waktu beli itu nampak cantik. Sudahlah waktu itu gaji saya tak sampai RM 2500. Nasib baik ada teman yang mahu membeli blazer ‘pre-love’ saya itu, sekurang-kurangnya, tidaklah ia duduk lama dalam almari saya.

Kini, saya selalu bertanyakan pada Azimin, “matching tak tudung nie dengan baju I?”... Kalau jawapannya, “OK la,” ataupun “bolehlah,”, saya tak menunggu lama... Terus saya tukar tudung lain. Saya tak mahu orang memandang saya seperti badut...

Saya amat mementingkan kecantikan. Ia amat penting bagi saya kerana saya tidak mahu orang memandang sinis pada suami saya. Tak sanggup saya kalau orang kata, “itu ke wife Dr Azimin? Old-fashion nya...” Tidak!!! Saya perlu seiring dengan Azimin. Azimin sendiri adalah lelaki yang amat mementingkan gaya, sentiasa mahu kelihat segak. Dia punya gaya fesyennya yang tersendiri. Dia adalah lelaki yang ke pejabat dengan seluar jeans (dia org government, ok?)...

Saya teringat kata-kata seorang teman pada saya sewaktu sedang mencari gaya untuk majlis konvokasyen Azimin. Katanya, “kena pasang badan Kak Eleen. Nanti orang kata, itulah wife Dr Azimin.” Walaupun dengan gaya berseloroh di status Facebook saya, saya akui ianya benar. Ia sememangnya terjadi pada hari konvokasyen. Saya perlu bersalam dengan ramai orang, dengan TNC, dengan professor2, dengan Dato’ Ibrahim Komoo & Dato’ Hood Salleh (supervisor Azimin), dan ramai lagi... Terima kasih Sazuan, ops, Dr. Sazuan Nazrah atas nasihat yang amat berguna!!!

No comments: