Friday, April 30, 2010

WEEZA & IZHAM BIG DAY - PUTRAJAYA 11 APRIL 2010





WEEZA & IZHAM BIG DAY - AKAD 10 APRIL 2010




WEEZA & IZHAM BIG DAY - AKAD 10 APRIL 2010





MIRACLE APRIL 2010

Itulah ucapan yang sejujurnya lahir dari hati saya. Amat jujur kerana saya tidak pernah merasa setenang ini. Banyak yang terjadi sepanjang April 2010 dan setiap satu kejadian, saya lalui dengan rasa syukur yang tak terhingga ke hadratNya, ALHAMDULILLAH...

Permulaan yang amat sibuk untuk bukan ke empat tahun ini. My one and only sister tie a knot on 10th April dengan lelaki kesayangannya yang telah berjaya membuka pintu hatinya setelah sekian lama menyendiri. Dan paling mengejutkan, lelaki ini bukanlah orang yang dikenalinya dalam setahun dua kebelakangan ini. Lelaki ini adalah teman sekelas sewaktu sama2 di MMU. Sungguh, kuasa dan perancangan Yang Maha Esa tak mungkin dapat diduga oleh manusia...

Dalam sibuk2 dengan persiapan Weeza (adik saya), lelaki kesayangan saya ini pula sedang berhempas-pulas menyiapkan thesis untuk submissionnya... "I MUST PRESENT IT BEFORE WEEZA'S WEDDING"... Itu janji Azimin dan itulah yang dikotakannya... Dan alhamdulillah, Senat UKM telah menganugerahkan beliau DR di pangkal namanya... Bertambah panjanglah namanya... CONGRATULATION DR. IDR. AZIMIN SAMSUL MOHD TAZILAN... dengan ucapan, "bila nak makan besar? bila tanya asyik diet jer?"

April ini juga anak perempuan kesayangan saya meningkat usianya ke 7 tahun. HAPPY BIRTHDAY ANGGUN!!! Dan saya adalah orang yang sangat bersyukur dengan kurniaan itu... Dan kerana itu, saya telah bersetuju untuk menghadiahkan something special & meaningful to my beloved kids...

Akhirnya, selepas lebih 10 tahun, saya mengundurkan diri secara terhormat dari dunia yang amat saya kasihi. Saya rasa itu PATUT sekali kerana saya tidak TERGAMAK untuk terus membiarkan ANGGUN & ALAM dalam keadaan kecelaruan dengan bahasa2 indonesia yang melampau... hehehe... Saya mengundurkan diri... kerana kata2 hikmat dari seorang teman membuatkan saya tersentak, dan di waktu itu adalah ketika saya meninggalkan rumah dek kerana urusan tugas selama seminggu...

"Why should u really take care of others' kids and let other people take care of your kids?"

Waktu itu terasa laju air mata saya mengalir, lalu perasaan ketidak-celaruan terus menghimpit saya... dan ketika itulah saya berfikir, membuat timbang kira, agar ianya rata... waktu itu saya masih was-was...

kepulangan saya ke rumah disambut dengan a very warmest greeting from ALAM FIRDAUS FARHIN.. dengan satu ayat, saya terus sebak... "MUMMY, ALAM RINDU BANYAK!!!"

Saya tahu amat payah untuk saya berdiskusi dengan Azimin untuk kesekiankalinya kerana dia telah mengutarakan persoalan ini bukan baru sekali dua, bukan sebulan dua, malah bukan setahun dua... Kerana Azimin adalah insan yang sentiasa mahu saya bebes dari MAKAN GAJI... dan, Azimin adalah satu-satunya insan yang percaya pada kebolehan saya, kekuatan saya yang boleh berdiri di atas kali sendiri.

Mungkin beberapa kali di beberapa tahun sebelum ini saya tidak begitu yakin, saya bimbang sekiranya saya tidak mampu... tapi kini saya amat yakin sekali, percaturan saya tidak salah. Kerana setelah hampir setahun menghayun langkah bersama KIRANNA SHOP, saya yakin ianya telah stabil dan mampu berdiri di atas kaki sendiri... Tambah bangga, saya mengusahakannya sendiri, dengan titik peluh saya sendiri...

Dan, GAIA ARTS & GIFTS juga mula bangkit kembali, sedikit demi sedikit setelah berehat lama sejak saya mulakan tugas yang begitu berat di syarikat orang lain. Saya amat bersyukur, sambutan sewaktu kembali ke arena ini dipermudahkan laluannya...

ARCHIFRCE INVENT adalah usaha saya bersama Azimin & Weeza (adik saya) sejak 4 tahun yang lalu. Kesibukan saya membataskan segala-galanya. Dek mengejar pangkat & gaji lumayan di tempat orang, akhirnya saya hanya sekadar memberikan tandatangan saya setiap kali cek mahu dikeluarkan, ataupun sewaktu urusan bank... projects masih masuk seperti biasa, mujur masih ada Azimin yang monitor...

X-SITE INVENT adalah hasil kreatif yang mahu diketengahkan Azimin di samping usaha meng'develop' anak2 didiknya untuk berfikiran terbuka. Di situlah wujudnya insan2 yang datangnya dari bidang 'Architecture' yang diketengahkan ke alam 'Business', hasil gabungan Azimin & Herleena. Lalu, X-SITE adalah usaha mengkomersialkan setiap prototype ciptaan Azimin, yang pastinya setiap satu mempunya sejarah yang tersendiri...

Dari Breathing Dorr, Eco Tiolet (sudahpun dikomersialkan di Angkasa, Langkawi dan saya amat sukakan nya)Escube, Expose...maaf, banyak yg saya lupa namanya tapi yg saya tahu, semuanya telah dipatentkan, dan sewaktu April ini juga, Mypo telah menyampaikan khabar bahawa semua patent itu telahpun mendapat Registered (sebelum ini sekadar TM - Trade Mark)

Dan hadiah saya untuk Anggun & Alam, janji saya untuk tidak terlalu sibuk... Saya akan cuba membahagikan masa untuk bersama Anggun & Alam sebaik mungkin, dan dalam masa yg sama, tidak mengabaikan Kiranna Shop, Gaia Arts & Gifts, Archiforce Invent and X-Site Invent... Lepas nie kena selalu pergi jengok Escube kat UKM... Sampai terlupa apa menu yang still available...

Friday, April 9, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU WEEZA & AM!!!

So long I havent share my feelings with Eleen's Inspiration... Yup, amat sibuk sekali dengan kerja2 yang bertimbun di pejabat, malam pula, menguruskan Kiranna.Shop yang kini boleh dikatakan telah diterima ramai... Lalu, saat-saat tenang untuk mencurah idea menjadi amat sedikit..

Anggun & Alam semakin membesar dan pastinya semakin bijak & nakal... Anggun is now in Standard 1, getting more and more excited to explore...

And now, after 8 years, again Tuan Haji Jamaluddin & Puan Siti Rohani sedang sibuk menguruskan kenduri kahwin. My sister is getting married tomorrow, insyaAllah.. Of course I'm so happy for it. After 8 years finally!!!

Weeza & Am's enggagement day was on the 7th day of Raya Aidilfitri, and Am taking a week leave from Tunisia.

Herweeza Jamaluddin & Izham Saringat's Day

Majlis Akad Nikah : 10th April 2010, Saturday, 11am
Laman Bakawali, Kota Seriemas

Majlis Persandingan: 11th April 2010, Sunday, 12pm - 4pm
Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya, Precint 2, Putrajaya

Majlis Menyambut Menantu : 17th April 2010
Penang...

To my beloved sister, SELAMAT PENGANTIN BARU!!! Moga berkekalan ke akhir hayat... Amin

Wednesday, January 13, 2010

Congratulation Azimin!!!!

It was a long paused, i know. Apologies... Kalaulah anda boleh melihat bagaimana sibuknya saya... Saya disuruh keluar daerah setiap minggu... Oh no!!! apologies...

I would like to take this oppurtunity to congratulate my lovely husband. He is one of the researcher who elected for the STU Project (Syarikat Terbitan Universiti) by UKM and MTDC... Alhamdulillah, penantian ini berakhir juga akhirnya. This project started last year, somewhere in March / April if I'm not mistaken. The process of election is something like 'AKADEMI FANTASIA'... Ada penyingkiran di setiap fasa. And daripada banyak project / researcher, 10 researcher / project terpilih.

Again, To Azimin, Congratulation. And THANK YOU to all the family members atas doa' kalian.

Saturday, December 5, 2009

OPPPPSSSSS!!!!!

Ops!!! I did it again!!! What? Why?...

Sekali lagi kesibukan yang amat sangat menjadikan rutin seharian saya tidak menentu. Amat tidak menentu sehinggakan saya terpaksa mencuri masa sendiri untuk tidur.. Oh, terukkan saya?

Lalu saya terfikir, bagaimanakah tanggapan keluarga saya, terutama suami & anak2 saya? My beloved daughter mentioned this to me somewhere last week; "bukan dulu mummy dah janji yang mummy tak nak kerja sampai malam2 ke?" Aduh, terkedu saya dibuatnya.

Sekali lagi niat saya untuk menyambung belajar tergendala. saya sendiri kurang yakin yang saya mampu untuk membahagikan masa saya sebaiknya sekiranya saya kembali ke kampus, ditambah pula dengan tugas seharian yang amat memenatkan... Macam mana nak buat nie?

Hari ini, sewaktu saya membelek akhbar Metro Ahad, saya terpandang article tentang my ex-boss sewaktu saya di KLMU. Dato' Idrus Mohd Satha, the president of KLMU. Sebagai insan yang pernah berada di bawah bimbingan beliau, saya amat bangga dengan pencapaiannya, apatah lagi dia antarabumiputera yang berjaya.

Jika bercakap tentang BOSS, mungkin ramai yang mengklasifikasikan BOSS ini sebagai:
# garang
# sombong
# berlagak
# suka mengarah dengan nada yang sinis
# dan bermacam-macam lagi yang tidak bagus untuk di dengar

Tapi secara jujur, sepanjang saya berada di bawah 'pemerintahan' Dato' Idrus Mohd Satha, saya tidak pernah sekalipun diherdik & ditengking. Saya percaya ramai insan yang pernah bernaung di bawah pimpinan beliau mempunyai pendapat yang sama. Tutur bicaranya amat teratur, amat lembut sehinggakan saya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan untuknya. Tidak pernah sekalipun terdetik di hati untuk saya berasa sakit hati dengan tingkah laku beliau.

Saya tidak pernah lupa, setiap kali selepas hari pendaftaran pelajar baru, beliau akan menjenguk bilik saya setiap hari (dahulu saya punya pejabat sendiri, lengkap dengan safe box!!). Dan beliau tidak putus-putus memberi semangat untuk saya menyelesaikan pendaftaran pelajar baru & lama, bersabar dengan kerenah manusia, etc.

Kerana itu jugalah saya dan staf2 saya tekun bekerja & memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tidak ada satu harkat pun nada tinggi suaranya terhadap saya dan yang lain2. Dan saya yakin, amat yakin sekali yang saya telah memberikan perkhidmatan yang terbaik yang termampu oleh saya sepanjang perkhidmatan saya di KLMU.

Saya pernah bekerja dengan pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis kerenah. Mengenali Dato' Idrus ini telah mengubah tanggapan saya terhadap insan yang berkedudukan tinggi & berpangkat dato', tan sri, etc...

Bila saya membandingkan beliau dengan seorang lagi insan yang berpangkat sepertinya, ianya bagai langit & bumi. Dato' Idrus yang saya kenali tidak pernah meninggi diri, jauh sekali merendah-rendahkan pekerjanya. Beliau tidah meninggi suara, apatah lagi memaki & mencarut kepada pekerjanya... Itulah peribadi beliau yang membuatkan saya berasa amat kagum...

Mungkin mereka yang di luar sana patut mengambil contoh peribadi seperti ini dalam mengharungi kehidupan seharian. ketepikan rasa ego & bongkak kerana hidup di bumi ini, tak ubah seperti roda yang berpusing...